>

Tuesday, May 6, 2008

Tidur

بسم الله الرحمن الرحيم

Kelas bio pada awal pagi. Wargh... mengantuk. Bukan sebab kelas bio atau Mr Azman buhsan, ini sebab salahku yang tidur agak lewat daripada jadual baser. Aku tersengguk-sengguk dalam kelas, mujurlah, cikgu x perasan.

http://www.trevwilliams.co.uk/metips/images/cartoons/sleep.jpg

Aku menggagahkan diri, cube menahan mata ini daripada tertutup. Kalau ade lidi, memang aku dah cucuk kat mata aku untuk tahan daripada tertutup. Kemudian, aku memandang ke meja sebelah. Kelihatan saudara Azim atau lebih manja, Jimah sedang menggunakan skillnye, iaitu

Tidur tanpa dikesan...

Aku mencuit Meor dan menunjukkan kepada rakan kami itu. Kami tersenyum2. Lalu, kami memberi signal kpd Firdaus. Setelah beberapa kali mengeluarkan signal rahsia, akhirnya, faham juger Firdaus dengan mesej kami. Firdaus memegang bahu Azim dan Azim terjaga. Mr Azman berjaya mengesan kejadian ni lalu berkata

Ngantuk ye Azim? Pukul brape tidur smalam?

Satu kelas tersenyum. Muke Azim jelas menunjukkan keletihannya. Aku dan Meor tersenyum. Adakah kami yang menyebabkan skill Azim terkantoi? Skill memegang pen sambil tidur nampaknya tidak begitu berkesan kepada Mr Azman.

Allah berfirman:

كَانُوا قَلِيلاً مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُون
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

(Az-Dzaariyat: 17 & 18)

Ayat di atas menceritakan tentang ciri-ciri orang bertaqwa. Salah satu ialah hanya tidur sedikit sahaja di waktu malam dan digunakan untuk beribadah kepada Allah. X tau ape yg Jimah buat pada malam smalam, cume harapanku, die membuat sesuatu yg mendekatkan diri kepada Allah. X salah mengurangkan waktu tidur, tetapi janganlah sampai membebankan diri. Ubahlah sikit demi sikit, lama2 anda akan baser untuk tidur sedikit.

http://www.dizpins.com/archives/images/2006decemberpics/sleepy_flower_121906.jpg

Sungguh nikmat tidur tu. Lelagi waktu malam hujan. Sejuk, aman dan tenteram. Bez. Aku x terkecuali menghargai nikmat tidur ni. Ade je manusia yg di dunia ni yang mempunyai masalah nak tidur. Maka, bersyukurlah kiter yg dikurniakan nikmat tidur ni. Tapi masalah lain plak timbul, iaitu, masalah terlebih2 tidur. Dan inilah yg menimpa diriku jua....

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِبَاساً وَالنَّوْمَ سُبَاتاً وَجَعَلَ النَّهَارَ نُشُوراً
Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.
(Al-Furqaan: 47)

Hargailah waktu tidurmu. Kalau dah letih, tidurlah. Jangan memaksa diri. Cume, janganlah tidur di dalam kelas, hehehe.

Wallahualam

Photobucket

No comments: