>

Sunday, October 19, 2008

Londoners di Hujung Minggu

بسم الله الرحمن الرحيم

Even ramai je org Malaysia yg idop kat London ni, tapi bukan pun selalu sgt jumpe. Even kami bebudak Imperial pun jarang jumpe antara satu sama lain, andai course kitorg berbeza. Kalau x plan, mmgla x jumpe.


Harini, kami bebudak Imperial (Aku, Shah, Mas, Pidah dan Super Duper Senior Bun) beserta Basir telah plan untuk melawat ke rumah ustaz Erfino untuk memenuhi jempuran rumah terbuka beliau. Kami berjanji untuk berjumpa di Paddington pada jam 12.30 tghari ini.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksid: “Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan tersebut dan sekiranya aku dihadiahkan sesuatu barang yang bernilai atau tidak nescaya aku menerimanya juga”

Riwayat Hadith Al-Bukhari

Namun, sumting unexpected berlaku yg tiada dalam perancangan. Dalam lebeyh kurang pukol 10.30 pagi, suatu no yg tidak ade dlm registry phone aku muncul dan menelefonku. Pelik, tapi aku tetap memberanikan diri untuk menjawab panggilan tersebut. Cemas. Macam cerita hantu plak, huhuhu.

Lerr, rupe2nya, hanyalah Bazli, petbroku yg ade kat Cambridge yg menelefonku. Pehal plak ni, dah lame x contact aku. Penat je badan aku merembeskan adrenaline dan penat je segala perasaan cemas yg datang . Cis dan cis sekali lagi.

Bazli tny samada aku free x dan ingin aku datang ke stesen King's Cross St Pancras sbab die baru menjemput Rashidah (Ede) yg baru sampai ke UK setelah direject visa beliau. Aku fikir2, dah janji nak jumpe ngan Bun pukul 12.30 tghari. Adakah sempat aku pergi? Namun, difikirkan, semenjak aku dtg ke UK ni, x penah lagi jumpe pet bro aku nih lagi. Sudah pasti die amat merinduiku, hahaha.


Jadi, kami berjumpa di King's Cross St Pancras pada jam 11.45 pagi. Arghh, 45 minit lagi untuk bertemu ngan Bun. Jadi, Bazli meminta aku membawa mereka me Malaysian Hall, sbab nak makan tghari agaknya. Jadi, aku menolong Rashidah mengangkat beg2 beliau yg seberat 31.7 kg itu. Lenguh pinggang, kaki dan tangan.

Akhirnya, sampai gak ke Malaysian Hall. Terharu. Lega hati, jiwa dan raga, sampai gak ke sini. Diorg mengajak aku untuk makan tghari bersama, tapi aku menolak sbab ade janji dgn org lain. Alamak, dah pun pukul 12.30 tghari time aku sampai ke MSD tu. Sempat ke x?

Aku berlari di tengah2 lautan manusia di kota London itu. Berlari menuju ke stesen Royal Oak. Sesambil tu, aku asyik tgk jam, amat takut andai ada janji x dpt ditunaikan.

Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya.
(Muslim)

Amat pancit aku apabila sampai di Paddington. Berpeluh aku, walaupun kat London ni amat susah nak berpeluh. Aku sampai ke Paddington pada jam 12.50 tghari, amat lambat berbanding waktu yg dijanjikan. Sori kengkawan yg terpaksa menunggu aku, isk, rasa bersalah amat.


Dgn menaiki Heathrow Connect, kami tiba di stesen West Ealing. Jalan 15 minit, bertemu juge dgn rumah ustaz. Bun menelefon ustaz, kate kitorg ade kat luar umah. Ustaz keluar dan menjemput kami masuk. Satu perkara yg aku kagum ngan Ustaz Erfino adalah ingatan kuat beliau. Waktu aku salam dgn die, die cakap,

Sile2, Huzaifah

Uiks, aku ni dah la x pernah bercakap peribadi ngan beliau. Hanya sekali je pernah perkenalkan diri, terus igt nama aku? Hebat. Jadi, rupe2nya kami antara org pertama yg tiba. Still kosong lagi, dan ini bermakna, still banyak makanan, Nyum3. Bun menjadi org pertama mengambil makanan, lalu, kami juniors ni hanya mengikut jejak langkah beliau.


Semakin lama masa berlalu, rumah ustaz semakin ramai dikunjungi. Satu persatu bunyi loceng rumah disambut ustaz. Amat sibuk nampaknya ustaz harini. Dan semakin lama kami di sini, x disedari dah masuk pusingan ketiga kami menjalankan aktiviti makan ini, hahaha. Hampir semua makanan dah dicuba, sedap! (dan free). Dan semakin ramai kenalan yg tiba. Meriah kami, terutama aku yg jumpe bebudak UCL yakni Fitri dan Apen yg dah seminggu x jumpe, hujung minggu camni je la bleyh jumpe. Hingar bingar gak umah ustaz ngan suara kami.


Memetik kata2 ustaz Erfinoor ketika ambik gambar kami:

OK, 2 hari lagi, tgk dlm blog saya

Balik dgn kekenyangan, tapi apa yg lebih penting dan best arini, adalah peluang bertemu rakan2, terutama dari universiti lain. Best! Jika aktiviti hujung minggu omputeh di sini adalah party, aktiviti kami adalah menziarah sahabat taulan. Di samping seronok, insyaAllah, dapat pahala di sisi Allah.


Itu je kut, aku dah keletihan amat....

Photobucket

1 comment:

Ede said...

Hehe, 31.7kg.. thanks jpah!