>

Sunday, May 18, 2008

Jangan Down

بسم الله الرحمن الرحيم

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيب
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(al-Baqarah: 214)

Dah nak exam ni, makin ramai nampaknya yg semakin down. Macam2 sebab. Dah nak exam ni la plak smakin ramai yg diuji, makin banyak dugaan dan cobaan diterima.

Untuk berjuang, untuk berdakwah, memang akan melalui jalan yg bersimpang siur, penuh onak dan duri. Sepanjang perjalanan, pasti ada banyak cercaan, hinaan, fitnah dan sebagainya yang akan menyinggung dan menyakiti kiter. Namun, ingatlah, di hujung perjalanan itu ada syurga Allah. Jika kiter terhenti disebabkan kaki tercucuk duri, amatlah rugi andai tidak sampai ke destinasi. Ibarat sekuntum bunga mawar, memang indah dilihat, harum dikucup, tetapi berduri dan mencederakan manusia yg ingin memilikinya. (btul ke analogi ni?)

Ingatlah pesan Haji Hadi

Janganlah jadi seperti sarang tebuan,
apabila dibaling batu, ianya akan menyerang dan mencederakan,
Tetapi jadilah seperti pohon buah,
apabila dibaling batu, akan membalas dengan menggugurkan buah

Fitnah dan hatred dan kebencian. Perkara yg berleluasa di kolej ni. Pantang nampak sesorang tu lebih baik dan lebih bahagia, pasti akan terkeluar fitnah. Dalam dunia blogger ni jugak mudah melilaunya fitnah. Contoh, jika blogger menggunakan Mr A, Mr Y, Mr Z dan sebagainya untuk melambangkan individu tertentu. Akan wujudnya spekulasi dan fitnah yang akan bermain2 di fikiran pembaca. Adakah si Polan atau si Polan ni yg dimaksudkan? Jadi, kepada para blogger, muhasabahlah post2 anda sebelum ni adakah anda membantu mewujudkan fitnah? Carilah jalan untuk anda tidak mewujudkan atmosphere tu.

Kepada yg difitnah, juge muhasabahlah diri anda. Kenapakah anda difitnah? Adakah anda sendiri yg menjerumuskan diri anda ke dalam jurang itu? Yang baik, teruskanlah, tetapi yang buruk, cube perbaiki. Jangan down disebabkan satu titik hitam yang manusia lemparkan kpd anda. Memang x mungkin kiter dapat puaskan hati orang lain, tapi lebih baik jike kite cube untuk kurangkan orang yg x berpuas ati kan? Fikir2lah ape yg dah kiter buat selama ni yg sebabkan org fitnah.

Dakwah memang perlu semangat. Tapi semangat tanpa berlandaskan akal akan memakan diri. Janganlah biar semangat itu memperkudakan akal, tetapi anda perlu menjadi kesatria akal yang memperkudakan semangat itu. Semangat adalah pemberi kekuatan kepada anda, tetapi kalau tanpa akal, ia hanya akan membawa anda ke jurang kebinasaan.

Kepada yang memfitnah, fikir2kanlah dosa yg akan anda tanggung. Apakah yg akan anda peroleh hasil fitnah itu. Fitnah, jika anda pemulanya dan tersebar fitnah itu, saham anda akan berganda hasil setiap sebaran itu. Maka, anda akan jadi orang yg kaya dengan dosa fitnah! Tahniah! Berpandangan negatif, suke menyebarkan aib orang dan mencari kesalahan orang hanya akan mengurung hati anda dalam bilik yg gelap kelam. Ingatlah, azab Allah amat pedih dan jike anda bernasib baik, anda akan diazab di dunia ni.

A blogger dilemma. To post or not to post? Memang aku berpegang kepada prinsip

write to express, not to impress

tetapi expresslah berpandukan akal yg waras. Expresslah berpandukan al-Quran dan Sunnah dan bukan nafsu semata-mata. Expresslah berpandukan adab dan etika kiter selaku umat Islam.

Wallahualam.

(terlalu banyak yg menimpa dunia blogger KYUEM smpi aku terpaksa post benda ni, berat rasanya topik ni)
Photobucket

No comments: