>

Wednesday, October 22, 2008

Cuti

بسم الله الرحمن الرحيم

Berehat sebentar aku harini. Untuk pengetahuan rakan2 samada di University lain atau di malaysia, harini, Imperial College London cuti!! Yeayy, xde kelas!! Knape? Sbab hari ni adalah hari graduation senior2 kami. Waa, x sabar nak graduate (padahal baru start).

Namun, harini, aku, Shah dan Aishafath terpaksa gak pergi ke Imperial College. Sbab smalam, kami menerima email dari credit control yg kate kitorg x bayar lagi duit accommodation sebanyak 1293 pounds bagi aku. What? Bukan main mahal aku bayar, tapi dikatenya aku x bayar? Ini sudah lebih. Xleh dibiarkan begitu jer...

Jadi, kami keluar menuju ke Imperial lebih kurang pukul 10 pagi. Dalam perjalanan, kelihatan beberapa orang memakai sut hitam dan memegang jambangan bunga. Di luar gate memasuki Imperial, kelihatan beberapa orang bersut mengambil gambar bersama2 keluarga mereka. Waa, da nak graduate mereka ni. Best. Bilerla aku nak berada di tempat diorg?

Jadi, kami menuju ke student hub. Akhirnya, sampailah giliran aku untuk menyettlekan masalah aku. Sampai je giliran aku, sedang aku menceritakan masalah aku kepada makcik tu, berbunyi pulak suatu alarm.

Please evacuate the building

Sambil diikuti bunyi loceng yg x henti2. Adeyh, time ni la plak nak buat fire drill. Jadi, nak xnak, aku melangkah hampa keluar dari Sherfield Building tuh. Kami menuju ke Queen's Lawn, di mana dah ramai org berada di situ, nak menyelamatkan diri dari 'kebakaran'. Ternampak super senior Isa di situ gak. Rupenya, beliau pun nak dtg library untuk study. Lpas beberapa minit, kami dibenarkan masuk ke bangunan semula.

Dengan pantas, aku meluru kembali ke student hub. Akhirnya, seorang makcik bernama Nina menyelesaikan masalah aku. Yeayy, x payah nak bayar overdue amount tu, huhuhu.

Akhirnya, aku mendapat tajuk esei MCB aku. Tajuknya berbunyi:

Discuss the structure, functions and clinical relevance of peroxisomes

OK, nak carik materials untuk buat benda nih. Later, dan doakan aku berjaya dgn sesungguhnya!!!

Ya Allah, kurniakanlah aku kefahaman, hafazan dan ilham. Ingatkanlah apa yang aku lupa, ajarlah apa-apa yang aku tidak tahu, kurniakanlah aku dengan pembacaan. Permudahkanlah urusanku...

Photobucket

2 comments:

saye said...

owh..tajuk tu mcm best. selamat menulis essay..

bun said...

ohw...tidak semua pelajar IC bertuah utk mendapat cuti...bdk aero yg malang ade je klas ritu....huhu :(