>

Monday, May 26, 2008

Preparation For The Next War

بسم الله الرحمن الرحيم

Lusa kami akan sekali lagi terjun ke medan peperangan. Hari Rabu ni merupakan hari peperiksaan kertas 4 Kimia. Kertas 4 merupakan kertas pembunuh bagiku, sebab aku memerlukan kimia A untuk ke Imperial dan Kertas 4 menyumbang pecahan markah yang amat besar. Perlu aku cube untuk menjawab sebaiknya.

Pada pukul 9 pagi, aku berlepas meninggalkan chalet tercinta. Setelah membersihkan chalet, menyapu, dan membasuh baju, barulah aku dapat meninggalkan chalet dengan senang hati. Aku melalui jalan penuh berliku, melepasi segala halangan dan dugaan. Aku menuju ke Pusat Sumber, sumber ilmu bagi pelajar-pelajar Kolej Yayasan UEM ini.

Setelah memasuki RC yg sejuknya ibarat Scotland itu, aku segera ke kaunter di mana aku boleh mendapatkan koleksi Mark Scheme soalan kimia. Lantas, aku mendaki anak tangga satu persatu ke bahagian atas pusat sumber. Ku lihat Khairul duduk keseorangan. Lalu, aku mendapatkannya dan duduk di sebelahnya. Aku membuka mark scheme chemistry dan muler membaca. Setelah hampir sejam membaca, kepala sudah naik pening, jadi, aku turun ke tingkat bawah Pusat Sumber untuk membaca akhbar.

Buku yg perlu dihabiskan

Aku membaca akhbar. Masih lagi ade berita tentang kejatuhan Pulau Batu Putih ke tangan Singapura. Isu terbaru, adalah kerajaan perlu memajukan Pulau Pisang bagi megelakkan kejadian yg sama berlaku. Busan. Ku selak lagi akhbar. Berita berkenaan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang setelah 20 tahun tragedi hitam yg mencemarkan institusi kehakiman berlaku, beliau menerima permohonan maaf daripada pihak kerajaan. Namun, ade pihak yg still x berpuas hati kepada beliau.

Aku selak lagi akhbar, terlihat pula berita tentang krisis dalaman UMNO. Kali ini krisis bergeser antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dengan anak Tun M, Datuk Mukhriz. Mukhriz mengatakan Zaid hanya setia kepada Pak Lah dan bukan kepada UMNO. Well, he has a pont there. Apa2pun, aku harap krisis ni dapat diselesaikan dengan baik dan janganlah memperjudikan nasib rakyat dan negara hanya kerana kepentingan individu.

وَلاَ تَتَمَنَّوْاْ مَا فَضَّلَ اللّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُواْ وَلِلنِّسَاء نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ وَاسْأَلُواْ اللّهَ مِن فَضْلِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(An-Nisa': 32)

Kemudian, aku kembali ke tempat aku di bahagian atas Pusat Sumber. Kemudian, aku membuat latihan Mechanics. Setelah habis buat satu set soalan, maka, aku menjadi buhsan kembali, lalu aku turun balik ke bawah. Aku lihat di rak majalah, macam penuh jer buku nih. Aku tatapi satu2 majalan di atas rak itu. Terpandang sebuah buku berwarna hijau. Biological Sciences Review, baca pasal genetic disorder. Menarik gak. At least, terkeluar skit pemikiran aku ni daripada silibus A-level. Maklumlah, hari2 baca Kimia, sampai termimpi2 dikejar benzene ring! Memang patut aku bace benda lain, bagi otak aku ni rehat skit.


Alhamdulillah, agak produktif gak pagi aku harini. 3 jam aku gunakan untuk menelaah. Alhamdulillah. Moga hari2 seterusnya akan lebih efektif.

Wahai blogku, sekali lagi aku meminta maaf sebab tulis benda buhsan ke atas dirimu....

Photobucket

No comments: