>

Monday, October 27, 2008

Salam dari OZ

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam. Pukul 7.15 malam tadi, selepas aku dan Shah makan bersama, aku turun ke Hall Office untuk ambik surat aku di situ. Jadi, aku mempunyai dua surat. Satu dari Lloyds Bank yg da mmg aku expect, satu lagi, mmg surat yg unexpected. Surat dari rakanku di Aussie, bumi kangaroo.


Aku bukak sampul itu dgn gelojoh, dan menemui sekeping kad raya berwarna coklat daripada dua org rakanku di Aussie, Afiq dan Za'im. Panjang sungguh mereka menulis. Aku salin balik ape diorg tulis:

Zaim:

Salam Jepah & semua kawan-kawan KYUEM esp Batch 9 di UK, saya nak jual pantun:

Kangaroo lawa penguin cantik,

Kookabura mengah terkahwin platipus,
Dua benua jauh tercarik,
Namun Ukhuwah tidaklah terputus


Kookabura mengah terkahwin platipus,

Emu tercabar alpakas cemburu,
Sahabat meriah gembira tercetus,

Kami bersabar berteman baru


Emu tercabar alpakas cemburu,

Kuda berlari possum bersalin,

Harapkan khabar bahagia selalu,

Salam Aidilfitri, Maaf zahir batin


Ikhlas,

Muhammad Za'im bin Mohamad Yusoff, Melbourne


TQ Zaim. Pantun yg sungguh........ pelik. Mungkin hybridisation budaya Melayu dan Aussie? Hahaha. Ape2 pun, tq sekali lagi (sambil mengesat air mata dan hingus yg berlinangan)


Afiq:

Buat rakan-rakan KYUEM...Selamat menempuh sebuah kehidupan yang baru. Kehidupan yang lebih mencabar dan lebih berliku, namun terselit hikmah yang mendalam setelah kejayaan itu menjadi milik kita bersama.

Gunakanlah kesempatan dan peluang yang diberikan dengan sebaiknya. Jangan persiakan cita-cita dan harapan kalian. Pertingkatkanlah iman di hati.. Luaskanlah pengetahuan dan pengalaman, perteguhkanlah akhlak dan jati diri, semoga setiap saat kehidupan kita menjadi lebih bermakna. Be 'Proactive' dan 'independent'. Berjalan melihat dan mentafsir setiap kebesaran Allah di sekeliling kita. Ringankanlah dirimu untuk mencari butiran permata yang terdampar di sana. InsyaAllah, semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan. Do enjoy your uni life wisely as it's going to be once in your lifetime opportunity... jenguk2lah kami di bumi down under nie ye.. :)

Kenang daku dalam doamu :)
Yang terpisah antara 2 benua,

Muhammad Afiq B Kamaruddin, UNSW Sydney

TQ Afiq atas mesej yang............... panjang. Huhuhu, tq atas segala doa kalian. Moga doa ini mengiringi kejayaan kiter bersama. Memetik senikata nasyid:

Dan kini dipisahkan dua benua,
Saling mengejar cita,
Tak mungkin ku lupakan,
Detik yang indah bersamamu,

TEMANKU

Tautlah Ukhuwah Sekencang Dakwah (dah lame x gune ayat nih)

Photobucket

No comments: