>

Monday, March 24, 2008

Jom Study

Minggu ni merupakan minggu terakhir aku menikmati cuti yang panjang selama 3 minggu. Apakah yang telah aku lakukan? Berapa banyak yang telah aku study sewaktu cuti ni? Berapa banyak pulak masa yang aku buang? Berapa percentage homework yang dah siap? Perkara-perkara ni mula bermain di fikiranku.

http://www.lifehack.org/wp-content/files/2007/02/20060207-open-book-pencil.JPG

Alhamdulillah, sewaktu bangun untuk bersolat Subuh tadi, aku mendapat suntikan semangat dan motivasi serta ditambah dengan kesedaran tentang pentingnya aku mengurus dan menggunakan masa dengan baik. Setiap saat harus dimanfaatkan demi mendapat keredhaan Allah dan tak digunakan buat benda2 lagho.

The image “http://www.encyclopedia.com.my/images/logo_pnb.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Aku berfikir lagi tentang pencapaian aku setakat ni. Aku dah berumur 18 tahun (bakal masuk 19 tahun ni). Apakah yg telah aku capai? Perlukah aku bangga dan puas dengan pencapaian aku? Mendapat keputusan yg OK dalam SPM dan berjaya mendapat biasiswa dari PNB dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara, adakah itu perlu dibanggakan? Adakah itu dah memadai untuk mendapat syurga Allah?

Aku berfikir, siapakah aku ni jika dibandingkan dengan Sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan kota Constantinople pada usia seawal 21 tahun?

Siapakah aku kalau nak dibandingkan dengan Imam Syafi'e yang menghafal al-Quran semasa berusia 7 tahun?

Siapakah aku yg hanya menderma RM 2 setiap minggu di masjid kalau dibandingkan dengan Abdul Rahman al-'Auf yg menderma sebahagbian besar hartanya untuk Islam?

Siapakah aku kalau nak dibandingkan dgn Amru bin al-Asr, yang pergi jauh ke Afrika Utara demi mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan aku susah btul nak meninggalkan komputer untuk pergi bersolat jemaah?

Aku berfikir lagi, siapa pulak aku yg penakut ni kalau dibandingkan dengan Saidina Ali yang berani menggantikan Rasulullah S.A.W. di tempat tidurnya?

Siapakah aku jika dibandingkan dengan Imam Abu Hanifah yang sanggup menegakkan kebenaran walaupun diseksa, sedang aku ni amat takut menegakkan kebenaran walau tiada ancaman sekalipun.

Sedih. Namun, mata aku ni kering, dah lama x nangis. Susah plak nak nangis. Adakah tu tanda hatiku keras? Nauzubillah. Begitu banyak dosaku, entah berapa banyak titik hitam yang dah mencemari hatiku. Cuak. Cuak dengan azab Allah.

Ya Allah, lembutkanlah hati hambaMu ini, tautkanlah hatiku dengan agamaMu, basahkanlah lidahku dengan zikir mengingatiMu, ringankanlah tubuhku melaksanakan syariatMu.

http://www.dragonseye.com/ireland/images/010419/04190017.jpg
Gambar sekadar hiasan

OK, no time to waste. Nak study nih. Homework baru 50% siap. X masuk revision yg ntah ape2. Huzaifah! Kuatkan semangat, jangan tido, jangan malas, fikirkan pengorbanan Rasulullah S.A.W. dan sahabat terdahulu yg bersusah-susah demi umat. Dan ape yg dah ko buat? Nak study atas meja, bawah kipas, teduh dan nyaman pun susah ke? Ape sangatla banding ngan perjuangan umat terdahulu, Aku memarahi diriku sendiri, huhuhu.

Ya Allah,
bukakanlah kepada kami hikmat-hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Wahai Tuhanku,
tiada yg senang melainkan yg telah Engkau jadikan senang,
dan kalaulah Kau datangkan kesusahan,
maka Kau senangkan lah semula Wahai Tuhan sekelian alam..

Wahai pendidik Adam,
maka Kau didiklah pula kami,
wahai Sumber kefahaman Sulaiman,
maka Kau fahamkanlah pula kami,
Wahai penganugerah hikmah kpd Luqman,
maka ke atas kami Kau hikmahknlah juga...

Amin...

Photobucket

No comments: