Monday, March 31, 2008

Hari Ini

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini bermula dgn baik. Knape? Sebab 2 block pertama, yakni block 5, iaitu kelas Mathematics dibatalkan oleh Guru Madhadzir, disebabkan beliau ingin mengemas workplace baru beliau. Dan aku ngan happy bergerak ke RC.

Masa berlalu...............

Dup....dah lepas lunch. Ape2 yg berlaku sblum tu malas nak cerita. Ape yg menariknye lpas lunch? Sebab aku xde kelas. Wawawawa..... Memang seronok menikmati 4 free block berturut-turut. Aku menggunakan waktu itu sebaik-baiknye (ye ke?) untuk membuat homework Biology, Bab Crop Plants ngan Aspect of Human Reproduction. Namun, apakan daya, kemengantukan melanda diriku. Jadi aku melabuhkan kepala yang kian berat (walaupun dah gunting rambut) ke atas batal yang empuk. Tanpa disedari, aku berlayar ke alam mimpi (x mimpi pun, saje nak berpuitis)

http://www.encyclopedia.com.my/images/logo_pnb.gif

Dan PNB akan menemui kami pada esok hari, jam 11.30 pagi waktu Malaysia. Iwan Diamond mengSMS aku memberitahu hal ini. AKu mengerti. Dan Pn Rukiah pun ade SMS yang diorg akan datang esok. Entah apela diorg nak bualkan ngan kami esok. Harap2 naik elaun.

Photobucket

Selepas Asar, aku dan Kerul bergerak seiringan menuju destinasi yang satu, iaitu IT Lab. Kerul nak bukak internet, manakala aku plak nak print posters MOC. Namun, Mrs B ade di dalam IT Lab. Camne nak print bebanyak ni? Aku berkeputusan untuk melayari Internet dahulu. Namun, beberapa minit kemudian, Mrs B beredar dari kawasan kejadian. Aku dan Kerul berkata

YESSSSS!!!!!!!!!

Jadi, proses mencetak tanpa hati dan perut dijalankan. Dan akhirnya, siap gak proses ini. InsyaAllah, malam ini proses menampal akan dijalankan dengan penuh berhati-hati. Maka, bermulalah kerja aku sebagai AJK Promosi dan Publikasi MOC secara zahirnya (yg boleh dilihat).....Terdetik perasaan risau dalam jiwa aku ni. Sebab x prepare pun nak menghadapi Mock Exam. Namun, aku tahu, aku perlu bertenang.

الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Ar-Ra'd: 28)

InsyaAllah, akan ku cuba untuk sentiasa mengingati Allah, moga hatiku akan menjadi aman dan damai dan tenteram. Walaupun Mock Exam beberapa hari lagi, namun, tugas dan tanggungjawab perlu jugak dijalankan.

Nak buat keje lain plak.... Until we meet again......my blog......
Photobucket

Da Dapat Duit

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu, wang pendapatan hasil blog di bawah akaun MUSCOM telah diterima melalui pos.

Pada mulanya aku terperanjat apabila namaku terpampang di Notice Board, menandakan ada surat menantiku di Sick Bay. Aku mengagak, ini mesti dari Nuffnang. Ku bergerak ke SickBay, disebabkan xde kelas Mathematics. Ku bertanya kepada kakak yang jaga admin tu. Setelah diselongkar timbunan surat, jumpe gak surat yang tertulis namaku.

Ku segera bukak envelope tu dan mendapati ade cek di dalamnya bernilai RM 54.80. Sikit jer, tapi xpelah. Dan ade lagi RM 60 yang tengah diproses penghantarannya. Tapi tu under SyuMul la. Aku agak pelik, sebab simple je packaging die. Xde lambang, hanya ade lambang HSBC. Tapi yang menarik perhatianku tentulah jumlah wang...hehehe...

Teruskan klik iklan2 tu.....

Photobucket

Saturday, March 29, 2008

Beauty Within Simplicity

بسم الله الرحمن الرحيم

Yeah...Simple. Itulah prinsip hidupku. Muahahahaha. Memang amat ku suka tema ICAN yg lepas iaitu Beauty Witihin Simplicity. Sungguh sebati dengan jiwaku ini. Hahaha...

Disebabkan mak dan abah tiada di rumah kerana pergi ke Batu Pahat, jadi, kehidupanku pada hujung minggu ni ibarat seorang bujang. Xpela, latihan untuk aku hidup di oversea nanti, hehehe. Bangun pagi, aku membasuh baju, tapi nasib baik menggunakan machine. Pada pukul 10.30 pagi, aku memandu kereta Kancil ke kedai gunting rambut berdekatan. Setelah rambut dipotong pendek dan kemas, kau kembali ke rumah.

Sesampai jer di rumah, perut lapar. Namun, lunch x tersedia lagi. Aku pun mengambil inisiatif untuk menyediakan lunch sendiri. Mula-mula, masak nasi. Satu cawan beras campur ngan satu setengah cawan air. Jangan luper basuh beras dulu. Kemudian, masukkan ke dalam periuk, kemudian on je la suis. Hahaha....


Lauk plak, aku juz menyediakan satu lauk jer. Lauk yg dimaksudkan, gulai daging. Pada jam 12.30, hampir siap persediaan lunch ku. Nasi pun dah masak, ku buka periuk nasi, haruman wap nasi menyerbu mukaku. Makin lapar jadiknya. Ku cedok lauk yang panas itu berhati-hati ke dalam mangkuk lalu ku bawa ke meja makan. Dan aku memulakan langkahku untuk mengisi perut yg kosong ini. Dan laukku hanya gulai daging dan sebekas serunding didatangkan khas dari Kelantan.

Simple, tapi sedap. Aku ni bukannya memilih sgt makan. Boleh jer kalau nak makan nasi, kicap dan telur goreng. Ataupun masak sardin jer. Aku makan jer, asal halal dan mengenyangkan serta berkhasiat. (senang jadik bini aku)
Photobucket

Blank......

بسم الله الرحمن الرحيم

Awal-awal pagi lagi, emak dan abah beserta Makngah dan Mak Busu Zihan telah bersiap-siap untuk bertolak ke Batu Pahat. Makngah dan Mak Busu samapi ke rumahku smalam dan bermalam di sini. Apabila mak adik beradik bertemu, memang meriah. Pukul 1 pagi pun diorg still berbual lagi.

Selepas Subuh, lebih kurang pukul 6.45 pagi, mereka bertolak dgn menggunakan kereta Naza Citra. Abah yg drive. Tinggallah aku dan Angah jer di rumah. Along keje Syif malam smalam. Pagi ni baru balik.

Sepeninggalan mak dan abah, mereka meninggalkan kami kerja2 rumah untuk dibuat. Basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas rumah, masak nasi, dan sebagainya. Along pulang dgn membawa nasi kerabu. Sedap gak....

Dan esok akan balik ke kolej. Homework Math bnyk la gak yg lom buat. Isk...nape xde mood nak mengire.


Photobucket

Pagi ni, disebabkan xde mood nak study, aku membuka laptop usang ni dan bukak Macromedia Fireworks. Tangan bergerak2, lalu terhasillah beberapa page untuk pamphlet MOC. Tinggal skit je lagi. Isk. Lpas abis sume ni, lega aku. Tapi nametag nye design lom siap lagi. Nanti kena tunjuk kat 'supervisor' untuk dikomen. Hurm...xde idea.....

Ape2 pun, naik aku sbuat skit latihan Math....
Photobucket

Friday, March 28, 2008

A Change

بسم الله الرحمن الرحيم

Pagi tadi, sekitar pukul 10 pagi, aku dan Along ke Ampang Point dengan menaiki kereta. Ada beberapa tujuan kami ke situ:

1) Membayar bil
2) Membeli Setem
3) Mengepos surat
4) Pergi ke CIMB
5) Pergi ke Giant Supermarket (berbelanjalah di mana rakyat Malaysia berbelanja!)


Dan yg aku nak highlight dalam post aku kali ni adalah 'kunjungan' aku ke CIMB Bank.

Lepas pergi ke BSN utk bayar bil, kami bergerak berjalan kaki (kereta dah parking) ke CIMB Bank. Xdela jauh sgt. Aku lantas pergi ke ATM untuk mengeluarkan duit. Takdir Allah, daripada 3 ATM Machine tu, ade satu jer yg boleh gune. 2 lain hampeh. Jadi, terpaksala aku beratur panjang bagi mencucuk kad ATMku ke dalam Machine. Aku pun mengeluarkan sejumlah wang dan menyimpan di dalam dompetku.

http://www.cimbislamic.com/images/islamic/logo_islamic.gif

Target kedua di CIMB, ialah dgn membuat akaun baru. Akaun Wadiah. Sebenarnya, dah lama nak tukar akaun ni, cume keadaan x mengizinkan. Dulu, masa aku buat akaun konvensional, xde langsung ilmu pasal perbankan dan finance ni. Main buat jer. Tapi Alhamdulillah, sejak masuk ke kolej, dan bergaul dgn rakan2 yang blajar ekonomi, serta juga aku diperkenalkan dengan buku Wang, Anda dan Islam oleh Ustaz Zaharuddin, terbuka hatiku untuk membuka akun baru berlandaskan syariat.

cover buku,  Image Hosting

Dividen daripada akaun konvensional adalah hasil riba. Sebabnya, duit yg kiter simpan dlm bank tu akan digunakan untuk memberikan pinjaman dgn faedah (riba) dan faedah tu plak akan dibahagi2kan kepada para penyimpan dalam bentuk dividen. Jadi, wang dividen tu sebenarnya wang hasil riba. Berbeza dgn perbankan Islam.

Allah berfirman:

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(Al-Baqarah: 275)

Jadi, kepada sesape yg terbaca blog ni (macam ade je org bace), marilah kiter berhijrah kepada lunas2 syariat. Kalau nak ikutkan, sekarang ni banyak sangat perbankan Islam (Hong Leong pun ade). Jadi, x leh jadik alasan susah. Kemudahan dah ade. Tinggal kiter umat Islam ni yg nak memilih. Tapi, demi kebaikan dunia dan akhirat, marilah kiter berubah.
Photobucket

The Judicial Crisis (again)

بسم الله الرحمن الرحيم

It's been a long time since I write in English. Can't remember the last time I wrote sumting outside the A-level syllabus in English, in IELTS exam probably...hehehe. Juz want to polish up my English back, b4 going to the UK, InsyaAllah. So, forgive me for the grammatical errors (a lot) and for the spellings, which mostly are 'pasar'. Hehehe...

I once wrote about the constitutional crisis in 1988 which resulted in Tun Salleh Abas forced to step down (more specific, sacked) from his position as the Lord President. Today, I read again the news about YB Senator Datuk Zaid Ibrahim who has finally picked up by the Government's courage to face the music of melancholic truth and opening a sincere way for unreserved apology to Tun Salleh Abas. Let me write a bit about the fateful tales of the judicial mayhem from out of the blinding mist.

http://static.flickr.com/72/171965440_3c3b391690_o.jpg

In 1988, when justice was on the brink of ruin, Tun Salleh stood fearlessly to defend it (although he has to oppose the government). However (unfortunately), the immensity of truth eluded him when the King took exception to his views and sided with the Executive (the Govment). The rest, is history, unpalatable and a national shame.

The truth and justice are kept by the government in a tightly closed chest. But, for how long could justice could be denied? Justice, like truth is a soaring warrior, invincible and an elusive force. It could not be kept under heavy chain, it will certainly find its seat of honour.

Datuk Zaid (a lawyer which owned the largest firm in this country, correct me if I'm wrong) must certainly know well the conditions of our judicial system. Otherwise, he will not be brave enough to publicly announce the statement. He himself admitted that our judicial system is ruined, and the outside world look Malaysia as the contaminant of the Judicial System. This is because this phenomenon could no co-exist (or co-dominant in Biology, hehehe) in a democratic system, which we proudly claimed to be.

Hopefully, Datuk Zaid can bring back our judicial system to the honourable and respected seat it should be.
Photobucket

Thursday, March 27, 2008

Islam Akhir Zaman

بسم الله الرحمن الرحيم

570703036l.jpg

MasyaAllah, amat betul sekali kata2 di atas. Namun, biar menanggung kesakitan, asal Islam itu tertegak...

Moga aku kuat dan berani dalam mempetahankan agama Islam tercinta...

Photobucket

Selamat ber'MYC'

بسم الله الرحمن الرحيم

The image “http://item.slide.com/r/1/0/i/iqKJjcsT0T8eG8PAI6FwuvPSkcX-pgNE/” cannot be displayed, because it contains errors.

Ramai rakan-rakanku yg akan pulang ke kolej harini bagi menyertai program Kem Belia Muslim atau name yg lebih famous ialah Muslim Youth Camp 2008. Kem ni akan bermula pagi esok, jadi, peserta dikehendaki pulang ke kolej hari ni.

Dan aku, tidak menyertai program ni kerana beberapa sebab. X payahla nak listkan sebab2 tu. Dan aku hanya mampu berdoa agar program ni akan berjalan dgn lancar, setelah segala perancangan yang telah dibuat. Maaf andai x membantu dan x dapat menjadi sebahagian daripadanya. Bagi penganjur, aku tahu korg da berpenat lelah dan bersusah payah nak menganjurkan program ni. Tapi, lpas segala perancangan, bertawakallah kepada Allah moga diperlicinkan lagi majlis ilmu ini.

إِن يَنصُرْكُمُ اللّهُ فَلاَ غَالِبَ لَكُمْ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ وَعَلَى اللّهِ فَلْيَتَوَكِّلِ الْمُؤْمِنُون
َ
Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
(Ali-Imran: 160)

Kepada semua peserta, ikhlaskan hati, lapangkan dada untuk menerima ilmu Allah dalam program ni. Moga kalian diberkati. Walaupun ade exam menanti beberapa hari lagi, tapi yakinlah, jika kiter kiter ikhlas kerana Allah, pasti Allah akan membantu kiter.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(Muhammad: 7)

Kalau panjang umur dan murah rezeki, jumpa anda di kolej!!
Photobucket

Wednesday, March 26, 2008

Niatku hanya satu....

بسم الله الرحمن الرحيم

http://ecx.images-amazon.com/images/I/51X81S5T6VL._BO2,204,203,200_PIsitb-dp-500-arrow,TopRight,45,-64_OU02_AA240_SH20_.jpg

Dimulakan post ini dengan Bismillah. Biler aku tgk2 post2 terdahulu, baru aku sedar, aku x memulakan post-post aku terdahulu dgn bacaan Bismillah.

Hari ni, Alhamdulillah, aku diberi kekuatan dan keazaman untuk membuat latihan P3 Pure Mathematics. Berpandukan buku teks Oxford A-Level Introducing Pure Math yang setebal bantal itu, aku melakukan latihan dengan berhati-hati. Banyak gak yg sempat aku habiskan (malu nak cakap berapa soalan abiskan), banyak bg aku, relatif dgn hari2 sebelumnya. So, jangan tny!!

Sesambil aku mengira-ngira jawapan kepada persoalan Mathematics yang memeningkan ni, aku melihat-lihat laptop di depan mataku. Sesekali ade juga yang berchatting denganku. Contohnya Azad, sahabat sekolahku dulu. Dah nak jadik cikgu dah ko yer Azad, hehehe.

Trial tinggal beberapa hari, dan x lame pastu, da exam A-level. Adakah aku dah bersedia? Aku bertanya diriku sendiri. Tetibe, muncul dalam pikiranku, apakah niatku belajar ni sebenarnya? Adakah nak dapat straight A semata-mata? Ataupun nak fly ke negeri orang? Ataupun hanya sebab dah terikat pada kontrak?

قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إنما الأعمال ‏ ‏بالنية ‏ ‏وإنما لامرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة يتزوجها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya

(Muslim: 3530)

Aku berfikir sejenak. Selama beberapa belas tahun belajar, mula dari tadika, hingga ke A-level ni, dan InsyaAllah akan ke Universiti, apakah niat utamaku? Kalau dah dapat straight A, pastu? Kalau dah masuk Uni, pastu? Aku berfikir. Tapi, jika kiter berniat belajar untuk mendapatkan keredhaan Allah, nescaya, kiter xkan jemu2 belajar, malah akan dedikasi terhadap kelas dan kerja rumah. Jika kiter berniat belajar sebagai ibadah, pasti kite akan khusyu' dalam kelas, pasti kiter akan rasa berdosa ponteng kelas. Nescaya ilmu2 time PMR dan SPM dulu akan kite ingat dan amalkan (dush x3 ..ouch!!!)

Insaf. Marilah bersama-sama kiter berazam dari hari ni, untuk sama2 memperbetulkan niat kiter belajar tu. Kalau dulu, kiter berniat hanya kerana nak dapatkan laba dunia, marilah kiter berniat untuk mendapatkan sesuatu yang kekal abadi, iaitu rahmat Allah dan syurgaNya.

Dan, jangan buang masa, setiap masa, gunakan untuk memperoleh sesuatu yg berfaedah, kerana ilmu tu x terbatas di dalam buku jer. (Aku sound diri sendiri). Moga aku akan kuat, dan x cakap lebat. Hehehe....

http://nalts.files.wordpress.com/2006/05/forgot.jpg

Dan (lagi..) andai aku terlupa, aku harap rakan-rakanku akan ingatkan aku supaya memperbetulkan niat asal aku selaku hamba Allah.

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(Adz-Dzaariyaat: 55)

Allah jua yang Maha Mengetahui...
Photobucket

Alhamdulillah...


Alhamdulillah, setelah bermesyuarat dengan pihak promotion MOC, dapat gak idea utk wat pamphlet. Sebelum ni, langsung blurr nak buat ape, tapi setelah bermesyuarat secara maya, banyak idea yang timbul. Dan pertukaran idea menyebabkan sesuatu yang baik dihasilkan (hopefully). Ini merupakan hikmah bermesyuarat. Allah berfirman:

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظّاً غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

(Ali-Imran: 159)

Dah pun bermeyuarat dan keputusan diambil bukan daripada aku sorg. Moga2 diberkati Allah. Dan selepas ni, hanya bertawakal je kepada Allah, moga promotion kami berjalan lancar malah efektif.

Ayuh kawan2, meh kiter jayakan MOC.....
Photobucket

Tuesday, March 25, 2008

Penyu Menangis

Isu MB di Terengganu, iaitu negeri tempat sahabat sekolah rendahku yang berhijrah dari Selangor ke Terengganu iaitu Aslam, masih belum selesai. Mehla Aslam pindah balik ke Selangor.

Perbalahan dgn istana? hurmm..menarik...aku juz nantikan jer perkembangan isu ni. Moga diselesaikan dgn aman dan makmur.

The image “http://media1.malaysiakini.com/119/85c5d36439e0340ceb0147fcde35d5c8.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Jadi, orang Terengganu, ape cerr???

Photobucket

Kebuntuan..

Aku memasak sendiri sarapan aku hari ni. Yerp, jgn x percaya, gosokla mata, tapi ini kebenarannya. Aku sendiri susah nak percaya, tapi memang aku masak sendiri sarapan aku. Tapi aku goreng roti telur je la. Roti Gardenia yang dicelup dalam telur kemudian digoreng di dalam kuali yang diletakkan sedikit minyak. Sedap sungguh masakan aku (hahahaha)


Lepas puas memasak dan memuji kesedapan masakanku, aku bingkas bergerak ke bilik. Seperti biaser, on YM dulu. Kemudian, ketiadaan motivasi utk blaja menyebabkan aku membuat keputusan utk start buat pamphlet MOC. Setelah hampir setengah jam terkesima, aku still x dapat mencari idea nak buat pamphlet tu.

Aku cuba mencari gambar Pusat Pemantapan Akidah Jakim di internet, namun keputusan amat menghampakan. Xde langsung gambar pusat tu. Buntu. Xde idea. Xtau nak buat muka depan pamphlet camner. Waaa.....tensionnye.....

......mencari idea...........tapi still xde idea..........tidur.............

Photobucket

Monday, March 24, 2008

Kenangan...

Along nak beli Topup, jadi kami bgtau mak yg kami nak keluar ke Bukit Indah. Jadi, emak pun memesan beberapa barangan keperluan rumah untuk dibeli. X payahla aku listkan barang2 itu. Ape yg penting, barang2 tu adalah penting bagi kami melangsungkan hidup, hehehe...

OK, aku yg memandu kereta dan Along hanya duduk di sebelah, menjadi pemerhati dan juga pembantu pemandu. Aircond kereta kancil tu begitu kuat dan sejuk. Straight je angin sejuk mengena ke mukaku. Ntah macamane, aku teringat balik zaman2 skolahku.

The image “http://www.sepintar.edu.my/images/header2.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Dan terus aku teringat zaman menjadi exco dulu. Aku cube mengingati setiap rakan2 exco yg satu dorm selama setahun bersama aku. Dan aku gagal. Aku gagal nak list down 13 Exco Asrama Putera sebatch ngan aku. Wut the??? Aku buntu. Memang x ingat.

Sekembali ke rumah, aku segera list down nama2 exco, risau jika terlupa satu kenangan manis di asrama:

Ketua Asrama/Ketua Umum - Hafiz Huzaini (P-Jai)
Setiausaha Agung - Zaid
Bendahari - Fuad (Beto)
Exco Akademik & Multimedia - Amin
Exco Kebersihan dan Dobi - Huzaifah (Aku)
Exco Sukan dan Riadhah - Aidil Iman
Exco Penempatan dan Perumahan - Hadi
Exco Keselamatan dan Peralatan - Hafiz Asyraf (P-Cap)
Exco Disiplin - Hafizuddin (Key)
Exco Kesihatan dan Kebajikan - Azfar
Exco Dewan Makan - Azad
Exco BADAR - Mu'adz
Exco Tugas-tugas Khas - Nasim

Yeayy!!! Berjaya mengingati semua. Cume Azad yang aku agak lambat nak ingat, ntah naper. Sori amat, Azad. Tujuan aku menulis semua ni bukannya ape, saje ibarat nota maya agar aku boleh rujuk balik andai aku terlupe lagi.

Dan semalam aku baru tahu, yang P-Cap kini berada di Indon, melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan. Tahniah P-Cap dan terima kasih kepada Anna Althafunnisa (die xnak nama sebenar die dipaparkan) yang juge berada di Indon. Tolong kim salam kat P-Cap yer!!!

The image “http://www.encyclopedia.com.my/images/logo_pnb.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Dan Muadz pun makin sebok ngan projek die menjalankan motivasi kpd bebudak sekolah. Ntah;a, aku nak join, tapi takut plak clash ngan tarikh OBS PNB. Jadi, aku x memberikan apa2 jawapan lagi. Pending.....

Photobucket

Jom Study

Minggu ni merupakan minggu terakhir aku menikmati cuti yang panjang selama 3 minggu. Apakah yang telah aku lakukan? Berapa banyak yang telah aku study sewaktu cuti ni? Berapa banyak pulak masa yang aku buang? Berapa percentage homework yang dah siap? Perkara-perkara ni mula bermain di fikiranku.

http://www.lifehack.org/wp-content/files/2007/02/20060207-open-book-pencil.JPG

Alhamdulillah, sewaktu bangun untuk bersolat Subuh tadi, aku mendapat suntikan semangat dan motivasi serta ditambah dengan kesedaran tentang pentingnya aku mengurus dan menggunakan masa dengan baik. Setiap saat harus dimanfaatkan demi mendapat keredhaan Allah dan tak digunakan buat benda2 lagho.

The image “http://www.encyclopedia.com.my/images/logo_pnb.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Aku berfikir lagi tentang pencapaian aku setakat ni. Aku dah berumur 18 tahun (bakal masuk 19 tahun ni). Apakah yg telah aku capai? Perlukah aku bangga dan puas dengan pencapaian aku? Mendapat keputusan yg OK dalam SPM dan berjaya mendapat biasiswa dari PNB dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara, adakah itu perlu dibanggakan? Adakah itu dah memadai untuk mendapat syurga Allah?

Aku berfikir, siapakah aku ni jika dibandingkan dengan Sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan kota Constantinople pada usia seawal 21 tahun?

Siapakah aku kalau nak dibandingkan dengan Imam Syafi'e yang menghafal al-Quran semasa berusia 7 tahun?

Siapakah aku yg hanya menderma RM 2 setiap minggu di masjid kalau dibandingkan dengan Abdul Rahman al-'Auf yg menderma sebahagbian besar hartanya untuk Islam?

Siapakah aku kalau nak dibandingkan dgn Amru bin al-Asr, yang pergi jauh ke Afrika Utara demi mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan aku susah btul nak meninggalkan komputer untuk pergi bersolat jemaah?

Aku berfikir lagi, siapa pulak aku yg penakut ni kalau dibandingkan dengan Saidina Ali yang berani menggantikan Rasulullah S.A.W. di tempat tidurnya?

Siapakah aku jika dibandingkan dengan Imam Abu Hanifah yang sanggup menegakkan kebenaran walaupun diseksa, sedang aku ni amat takut menegakkan kebenaran walau tiada ancaman sekalipun.

Sedih. Namun, mata aku ni kering, dah lama x nangis. Susah plak nak nangis. Adakah tu tanda hatiku keras? Nauzubillah. Begitu banyak dosaku, entah berapa banyak titik hitam yang dah mencemari hatiku. Cuak. Cuak dengan azab Allah.

Ya Allah, lembutkanlah hati hambaMu ini, tautkanlah hatiku dengan agamaMu, basahkanlah lidahku dengan zikir mengingatiMu, ringankanlah tubuhku melaksanakan syariatMu.

http://www.dragonseye.com/ireland/images/010419/04190017.jpg
Gambar sekadar hiasan

OK, no time to waste. Nak study nih. Homework baru 50% siap. X masuk revision yg ntah ape2. Huzaifah! Kuatkan semangat, jangan tido, jangan malas, fikirkan pengorbanan Rasulullah S.A.W. dan sahabat terdahulu yg bersusah-susah demi umat. Dan ape yg dah ko buat? Nak study atas meja, bawah kipas, teduh dan nyaman pun susah ke? Ape sangatla banding ngan perjuangan umat terdahulu, Aku memarahi diriku sendiri, huhuhu.

Ya Allah,
bukakanlah kepada kami hikmat-hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Wahai Tuhanku,
tiada yg senang melainkan yg telah Engkau jadikan senang,
dan kalaulah Kau datangkan kesusahan,
maka Kau senangkan lah semula Wahai Tuhan sekelian alam..

Wahai pendidik Adam,
maka Kau didiklah pula kami,
wahai Sumber kefahaman Sulaiman,
maka Kau fahamkanlah pula kami,
Wahai penganugerah hikmah kpd Luqman,
maka ke atas kami Kau hikmahknlah juga...

Amin...

Photobucket

Sunday, March 23, 2008

Aduhai Malaysiaku...

Ketika sibuk melayari dunia internet yg luas ni, aku terpanggil untuk melakukan google search untuk mencari maklumat berkenaan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Dan aku menjumpai link ke Wikipedia. Dan aku membaca tentang krisis kehakiman yang melanda negara pada tahun 1988 apabila Tun Salleh Abas dipecat daripada jawatannya sebagai Ketua Hakim Negara. Untuk pengetahuan, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yg memecat Ketua Hakim Negara. Malu. Dan memeranjatkan aku apabila maklumat yg ramai org termasuk org Malaysia sendiri x tahu, terdapat dalam Wikipedia.

Untuk maklumat berkenaan Tun Salleh Abas, layari

http://en.wikipedia.org/wiki/Salleh_Abas

Dan maklumat tentang Krisis Kehakiman 1988 boleh didapati di:

http://en.wikipedia.org/wiki/1988_Malaysian_constitutional_crisis

Dan krisis ni menjadi titik tolak segala macam masalah dalam negara. Dan menariknya, sume masalah ni berkait. Kes video Lingam, kes Anwar Ibrahim, sumernya berkait antara satu sama lain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yg baru, Datuk Mohd Zaid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan untuk membersihkan kembali nama institusi kehakiman negara.

Moga kerajaan dapat memulihkan institusi kehakiman negara.

Photobucket

Ibu Bapa

Cuti tinggal lagi seminggu je. Dan homework still x siap, study x abis. Naik cuti ni dah trial. Baiklah, minggu terakhir ni aku berazam untuk struggle habis-habisan. Penggunaan internet akan dikurangkan, maybe malam jer after 10 pm. Waktu lainakan digunakan untuk homework dan study.

Hari ni hari Ahad. Pagi2 lagi, aku bersarapan Mi Goreng yang mak goreng. Sungguh sedap, sebab mak letak banyak rencah, daging, udang dan macam2 lagi. Aku makan dengan berselera. Kemudian, aku membuka laptop dan seperti hari2 baser, akan ku check email, frenster dan sebagainya.

The image “http://i85.photobucket.com/albums/k80/drecipetiquette/SayurPucukPaku.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Lepas tu, mak menyuruh aku memetik pucuk paku. Mak nak masak pucuk paku utk lunch la ni. Aku menuruti tanpa banyak tanya. Allah berfirman:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيما
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(Al-Israa': 23)

http://hdmessa.files.wordpress.com/2007/06/ibu-2.jpg
Ibu bapa merupakan insan yang pertama-tama sekali perlu kiter cintai selepas Allah dan Rasulullah S.A.W. Mana tak nyer, diorg yg dah jaga kiter sejak kiter kecik, ibu dah mengandungkan kiter 9 bulan penuh penyeksaan, x kira lagi time nak lahirkan kiter. Ibarat antara hidup dan mati. Malah, ada jugak ibu yg mati lahirkan anak. Betapa besar pengorbanan ibu.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w bersabda: ibumu. Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.
(Muslim: 4621)

Dan sejak kiter dalam kandungan dan selepas kiter dilahirkan, believe it or not, seorang ibu sentiasa memikirkan tentang anaknya, x kira di mana die berada. Di kala kiter lupekan ibu kiter, tapi percayalah, ibu sentiasa ingat dan doakan kesejahteraan anaknya. Sophia Loren pernah berkata:

A mother always has to think twice, once for herself and once for her child

Orang selalu berkata

Kita selalu tak menghargai apa yang kita miliki, sehingga kita kehilangannya

Jadi, bagi sesaper yg still mempunyai ibu dan bapa, hargailah mereka, sayangilah mereka. Jangan menderhaka, jangan melawan cakap, jangan berkasar. Walaupun kengkadang kiter x bersetuju ngan mereka, tapi berkatalah dengan lembut dan baik2. Jika dengan cikgu di kolej kiter boleh berlemah lembut, naper x dengan ibu bapa yg menjaga kiter sejak kecil? Selagi diorg masih hidup, berbaktilah!

Hadis Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w pernah menceritakan tentang dosa-dosa besar. Baginda bersabda: Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-dua ibu-bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu.
(Muslim: 127)

Dan bagi yg dah tiada ibu atau bapa, doakanlah kesejahteraan ibu bapa di akhirat dan moga mereka dijaui daripada azab di kubur.

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيراً
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Al-Israa': 24)

Banyak plak dalil2 yg aku letak harini. Maklumlah, banyak btul dalil2 pasal ibu bapa ni. Dan walaupun kiter tahu dan pernah dengar tentang dalil2 ni, tapi sejauh mana kiter beramal dengannya? Sama2 kiter fikir dan melakukan anjakan paradigma untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Moga kita tergolong dalam golongan yang diberikan ganjaran syurga Allah
Photobucket

Saturday, March 22, 2008

7 Golongan

Syukran kepada sahabatku, HanRi MTAQ, http://hanristudio.blogspot.com/.

[Tujuh_golongan_by_hanristudio.jpg] [Tujuh_golongan_2_by_hanristudio.jpg]
Moga Bermanfaat. Teruskan berdakwah melalui lukisan!
Photobucket

Sunny Day

Abah dan Emak mengikuti kursus Haji di Masjid Bukit Indah. Jadi, yg tinggal di rumah hanya aku dan along. Disebabkan along nak bawak bekalan makanan ke tempat kerjanya petang ni, maka, kami keluar menaiki kereta kancil ke Bukit Indah untuk membeli makanan. Mak pun dah bagi duit.

http://www.azharahmad.com/blog/blogpic/Makanan/nasiberianikroni.jpg

Kami nak beli Beriani Super di selekoh Medan Bukit Indah. Pernah gak beberapa kali mak beli dari sini, dan ternyata sedap. Orang Johor yg jual nasi beriani ni. Yang paling best, banyak giler nasi dier. Harga pun mantap la gak, RM 6 utk satu nasi beriani.

http://www.arinpinto.com/blog/wp-content/uploads/2007/07/sunny-day.JPG

Disebabkan banyak btul kereta kat situ, parking semua penuh. Aku yg memandu kereta Kancil tu terpaksa memberhentikan kereta agak jauh dari Gerai Nasi Beriani tersebut. Aku kluar dari kereta dan berjalan ke arah gerai tersebut. Keluar sahaja dari kereta, photon2 yang dipancarkan melalui cahaya matahari menusuk ke atas kulitku. Energy dari photon2 terbabit dipindahkan ke atas kulitku dalam bentuk heat. Pedih. Panasnya!!!

Namun, aku tersedar, ni adalah nikmat Allah dan aku sepatutnya bersyukur. Allah berfirman:

وَسَخَّر لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَآئِبَينَ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ

Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.

(Ibr.ahim: 33)

Ya Allah, aku ni tidak bersyukur kepadaMu. Ampunkan aku.....

Aku pun segera order 2 set nasi beriani berlaukkan daging daripada makcik tu. Nasib baik x ramai orang, maka, cepat je da siap.

OK, nak makan lunch nasi beriani ni. Ilalliqa'.

Photobucket

Friday, March 21, 2008

Jalan Dakwah Kita

Ni mesej yg aku tulis untuk bebudak MUSCOM jr, saje ltak sini, moga bermanfaat.

Assalamualaikum semua. Apa khabar kepada 'adik-adik' MUSCOM, okla, x sesuai nak panggil adik-adik, sebab saya pun lahir 1989, jadi saya panggil sahabat.

Setelah beberapa minggu menjadi MUSCOM, apakah perasaan anda? Mungkin x ramai yang rasa lagi kut, sebab baru seminggu di kolej menjadi MUSCOM, x banyak yang anda hadapi (kecuali SyuMul). Mungkin ramai juga yang rasa terbeban dan takut menghadapi cabaran dalam kerja MUSCOM ni. Biasala, mesti ade cabarannya dalam usaha dakwah ni.

Allah berfirman:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Al-'Ankabut: 2)

http://sofia.usgs.gov/virtual_tour/images/photos/enp/enp_road.jpg

Sedikit analogi berkenaan jalan dakwah yg bakal anda semua alami. Dakwah ni ibarat sebatang jalan yang panjang. Jalan yang anda lalui sangaaaaat panjang. Sepanjang perjalanan, anda mungkin menghadapi beberapa masalah. Mungkin panas terik sampai anda nak pitam. Mungkin juga hujan lebat yang membuatkan anda menggigil. Mungkin juga anda akan terjatuh dan luka berarah. Mungkin juga ada binatang liar yang akan menyerang anda. Begitu susah, dan begitu banyak cabaran.

Namun, sepanjang perjalanan yang panjang tu, anda akan bertemu ramai rakan-rakan yang sama2 berjalan di atas laluan yang sama. Apabila panas ataupun hujan, mereka akan memayungi anda. Apabila terjatuh dan luka, mereka akan memapah anda. Apabila diserang haiwan liar, mereka akan melindungi anda. Dan apabila anda sudah sampai di penghujung jalan, anda akan mempunyai ramai kawan, banyak pengalaman dan banyak ilmu ditimba.

Jadi adik2 (oppss...sahabat2), jika anda terjatuh dan luka, bangunlah dan jangan mengalah untuk meneruskan perjalanan tu. Martin Luther King Jr pernah berkata:

If you can't fly, run. If you can't run, walk. If you can't walk, crawl, but, by all means, keep moving.

Dan jangan takut untuk terjatuh dan luka, kerana setiap luka dan calar-balar itu adalah tanda kejayaan anda. Teruskan perjuangan, x kira apa jugak cabaran dan halangan yang menimpa. Percayalah, di sebalik kesusahan, ada kesenangan. Allah berfirman:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً
bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

(As-Syarh: 5&6)

Akhirul kalam, bersemangatlah, tautkan ukhuwah, bina kekuatan jemaah, bersatu padu dan bekerjasama, apabila ada sahabat anda yang terjatuh, papahlah dia, jangan tinggalkan begitu saja. Apabila ditimpa cabaran, jangan putus asa, tapi jadilah lebih gigih. Kemanisan akan anda rasai di hujung perjalanan bergelar seorang AJK MUSCOM.

Wallahu'alam

(penulisan saya ni banyak dipengaruhi oleh buku Life is An Open Secret)

TAUTLAH UKHUWAH SEKENCANG DAKWAH

Photobucket

Satu lagi kerja semasa bosan

Di kala aku tgh membelek2 buku Chem, sambil menulis jawapan di dalam booklet setebal kamus yg Puan Shree bg b4 cuti aritu, terasa buhsan plak. Jadi, aku pun melihat kembali gambar2 MUSCOM dan chalet lalu mengedit mereka sumer....

MUSCOMin

P-02

Photobucket