>

Friday, October 17, 2008

Lunch di Evelyn Gardens

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini hari Jumaat. Hari yg ditunggu-tunggu oleh ramai orang, sebab hari ni hari terakhir dalam minggu ni di mana ade kelas dan lectures. Selepas habis harini, tibalah hujung minggu yg amat ditunggu-tunggu, masa untuk berehat. Namun, selaku seorang Islam, adakah lagi waktu untuk kiter berehat?

Tanggungjawab yang dipikul melebihi masa yang kita ada

Fikir2kanlah.

Huhuhu, harini, ade 2 jam lecture je. Satu Molecular Biology yg amat best, sbab lecturer yg amat best dan lawak dan seronok dan ceria dan sebagainya. Xdela busan sgt, dgn beliau yg suke berseloroh, rasa sekejap je sejam dlm lecture tu. Kemudian, tibalah masa untuk subjek yg lebih berat, Biological Chemistry oleh Prof Drickamer. Pening blaja pasal energy level, entropy dan sebagainya. Namun, still happy sbab xde assignment untuk minggu ni (yet).

Daging halal di Sainsbury

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(al-Baqarah: 168)

Ingat x, dulu aku pernah cerita yg salah seorang penghuni Evelyn Gardens ni, iaitu Aishafat yg hanya menyediakan bahan, di mana aku dan Shah yg terpaksa
masak? Nampaknya, cerita ni telah memburukkan reputasi beliau di UK dan juge di Malaysia. Jadi, harapnya, post kalini dapat memperbaiki reputasi beliau ini.

Kisahnya begini, kami abis kelas pada jam 12 tghari. Disebabkan solat Jumaat terdekat adalah di Union Hall, Imperial College, maka, bebudak laki ni yakni aku dan Shah x balik ke bilik. Namun, Aishafat sudah pasti balik ke bilik. Jadi, aku berseloroh ngan Shah:

Wei, telefonla Fat, suruh die masak, nanti balik kite makan je

Memang niat aku cakap tu, hanya gurauan semata-mata. Namun, Shah dgn pantas mengambil telefon beliau lalu menelefon Fat. Dengan mulutnya yg separa laser itu, beliau berjaya meyakinkan Fat untuk menyediakan makanan untuk kami.

Selepas selesai solat Jumaat, aku dan Shah berjalan pulang ke hall kami di Evelyn Gardens tercinta. Terus je kami pergi ke dapur Southwell yang biasenya meriah itu. Tapi, harini, kosong plak dapur nih. Mungkin org lain ade kelas kut. Jadi, Fat membuka sebuah periuk dan aku mendapati sup ayam yang nampak mcm sedap. Shah menuang skit sup tu untuk diuji kesedapannya. Ternyata, reaksi Shah amat positif.



Nasi dicedok ke dalam pinggan dan kami makan dgn happynya. Sedap, memang sedap sup ni. Tanpa disedari, licin periuk tu kami kerjakan. X syak lagi kesedapan sup ini. Terima kasih Sup Bunjut Adabi. Eh, salah, terima kasih Aishafat. Jadi, aku dan Shah meminta maaf kepada beliau atas kritikan membina yg kami berikan selama ni dan akan berusaha menaikkan reputasi beliau kembali samada di UK atau di Malaysia.

Jadi, kepada Awang Najib khususnya, untuk pengetahuan, Aishafath ni pandai memasak, jadi, bukanlah seperti yg korg sangkakan, mungkin bakat sajer yang masih belum timbul, huhuhu.

Malam ni aku dan Shah nak tido kat hall Firdaus, so, slamat memasak sorg2 Fat!!!

Photobucket

3 comments:

Anonymous said...

ooo...pg tdo hall org len ye? kre cam habis madu sepah dibuang ar? hahaha

Yahya bin A Shukor said...

teruk la jpah.
cari gadoh ngan roommate.
sabar ye fat,aku dah biasa.
nak advice?
haha.

Anonymous said...

sape roommate jepah? bukan duduk hall sorang2 ke?