>

Thursday, May 1, 2008

Selamat Hari Pekerja

بسم الله الرحمن الرحيم

Harini merupakan cuti umum, of course la kan, klu x, xdela aku nih bercuti. Hari ni tanggal 1 Mei 2008, merupakan juga hari pekerja. Maka, para pekerja pun diberikan cuti umum. Selepas setahun berpenat lelah bekerja, mereka kini diberikan cuti untuk bersama keluarga terchenta.

Allah berfirman

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيراً لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
(Jumuaah: 10)

Aku mengambil kesempatan ini untuk keluar ke Kuala Lumpur. Aku hanya menemankan emak jer. Kami pergi ke Jalan TAR. Tujuan utama adalah untuk membeli sut untuk majlis Awards Day kolej pada 21 Jun ni. Maklumlah, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib akan hadir menjadi VVIP, maka kenalah wat grand2 sehingga 'terpaksa' menyukarkan para pelajar, terutamanya bagi mereka yang bukan dari keluarga yang berkemampuan.

STAR LRT

Kami bertolak dari rumah sekitar pukul 10.30 pagi. Kami menaiki STAR LRT dari stesen Ampang. Xdela ramai sgt nampaknya, mungkin blum lagi kut, pikir aku. Kami menaiki tren yg tiba dan turun di Stesen Masjid Jamek. Melalui Petaling Street, kami segera bergerak ke Mydin. Seperti selalu, amat ramai orang di Mydin nih. Dan aku terlihat suatu notis di pintu depan Mydin yg mengatakan produk2 Belanda akan dilabel dengan warna merah untuk menyatakan BoyCott kepada barangan itu hasil filem Fitna.

Barangan murah di Petaling Street

Kemudian, kami ke Kamdar. Nak beli sut untuk aku. Dicari-cari sut, akhirnya terjumpa gak dengan sut idaman. Xdela murah sangat. Kalau campurkan semua sekali, hampir RM 300 dibelanjakan. Maybe murah bagi sepasang sut, tapi xdela murah untuk kami sekeluarga. Setelah membeli sut tu, kami kelaparan. Mak mengajak aku untuk makan, maka, kami bergerak ke A&W. Aku memesan Burger Double Deluxe. Setelah makan dan kekenyangan, kami bergerak ke stesen LRT Bandaraya.

Float yang aku gemari

Pilihan Sut...Rambang Mata...

Meriah sungguh!

Sesambil berjalan, kelihatan agak ramai juger orang di sekitar KL nih. Maklumlah, cuti umum, sume ambik kesempatan keluar bersama-sama keluarga. X kurang juga lambakan warga asing yang terdiri daripada pelbagai kaum di KL ni. Hurmm.. sungguh meriah sekali...Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Hujuraat: 13)

Kami menaiki tren pulang dan sampai kire2 jam 1.30 petang.

Kepada sume pekerja, selamat bercuti. Tanpa anda, saperlah majikan anda. I salute you all, x kira pangkat dan kedudukan anda, kerana hari ini hari anda!!!

Photobucket

No comments: