>

Tuesday, October 7, 2008

Sedih

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku amat sedih. Ditambah plak dgn letih di hari pertama di Imperial College London. Kami perlu berjalan 15 minit dari hall untuk sampai ke Imperial. Letih la gak, tapi maybe juz utk permulaan je kut, lame2, okla.

Kenapa sedih sangat? Pagi tadi, lpas Subuh waktu UK, aku menelefon umah dan emak mengangkat gagang telefon. Sungguh syahdu mendengar suara mak. Mak kata,

Abah demam aritu. Die cakap rindu sangat.

Tanpa aku sedari, air mata aku berlinangan dgn amat deras sekali. Aku gagal mengawal otot2 mataku daripada terus mengeluarkan air mata. Kesayuan dan kerinduan menyelubungi hati nurani. Nak balik rumah!!! Namun, cepat2 aku menamatkan perbualan dgn mak, cuak mak akan sedar aku menangis, x sanggup rasanya (dicampur ego) membiar mak tahu aku menangis.

Shah plak bertanya soalan kepada aku,

Ape yg best sgt study overseas?

Aku fikir balik. Hurmm, agak betul. Ape yg menarik di overseas ni? Budaya lain, tempat yg asing, dan sebagainya. Namun aku sedar, itulah kelainan di overseas, dan mungkin perkara inilah yg akan mematangkan kami dan akan memberikan pengalaman berharga untuk kami. Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang2 da sampai UK, biar balik dgn cemerlang.

Harini, just brief introduction kepada Uni dan Department. Agak horror mendengar ucapan daripada lecturer. Aku dapat bayangkan kehidupan aku lpas ni yang akan sibuk teramat sangat. Terbayang depan mata, jadual yg sungguh ketat lagi padat dan mampat, namun, akan aku usaha jua.


Dan dinner harini, aku memberi cadangan untuk warga Evelyn Gardens untuk menjamu selera bersama di kitchen aku di Fisher Hall. Maka, warga Bernard Sunley (Shah) dan warga Southwell (Aisha Fateha) bertandang ke kitchen aku membawa bahan2 masakan. Shah membawa serunding, Aishafat membawa perencah nasi goreng, aku pulak, menyediakan beras, telur dan jus. Kami masak agak simple, bujanglah katakan. Namu, tetap kenyang dapat makan nasi, mmg perut org Melayu!

OK, nampaknya, cabaran hidup di sini dah bermula. Selama ni, hanya duduk dgn senior, x merasa idop sendiri, sekarang da duduk Hall, baru rasa cabaran. Sejujur hati, sewaktu aku nak masuk hall, terasa sedih amat nak meninggalkan rumah Bun, Isa dan Paklah. Amat best duduk di situ, mungkin sbab ramai kawan dan taulan. Skarang duduk di hall, sorg2, hanya dikelilingi orang asing, tapi aku jadikkan cabaran untuk memantapkan diri.

It's a whole new world we're living,
It's a whole new way to see,
It's a whole new place,
With a brand new attitude,

But you still got to be the best,
That no one ever was



Berita sedih, bilik aku still masih x dpt connection internet. Aku update ni pun di pusat sumber. Sedih. Maybe akan tanya Hall Office secepat mungkin. Maaf andai dah lame x berYM atau membuatkan anda sume risau.

Photobucket

6 comments:

Anis Latif said...

apa yang best sangat study overseas tu adalah soalan2 berbaur homesick...
heheh...no worries... i was in that situation once... dah 2nd year pun, kadang-kadang ade lagi homesick... ye ah...u.k ni sejuk...it makes us feel bit gloomy...

and bile takde tenet!lagi bertambah homesick!

all the best for everything! insyaAllah.

aliaaa said...

masak tu je?
aku milo faten masak tom yam tau. tau. haha.

Yahya bin A Shukor said...

Huhu,
jpah2, jgn la sedih2 sampai nangis.
aku sbg kawan yang baik ni pun rasa nak nangis jugak.sob2.=)

Qemin said...

Jpah!! wah.. lame tak jumpe.. erm.. macam penah dengar lak lagu kat bawah tu.. erm... ha! pokemon ek? hehe..
sMiLe :-)

Yahya bin A Shukor said...

kemas la bilik jpah.

Huda Huzaifah said...

sgt teringin to further stdy abroad..tp xde rezeki :(