>

Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Guru

بسم الله الرحمن الرحيم

Smalam merupakan sambutan hari Guru peringkat kolej. Nasib baik makanan dinner tidak dibawa ke Great Hall, dapatlah aku makan spaghetti di Dining Hall yg indah lagi permai ini.

Selepas solat Isya', aku, Syafiq Diamond dan Hafizuddin (Judin Morinda) bergerak ke Dewan Hebat (Great Hall). Nampaknya, dah ramai bebudak berhimpun di dalam dewan Hebat ini. Aku mengambil tempat duduk di sebelah Hisham peluru. Kelihatan Za'im mengeluarkan sesuatu dari kotak berwarna hitam. Panjang sungguh.

Adakah Zaim bawak sumpit dari Sarawak?

Aku bertanya dalam hati sambil hati gusar. Has he lost his mind? Tapi, setelah dikeluarkan dari kotak, barulah aku lihat sebatang alat yang berkilat persis sisik ikan di dalam air (wahh!!). Rupe2nya, itu adalah seruling (ke serunai, maaf, aku x tahu beza, aku tahu recorder yg main masa kecik2 dulu jer). Adakah Za'im nak buat persembahan? Nantila aku cerita satu2, ikut kronologi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Arep Religious Exco. Amin. Moga majlis ni diberkati. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapapan dari Pres SC, Saudara Arep Yorke. Kemudian, video presentation dijalankan. Video yg ibarat filem ciptaan Yasmin Ahmad ni begitu mendalam maksudnya. Maka, x mampu aku nak ulas kat sini.

Kemudian, majlis makan dimulakan. Kuih yg dihidangkan adalah karipap, popia basah yg famous di Lembah Beringin, serta kuih seri muka. Aku hanya makan sekeping karipap dan 2 keping popia. Air plak, air jus oren yg sejuk, namun, manis giler dan membuatkan tekak aku rasa x selesa.

Kemudian, kemuncak majlis, persembahan dari guru. Aku nak sangat tgk ape yg Miss Shree akan buat malam ni sampai die cakap penat sangat tu. Dan majlis hangat apabila Zaim naik ke pentas dengan meniup serunai (or serulingnya) dan berlagu bersama2 Guru Madhadzir. Suasana makin gamat dengan aksi2 kanak2 guru2 lain. Guru Hanson berlakon meminum chemicals lalu berubah muke. Miss Shree melakonkan watak pelajar nakal. Ramai la lagi yg buat keanak2an. Comel sungguh! Turu x terkecuali, Tuan Bursar yg turut serta dlm persembahan. Nampak harmoni.

Next, persembahan dikir oleh junior featuring Hasrizal (Buzz, bukan SaifulIslam), dikir berkenaan Guru. Sedih je nada dikir kali ni. Next, persembahan oleh Irfan and DJ Big Smoke (Alif Nurhaziq pronounce DJ Beadsword) dan agak best. Kreatif giler pelajar tajaan PNB ini. Dan lagu ni xkan dapat didengar lagi di radio mahupun TV.

Kemudian, majlis penyampaian cenderamata kepada Tutor. Dan Mr Vroege nampaknya tiada, maka, x tau ape jadik dengan hadiah tu. Jom kongsi2 sama ahli tutor!!!

Agak mengantuk. Maka, aku, Syauqi dan Syafiq bergerak pulang. Ngantuk......

Kepada guru2, tahniah kerana memilih profesion mulia ini. You're the best. Moga anda akan terus menjadi guru dan semoga usaha anda diberkati Allah. Pesanan ini juger khas kepada bebudak tajaan KPM.

A good teacher is like a candle - it consumes itself to light the way for others.

atau bahasa Melayunya

Guru ibarat lilin yg membakar diri untuk menerangi pelajarnya

All da best!!!!
Photobucket

No comments: