>

Saturday, October 11, 2008

Melayuness

بسم الله الرحمن الرحيم

Smalam, Muiz smpi dari Birmingham ke Victoria Station. Aku dan Shah pun mengambil beliau di Victoria Station. Berjumpe dengan Pa'an senior, Syafiq Misteri dan Syarul budak Taylors. Lpas tu, kami menuju kembali ke Evelyn Gardens tempat kami duduk. Muiz dan Shah due2 tidor di hall aku yg kecil ini.

Amat sedap tidur di London ni. Suasana yg nyaman membuatkan anda nak tidur selama-lamanya. Mujur masih tersedar dengan tanggungjawab menunaikan solat Subuh. Lpas mengejutkan member2 aku nih, kami bersolat Subuh berjemaah.

Dan pagi ni, kami bercadang untuk pergi ke Chinatown. Dgr citer boleh beli barang2 Malaysia di situ. Kami bertolak ke Leicester Square. Target aku hanyalah satu, kicap manis cap Kipas Udang.


Puas kami masuk sana sini, sume supermarket kami jelajahi. Akhirnya, di sebuah kedai yg dah aku lupe namanya, bertemu juge dgn ape yg dicita. Sebuah kedai yg mmg menjual barang2 nusantara. Aku beli kicap cap Kipas Udang dan Sos Cili Maggie. Juge terdapat banyak perencah nasi goreng Adabi, Lauk-pauk Brahims dsb. Rindu makanan malaysia!!! Rindu usha logo Halal JAKIM!

Da ade stok bebarang utk masakan melayu, maka, akan menjadi semakin melayulah aku dgn masakan2 melayu. Maka, insyaAllah, akan survive aku andai ade nasi di sisi...

Balik, letih, rehat, tido!

Photobucket

2 comments:

Pak Cu said...

Emmhhh... UK OK! Nak cari bende-bende dan halal senang. Pak Cu dulu dok makan kebab pak arab jer. 4 pound ingat2nya. Kalu dok mikir alamat tak makan la... RM 28.00. Boleh makan satu family. Tapi kat Germany nak cari makan payah... cari vegetarian pizza jer! Naik jemu.

Hari ini makcik Ina pergi Terengganu, Pak Cu rasa nak masakan tom yam lah. Hee3X... ingat Jpah jer kena masak ke?

Huzaifah said...

hoho... kicap manis cap kipas udang je la ek... same la kite...