>

Saturday, May 31, 2008

Kenangan Itu

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru lepas balik solat Subuh di surau. Lama gak tazkirah harini, tazkirah disampaikan oleh Syauqi, seorang pelajar tajaan KPM. Beliau menceritakan pengalaman beliau sewaktu tingkatan 2 di sekolah SHAH Pekan dahulu. Dan semalam juger, aku, Syauqi, Hazman, Shuib, Nazri, Anam dan Syamil berbual-bual di bilik aku dan kami berkongsi pengalaman di sekolah dahulu. Membuat aku mengimbau kenangan di sekolah dulu. Disebabkan Syauqi menceritakan pengalaman melanggar peraturan, aku pun nak cerita benda samer gak....

Memang bez hidup di sekolah asrama dahulu. Walaupun secara jujurnya, aku hidup dalam ketakutan, takut dengan warden, tapi, aku lebih ingat banyak kenangan manis sepanjang persekolahan. SBPI Rawang, sekolah itulah yg mengajar aku erti kehidupan.


X dinafikan, memang agak nakal sewaktu di sekolah. Setiap peraturan sekolah mesti aku nak langgar. Sifat rebellious dalam diri semakin menebal. Kalau itu yg dilarang, itulah yg nak dibuat. Tapi, ditakdirkan Allah, aku dilantik menjadi Lembaga Kepimpinan Pelajar (Pengawas) dan kemudian dilantik puler menjadi EXCO. Daripada orang yg melanggar peraturan, aku terpaksa menjadi orang yg menjalankan peraturan.

Walaupun menjadik exco, aku still melanggar beberapa peraturan sekolah. Pernah beberapa kali aku dan Husaini (pengawas) beberapa minggu ponteng perhimpunan rasmi sekolah yg dijalankan di Dewan al-Aqsa. Kami merayau-rayau di sekitar sekolah. Kami berjaya memonteng tanpa dikesan, sehinggalah suatu hari....

Jpah, harini ko baca ikrar tau, cakap Azad, Exco Protokol kepadaku pada pagi suatu Isnin, iaitu hari perhimpunan rasmi.

Alaa, surola P-jai (Ketua Pelajar), aku menjawab lalu menuju ke kawasan sekolah


Pada perhimpunan rasmi aritu, aku dan Husaini seperti baser memonteng perhimpunan. Namun, kalini, KANTOI!!! Aku tak tahu yg P-jai menjadi MC dalam perhimpunan tersebut. Dan, dengan itu, haritu tiada bacaan ikrar dijalankan, kerana aku yg memonteng. Adeyh, camne leh kantoi ini. Aku dah melibatkan Husaini. Namun, perkara tu x dibangkitkan dalam meeting, nasib baik, mungkin sebab kitorg dah nak serahkan jawatan kepada Juniors.

Dan pernah sekali, aku memonteng perhimpunan harian yg dijalankan di Dataran Raudhah. Entah macamaner, haritu Allahyarhamah Ustazah Fauziah, PK HEM merangkap ketua warden ade mood nak pusing ke setiap kelas. Maka, kantoilah aku bersama beberapa rakan yg lain, dan kami dirotan di khalayak ramai, adusshhhhh. Malu, tapi disebabkan ramai yg kantoi, dan even Ustazah sendiri tersenyum masa merotan, maka, xdela sakit sgt.....


Memang kat sekolah dulu, aku rasa tertekan amat. Peraturan bukan main ketat. Macam kat sekolah aku, baju x berkolar x dibenarkan kecuali baju putih jer. Dan jadual amat ketat, rigid giler. Aku rasa cam robot plak. Tapi, seperti yg Syauqi cakapkan pagi ni, mungkin kiter x nampak hikmah di sebalik perlaksanaan undang2 ketat ni. Bangun kol 5.30 pagi, pukul 6.00 pagi mesti ade di surau, 7.15 mesti ade dalam perhimpunan. Dari satu segi, aku rasa jadual yg ketat nilah yg mengajar aku untuk menepati masa dan berdisiplin (kengkadang still x berdisiplin).

Kiter bolehla analogikan kehidupan di asrama ni dengan kehidupan kiter seharian. Saban waktu, kiter sering diuji dengan kesulitan, keperitan dan kesusahan. Kiter sering memandang benda tu dari sudut negatif, tapi, kiter x tahu, segala ujian itu ada hikmah di sebaliknya, yg baik untuk kiter, agama dan masyarakat. Ingatlah

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَه
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
(al-Baqarah: 286)

Jadi, kepada rakan2ku, nanti, time nak dapat result A-level, ingatlah pesanan ringkas ini. Walau apapun keputusan, terimalah dengan redha. Marilah sama-sama kiter doakan supaya diberikan yg terbaik untuk kiter, agama kiter dan umat Islam keseluruhannya.

The image “http://photos-652.friendster.com/e1/photos/25/69/19229652/22370631120625l.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
Paper EST, tq kepada pengawas peperiksaan yg
sporting amikkan gambar


Photobucket