>

Monday, May 12, 2008

A 'special' Monday

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas Zuhur, aku xde kelas pun, disebabkan susunan block 2444. Namun, kehadiran aku ke surau dengan berpakaian akademik mengundang seribu satu persoalan kepada warga kolej. Selepas solat sunat, Muadz menegur,

Ko balik chalet lpas ni? Xde kelas kan?

Memang, sudah terang, x perlu bersuluh, memang aku xde kelas petang ni. Namun, aku memakai sebegini kerana aku ingin sekali bertandang ke Pusat Sumber bagi mendapatkan atmosphere belajar tu. Klu di chalet, mata asyik pandang ke katil jer, tanpa disedari, kepala da atas bantal, huhuhu.

Khusyuk buat homework bio

Ketika aku sedang khusyuk membuat homework biology, soalan pelik berkenaan genetics, tetibe, Firdaus YT mendekatiku, mungkin beliau kebuhsanan kut? Beliau berkata dengan bangga,

Idris Jusoh da datang, ade kat IT Lab,

Keadaan yg tenang di tingkat atas RC, yang dahulunya bilik guru

Owh, da datang rupenya VVIP kiter arini. Pasti anak-anak Terengganu suke dan bangga apabila mereka dilawati oleh orang kampung mereka. Kemudian, kelihatan Shuib naik ke tingkat atas, aku memanggilnya dan menceritakan hal ini. Kemudian, dengan nada terperanjat, beliau berkata,

Aku ingat Dr Ikmal

Kami turun ke tingkat bawah. Kelihatan Pn Thohiroh beserta Abg Naim tgh sibuk menyusun2 kerusi. Aku dan Shuib amik port baik untuk usha dan observe keadaan berlaku. Kemudian, yg ditunggu telah tiber. Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh kelihatan bersama escorts beliau. Beliau masuk ke RC. Aku yg tgh baca buku terperanjat apabila mereka gelak dgn kuat. Kelihatan Idris Jusoh tgh berbual2 ngan seorang pelajar perempuan. Ntah ape yg lawak sgt ntah?

Beberapa reaksi pelajar KYUEM dengan kehadiran Idris Jusoh

"Idris Jusoh tiga pupu aku," ujar Aslam bangga,

"Die ni bekas budak STAR dulu," ujar Hilmi bangga kuasa dua.

"Nape die dilayan cam VIP, tapi Nik Nazmi x? Padahal due2 ADUN," ujar Famy, pelik

Ntah naperla VVIP ni datang ke kolej. Nak kater melawat bebudak Terengganu, x pun. Oleh itu, selepas sesi perbincangan yg mendalam, aku dan Firdaus menggunakan instinct seorang saintis untuk buat hypothesis yg Idris Jusoh nak mengantar anaknya belajar di kolej berprestij ni. Namun, hypothesis ni boleh diterima atau ditolak based on results experiment dan penemuan terbaru.

http://www.jphpk.gov.my/Malay/IDRIS%20JUSOH3.jpg

Selepas tu, beliau meninggalkan pusat sumber, nak ke surau agaknya.

Aku pun bergerak balik ke chalet, nak berehat 'sedikit'.

Moga kedatangan beliau dapat menaikkan semangat anak2 terengganu, dan menyuntik motivasi mereka semua seterusnya dapat catalyses semangat rakan2 lain untuk terus berusaha. Spesel kan arini????
Photobucket

1 comment:

Anonymous said...

awal yang baik