>

Thursday, March 20, 2008

Jejak Kasih

Disebabkan harini cuti umum, Mak mencadangkan yg kami pergi melawat angah di UPM, maklumlah, die nak exam esok, moga2 dengan kedatangan kami ni akan menguatkan semangat dan keyakinan Angah untuk menghadapinya.

Kami bertolak dari rumah pada pukul 2.45 petang menaiki kenderaan Naza Citra dengan nombor pendaftaran WND 2828. Kenderaan meluncur laju menelusuri lebuhraya lingkaran tengah atau nama famousnye Middle Ring Road 2 (MRR2). Alhamdulillah, trafik sepanjang perjalanan lancar dan kami x menghadapi sebarang masalah.

The image “http://ismy.math.um.edu.my/iccs/logoUPM.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Sebelum sampai ke UPM, kami singgah di pasar malam yang situasinya di hadapan Universiti Tenaga Nasional (Uniten). Nak belikan angah sedikit makanan. Aku berjalan sama Mak dan Abah, dan membeli macam2. Namun, ketika kami sedang bermuamalat dengan peniaga keropok lekor, seorang wanita yg tidak ku kenali menyentuh bahu mak. Nak jer aku kluarkan kekuda aku, namun, wanita itu menyapa mesra mak. Aku bertenang kembali. Wanita itu berkata:

Kenal lagi x?

Emak menjawab,

Urmm...x ingat la, saper ni?

Wanita itu menjawab,

Saya bini Adnan, alaa, kat Denver dulu

Ooooo... , mak menjawab.

Kelihatan tak jauh dari situ, abah turut berbual dgn seorang lelaki. Setelah ku dengari perbualan mereka, barulah ku tahu, pasangan suami isteri itu bersama-sama belajar dgn Emak dan Abah di USA. Mereka beramah mesra sampai mak luper yg die tgh beli keropok lekor. Aku pun melayan pakcik yg jual keropok lekor bagi mengelakkan die tersinggung.

http://pmr.penerangan.gov.my/portal/images/default/setup/040826-keropoklekor.jpg

Seronok Mak dan Abah, maklumlah, jumpe balik kawan2 lama di Universiti dulu. Menurut mak, semenjak balik ke Malaysia, dah x jumpe2 dah dgn mereka. Tu ar dah x knal.

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:

Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang menginginkan rezekinya dimudahkan dan usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia menyambung Silaturahim.

(Muslim: 4638)
Moga silaturrahim aku ngan sesape pun x akan putus.

Photobucket

No comments: