بسم الله الرحمن الرحيم
Aku ni amat jarang mendengar radio, x tau pun lagu latest, apatah lagi ape yg berlaku dalam dunia DJ nih. Namun, petang tadi, dengan izin Allah, aku mendengar radio tika aku memandu kereta. Channel yang aku buka, ialah Era.fm, berfrekuensi 103.30 to 2 decimal places di Lembah Klang.
Ape yg aku suke pasal radio Era ni adalah celoteh bersama Apek. Amat menggelikan hati. Tapi pada petang ni, ape yg aku dengar bukanlah celoteh atau jenaka, tapi aku tertarik dengan satu iklan khidmat masyarakat yang dibawakan khas oleh Era.
Iklan ni berkenaan penjagaan alam sekitar dan kepentingan kitar semula. Iklan tu bunyi lebih kurang camni,
Eh, sungai, kiter buang sampah kat sini jer la, kata seorang lelaki
Tetiba, seorang artis, iaitu Ferhad, datang dan menegur,
kawan-kawan, x elok kiter mencemarkan sungai kiter, baik kita kitar semula barang-barang tu
Pastu, mamat yang bersalah tu menjawab
Eh, artis cakap mesti betul, jom kitar semula....
Selepas beberapa celoteh, iklan tu tamat.
Aku tergamam. Berfikir. Inikah mentaliti masyarakat zaman sekarang? Memuja artis sehingga mengiyakan apa yg artis kata? Sampai wujud ayat 'artis cakap mesti betul'? Adakah amat tinggi darjat dan kedudukan artis dalam hati masyarakat, dan adakah berkelayakan artis tu untuk diikuti malah dijadikan contoh?
Aku sedih. Jika ulama bersuara, jika mufti bersuara, ade jer pihak yang x berpuas hati, nak melawan. Jika ditegur oleh ulama', ade jer hujah nak berdalih. Dunia dah terbalik? Kedudukan ulama' direndahkan dan kedudukan artis yang menghedonismekan masyarakat diangkat giler2. Aku bkanlah nak membenci mana2 artis, malah, baguslah bagi mereka menggunakan pengaruh mereka bagi mengajak masyarakat melakukan kebaikan. Tapi aku amat sedih terhadap masyarakat yang memuja artis2 ini.
Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; 'Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)."
Moga kiter lebih celik....
Wallahualam

H.R Ahmad
Moga kiter lebih celik....
Wallahualam
No comments:
Post a Comment