>

Sunday, May 4, 2008

Jati Diri

بسم الله الرحمن الرحيم

Ade permintaan untuk aku rumuskan tazkirah pagi tadi, maka terasa tanggungjawab berbuat demikian, kerana benda yang baik perlulah dikongsi, x patut disimpan sendiri kan?

Okla, pagi tadi, xde orang pun yang nampaknya nak bagi tazkirah. Maka, selepas beberapa siri tolak-menolak dan sila-mempersilakan, akhirnya, saudara Aslam dengan gentlemannye tampil ke hadapan dan grab the mic untuk memberikan sedikit pengisian pada pagi Ahad ni.

Pada mulanya, of course, seperti baser, muzakkir mengingatkan kepada jemaah bahawa perlulah kiter memanjatkan kesyukuran kepada Allah, sebab masih dikurniakan dua nikmat terbesar, yakni nikmat iman dan nikmat Islam. Beliau (Aslam) juga menegur kekurangan jemaah kebelakangan ni. Mungkin disebabkan mereka x mengetahui fadhilat dan ganjaran bersolat jemaah ni. Andai diorg dapat nampak pahala tu, pasti akan diorg datang even jika perlu merangkak sekalipun.

http://redha-mu.blogs.friendster.com/genwave/images/posterjamah_3.jpg

Pastu, Aslam kelihatan tandus idea. Beliau bertanya kepada jemaah lain,

Ade sesaper nak bagi tazkirah,

Namun, semua jemaah buat muke seposen, memasing tak menunjukkan tanda-tanda ingin membantu Aslam. Namun, Alhamdulillah, Allah memberikan ilham kepada Aslam. Kelihatan Aslam mempunyai satu idea. Lalu, beliau pun bercerita, ini cerita masa saya kanak2 dulu, katanya. Ceritanya:

Pada suatu hari, seorang lelaki yang baru pulang belajar dari luar negara, tiba di Malaysia di KLIA. Of course, lelaki ini merupakan seorang Melayu berasal dari Kelantan. Jadi, lelaki inipun menahan sebuah teksi dan mengarahkan teksi ini bergerak ke sebuah destinasi. Dalam perjalanan, mereka melintasi sawah padi yang terbentang meluas. Maka, lelaki Kelantan ini dengan poyonya pun bertanya

http://sofia.usgs.gov/virtual_tour/images/photos/controlling/ag_ricefield.jpg

Are-par kah yeng ber-war-nay hee-jaw itu? (Apakah yang berwarna hijau itu?) dalam slang omputeh.

Maka, pemandu teksi tu pun menjawab, itu sawah padi, nak

Maka, perjalanan diteruskan. Nak dijadikan cerita, pemuda Kelantan ni tertidur. Maka, tetiba, brek kecemasan ditekan, dan teksi itu berhenti mengejut. Disebabkan inersia menurut Newton's first law, maka lelaki itu terhentak sedikit ke depan dan terjaga. Beliau melatah,

Gapo dio? (Apebenda tu?)

Pemandu teksi menjawab,

Tak are-the are-per2, hay-nya lerm-boo may-learn-tusk (Tak ade ape2, hanya lembu melintas)

Jadi, amat malulah pemuda itu sehingga ke akhir destinasi mereka.

Tersenyum2 para jemaah mendengar cerita Aslam ni. X syak lagi, Aslam merupakan seorang penglipurlara terulung abad ini. Beliau memapu mengukir senyuman pada bibir jemaah, walaupun suasana sejuk dan mengantu. Hebat!!!

Pengajaran daripada cerita ni, janganlah lupe diri kiter, janganlah lupe asal-usul kiter, walaupun kiter dah fly jauh mane nanti. Kiter perlulah mempunyai jati diri yang jitu (itu gunenya BTN kut?), janganllah nak jadi omputeh.

http://antiprotester.com/notfired.jpg

Kemudian, saudara Hisham ataupun Peluru menambah,

Kepada senior, (sebab hanya Izwan Pilus je jr), kiter hanya tinggal 2 bulan lagi kat sini. Di sinilah kiter berhalaqah macamni, berkongsi ilmu. Kalau kat luar negara nanti, everything will be different. Kiter pun mungkin x berkesempatan buat camni lagi. Jadi, sama2lah kiter berusaha mengoptimumkan masa yang x brape lame lagi ni untuk bersama-sama melakukan aktiviti2 sebegini.

Sungguh betul kata2 beliau. Amat jelas dan tepat. (Boleh tulis dalam blog lpas ni). Moga kiter dapat menggunakan masa yang singkat ini sebaik-baiknya.

Harap dapat menjawab saudari Duri....

(mungkin ade penambahan dan pengurangan dalam cerita di atas, harap maaf, otak aku bukan jenis photostat)

Wallahuálam

Photobucket

No comments: