>

Saturday, May 3, 2008

300th post: Peluru

بسم الله الرحمن الرحيم

This is my 300th post, so I was thinking of making it special, unfortunately, no idea. Owh, smalam seorang sahabatku telah meng'exposed'kan blog beliau kepada khalayak umum. Setelah sekian lama berblogging secara underground, akhirnya, terbuka juga hati beliau untuk mempublickan blog beliau.

Aku khaskan post aku yg ke-300 ni khas untuk beliau. Standing ovation to you!!! Beliau tidak lain dan tidak bukan adalah saudara presiden 'The Group' yang lebih dikenali sebagai Peluru ataupun Bullet kerana kepantasan beliau membuat soalan further math, hehehe..

http://www.acm.vt.edu/~clint/download/imagedump/gun-glock-by-smarterlam-at-flickr-163692235_09727fcbdd.jpg

Setelah sekian lama menyimpan senjata, akhirnya, peluru dilepaskan. Calon Mr Nice (kalah kepada saudara Anam) akhirnya telah memperoleh keyakinan dan ketabahan serta keberanian untuk berkongsi hasil penulisan beliau yang mantap kepada khalayak ramai. Welcome, welcome to the community, my frenz.

Bertambah complex dan panjang sudah network of KYUEMians blog. Bertambah luas dunia Blogosphere. Bertambah meriah dunia ini. Bertambah erat ukhuwah terjalin. Bertambah ilmu dan pengalaman dikongsi. Moga berkekalan abadi. Harapanku hanya satu, istiqamah dan doakan aku istiqamah juga. Ingatlah, Allah mengasihi orang yang melakukan kebaikan.

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاء وَالضَّرَّاء وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
(Ali-Imran: 134)

Bagi yang membaca blogku ini, samada sengaja ataupun x, silalah add blog rakanku ini kepada blogroll anda sebagai tanda sokongan:

http://bullet2218.blogspot.com/

Inilah postku yang ke-300 khas untukmu sahabatku....

Hadis Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau baginda bersabda: Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.
(Muslim: 64)

Moga ukhuwah berkekalan....

Photobucket

No comments: