>

Wednesday, May 7, 2008

Drug Delivery

بسم الله الرحمن الرحيم

Seawal pagi, block 1, iaitu matapelajaran Chemistry, satu matapelajaran di mana aku mempunyai masalah, namun aku perlu mendapatkan A untuk pergi ke Imperial College London. Mampukah aku? InsyaAllah, aku akan berusaha...

Salah seorang grup member

Seperti yg telah dibagitau Miss Shree smalam, harini akan berlangsungnya pembentangan tentang Materials and design. Alhamdulillah, mujur aku, Syauqi, Maz ngan Awe dah bersedia ngan notes2 yg sepatutnya. Pembentangan pertama adalah berkenaan polymers, dan dibentangkan oleh group Syafiq, Najib dan Syarif. Menurut Awe, grup ini diberi nama

Grup Rambut Pacak

sebab rambut mereka memasing mengenakan gel yg mempunyai tahap kekerasan yang tinggi, bagi meninggikan rambut mereka yg sedia tinggi. Walaupun nampak sedikit terketar, namun, mereka berjaya gak menamatkan pembentangan dgn jayanya. Agak jelas juger diorg menerangkan tentang spider silk yg mantap. Untuk pengetahuan korg yg membaca, spider silk ni mempunyai kekuatan 5 kali ganda lebih drpd steel. Hebat kan? Dan kalau korg memerhatikan ciptaan2 manusia ni, kebanyakannya adalah diambil daripada ape yg mereka perhatikan melalui ciptaan Allah.

Kevlar Vest (baju kalis peluru) adalah berdasarkan structure spider silk
Kapal terbang meniru structure burung
Helicopter meniru structure pepatung
Kebanyakan machine adalah meniru structure tangan manusia

dan banyak lagi. Jika kiter kate hebat ciptaan2 manusia ni, ternyata betul, memang hebat. Namun, lebih hebat lagi Yang Menciptakan manusia tu sendiri, iaitu Allah.

The image “http://quran.al-islam.com/GenGifImages/Search/290X800-1/13/3/0-0.png” cannot be displayed, because it contains errors.

Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.
(Ar-Ra'd: 3)

Grup kedua, membentangkan tentang Nanoteknologi. Suatu theme yg menarik. Aku agak berminat ngan tajuk ni. Sin Chuan dan Nadiah OB membincangkan tajuk ni. Namun, ketiadaan tunggak pasukan, iaitu Esther (mungkin disebabkan masalah teknikal), sedikit memincangkan pembentangan. Maka, perbincangan ditangguhkan esok hari...

Kemudian, tibelah waktu yg dinanti2. Pembentangan kumpulan kami. Kami diberi tajuk Drug Designing and Delivery. Dan kami memecahkan lagi tugasan. Awe dan Maz akan membentangkan Drug Designing, dan aku dan Syauqi akan membentangkan Drug delivery. Namun, Awe sedikit memeranjatkan Maz apabila beliau membentangkan isi yg sepatutnya Maz yg bentang. Jadi, apelagi, menggelabahlah Maz. Namun, bakal pelajar Imperial kelahiran Sarawak ni tenang menghadapinya dan menghadapinya dgn bijak. Tahniah!!!


Maka, tibalah giliran aku dan Syauqi membentangkan. Of course, Syauqi berceloteh dalam membentangkan. X kering gusi kami dibuatnya. Well, what else can u expect from him? Namun, dalam nada sinisnya itu, isi tetap disampaikan dgn jelas. Walaupun pada awalnya beliau agak gugup, dan kelihatan nota yg dipegangnya bergetar2 akibat menggigil, namun, ternyata, beliau merupakan seorang bakal cikgu yg cemerlang. Beliau membincangkan tentang liposome, dan aku bincangkan pasal PEG dan Virosome. Untuk details perbincangan kami, sila rujuk sumber kami:

http://en.wikipedia.org/wiki/Liposome
http://en.wikipedia.org/wiki/Polyethylene_glycol
http://en.wikipedia.org/wiki/Virosome
http://en.wikipedia.org/wiki/Drug_delivery

Alhamdulillah, selesai pembentangan dan aku dapat gak menjawab beberapa soalan maut yg diajukan oleh classmates2 yg intelek2 belaka, walaupun kengkadang terkantoi...

Dan PNB akan jumpe esok, mesti berkenaan choices Uni kami. Moga pilihanku tiade masalah...

Photobucket

No comments: