>

Saturday, May 17, 2008

A Special Saturday

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, email daripada Imperial telah ku terima, CID no jugak dah aku ketahui. Maka, bolehla aku mengapply untuk accommodation di Imperial.

Pepagi lagi, Shuib, Afiq dan Muiz mengajak aku untuk makan di Dining Hall. Namun, aku amat malas kerana memikirkan ibu bapaku yg akan datang skejap lagi, mesti diorg bawak makanan. Huhuhu, nak saving perut, perut aku ni bukan tangki boleh masuk segala benda. Namun, Afiq membawa balik sekeping sandwich berintikan tuna untukku, terima kasih, isk, terharu!!!

Hisham dan Syafiq Misteri tetibe datang ke chaletku dan menemuiku. Nampaknya, ada masalah ngan blogger. Hisham menceritakan yg die xleh nak tulis new post, sebab x keluar field untuk tulis post. Aku pelik, x pernah plak jadik. Aku try sign in gune komputer chalet, memang betul kata Hisham. Field untuk tulis xde, yg ade hanya HTML code jer. Aku pelik. Disebabkan x berpuas ati, aku try log in gune laptopku yg usang, IBM Lenovo R52. Tup2, yeayy, boleh. Hisham menjadi sedikit terkesima.

Random Picture

Kemudian, Firdaus YT plak bertandang ke chaletku. Nak tengok surat dari Imperial katenya. Lpas tu, kitorg review Halls yg ade, dan memilih2 hall yg dirasakan logik dan sesuai dengan bajet dan sensitiviti kami. Namun, aku hanya akan apply esok di RC, memandangkan internet yg x stabil di chalet nih. Pasal pilihan halls, nantilah aku ceritakan dalam post akan datang. Sabar yer wahai blogku...

Mesti korg rase busan dan baser je hidup aku harini. Tapi, ngapekah aku tulis a special Saturday? Adakah post ini telah menipu? Tidak. Yang speselnye arini dalam idopku adalah sebab ibu bapa ku telah bertandang jauh dari Megalopolis Ampang menaiki kereta ke Silent City of Lembah Beringin. Before exam ni, mak dan abah nak jenguk aku, dan bagi semangat dan motivasi kepadaku. TQ mak dan abah, terharunya....(sambil mata berlinangan air mata)... Bak kata pepatah Inggeris

Mother love is the fuel that enables a normal human being to do the impossible.

Mak dan abah turut membawakan untukku sut untuk Hari Anugerah nanti. Setelah menjalani proses dry cleaning, harum gak baunya. Disebabkan mak dan abah x makan lagi, kami menuju ke kafe untuk bersarapan. Aku dan mak makan nasi lemak manakala abah x makan ape2. Dah kenyang kut. Mak turut membelikan aku Dunkin Donuts, tapi mak x beli dari Topaz, mak beli straight dari Kedai Dunkin' Donuts.

Ini x beli dari Topaz

Exam dah dekat. Ibarat kata Judin Morinda, (Hafizuddin Hypo), bau A-level dah semakin kuat, macam bau durian (huh?). Dan hari Isnin ni paper pertama aku, yakni paper 5 Physics. Adakah aku dah bersedia. Yeayy!! Strive for 4 A's. You can do it Huzaifah, aku berkata sendiri dalam hatiku.

Mak, Abah, tq kerana sudi datang menjenguk anakmu ini. Doakanlah anak mak abah ni dapat istiqamah study dan ampunkanlah segala kesalahan anakmu ini.

Exam!!!

Photobucket

No comments: