>

Tuesday, October 14, 2008

Praktikal dan Dinner

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini, seperti baser, pagi aku dimulakan dgn perjalanan 20 minit menuju ke kampus South Kensigton di mana terletaknya Universiti 'terchenta', iaitu Imperial College London. Dan disebabkan ketiadaan internet di bilik, terus je aku masuk ke library untuk bukak internet. Isk, cmonla pakcik ICT, cpatla betulkan internet bilik aku!!!

Harini, lepas jer abis lecture Biochemistry selamer 2 jam, aku ditinggalkan berseorangan. Pidah, Aishafath dan Sharmila xde kelas petang ni sbab kelas diorg adalah pada esok hari. Isk, maka, berjalanlah aku keseorangan di dalam Royal School of Science 1 (RCS1) itu. Aku bukak locker aku untuk amik buku nota, lab coat dan safety spectacles.

Harini juz introduction dan safety practical. Menggunakan some 'viral' solution, kami menggunakan pipette dan Gilson pipette, kami juz main2 transfer solution ke dalam bekas lain. Yg menariknya, lepas je kitorg abis buat experiment, segala bekas untuk menyimpan solution terus dibuang ke dalam tong sampah. Amat membazir!

No wonder the school's fee is so expensive

Seorang mamat Hong Kong bgtau aku. Aku hanya tersenyum je....

Sepatutnya practical 3 jam, tapi, kami abis pada jam 4 petang, sejam lebih awal dari jangkaan. Yeayy!! Jadi, aku pulang ke Evelyn Garden keseorangan....

Sampai ke hall, aku letak barang, baring jap, pastu terus ke hall Shah di BErnard Sunley untuk membuka internet dan untuk memasak juadah dinner. Telefon Aishahfath, die mencadangkan:

Aku ade spaghetti, jom buat spaghetti goreng

Aku dan Shah tergamam. Wah, spaghetti goreng. Bunyi cam sedap. Shah mencadangkan kitorg menggunakan perencah nasi goreng untuk campur ngan spaghetti goreng tu. Arh, bantaila.

Sebelum dan Selepas digoreng

Lepas digoreng, macam sedap plak. Tambah plak dgn sos cili Malaysia. Sedap gak experiment kami ni. Boleh buat lagi lpas ni. Tahniah kpd Aishafath sbab idea beliau yg pelik tapi bernas dan tahniah kpd aku dan Shah sbab berjaya masak dgn jayanya.

Photobucket

1 comment:

Anonymous said...

la...aisyafath bagi cadangan je? masaknye x ke????LOL