Saturday, May 31, 2008

Penyuntik Semangat

بسم الله الرحمن الرحيم

Yeayy!! Harini kembali bersemangat untuk study dan menghadapi Kertas 3 Ilmu Hisab. Kerana, harini, 3 orang penyuntik semangat telah menziarahiku di kolej. Alhamdulillah. 3 orang itu merupakan Abah, Emak dan Angah. Mereka terpaksa melalui jalan yg penuh ranjau berduri memandu selama plus minus satu jam menyusuri lebuhraya di bawah seliaan UEM, isk, aku amat terharu.

Sejak musim exam ni, mak dan abah selalu jer datang menjenguk aku. Memang fitrah parents, pasti risau akan anak2nya. Masalahnya, anak2 ni je yg x reti nak hargai kasih sayang mak bapak (adush... terasa). Aku bersyukur kerana study di sebuah kolej yg xdela berapa dari rumah terchenta. Kalau nak dibandingkan ngan rakan2, amat susah diorg nak balik, mahupun ibu bapa mereka menziarahi. Aku rasa sedikit beruntung. Mungkin parents aku berpegang kepada prinsip

Your children need your presence more than your presents

Oleh itu, dalam pukul 9.40, Emak menelefonku untuk memberitahu yg mereka dah masuk ke susur keluar Lembah Beringin yg permai ni. Jadi, aku disuruh untuk menanti kehadiran mereka di cafe. Tak lama kemudian, kelihatan kereta Naza Citra berwarna silver.

Kereta keluarga yg banyak berkhidmat (dan banyak makan minyak!!)

Aku lantas bersalam ngan mak, abah dan angah. Kami menuju ke kafe kerana diorg masih x breakfast. Kami menjamu selera dengan nasi lemak kafe yg famous di Lembah Beringin ini, wahahaha. Sesambil makan, kami berbual. As expected, abah tny aku pasal exam. Dan as expected, aku menjawab, ok jer. Satu kata2 abah yg melekat dalam otak aku ni:

End your last miles with a big smile

Abah memang petah berbahasa. Dan kata2 abah sering menjadi penyuntik semangat aku. TQ abah!!!

Setelah kekenyangan, aku disuruh untuk memandu kereta ke hadapan chalet. Wah, aku x menolak lah, maklumlah dah lama x drive, nak gak pandu uji kereta, huhuhu. Nasib baik tidak terkantoi dengan mane2 cgu (jgn bgtau Pn Rog). Dan aku terkejut (buat2) apabila mendapati emak membelikan dunkin donuts dan McDonalds untuk aku. Bertambah terharu aku, huhuhu...

Jadi, aku melambai selamat tinggal kepada mereka. Kereta Naza Citra meluncur laju di jalanan, dipandu oleh abah. Terima kasih ahli keluargaku. Aku xkan sia2kan kedatangan anda semua! Aku akan berusaha mendapatkan yg terbaik. Aku berfikir, walaupun keluarga aku ni tidaklah mewah mana, tapi, aku tetap rasa bahagia. Aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga yg bahagia dan concern tentang diriku.

Ok, semangat study P3!!!!

Kereta NAZA meluncur di jalan...

Photobucket

Kenangan Itu

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru lepas balik solat Subuh di surau. Lama gak tazkirah harini, tazkirah disampaikan oleh Syauqi, seorang pelajar tajaan KPM. Beliau menceritakan pengalaman beliau sewaktu tingkatan 2 di sekolah SHAH Pekan dahulu. Dan semalam juger, aku, Syauqi, Hazman, Shuib, Nazri, Anam dan Syamil berbual-bual di bilik aku dan kami berkongsi pengalaman di sekolah dahulu. Membuat aku mengimbau kenangan di sekolah dulu. Disebabkan Syauqi menceritakan pengalaman melanggar peraturan, aku pun nak cerita benda samer gak....

Memang bez hidup di sekolah asrama dahulu. Walaupun secara jujurnya, aku hidup dalam ketakutan, takut dengan warden, tapi, aku lebih ingat banyak kenangan manis sepanjang persekolahan. SBPI Rawang, sekolah itulah yg mengajar aku erti kehidupan.


X dinafikan, memang agak nakal sewaktu di sekolah. Setiap peraturan sekolah mesti aku nak langgar. Sifat rebellious dalam diri semakin menebal. Kalau itu yg dilarang, itulah yg nak dibuat. Tapi, ditakdirkan Allah, aku dilantik menjadi Lembaga Kepimpinan Pelajar (Pengawas) dan kemudian dilantik puler menjadi EXCO. Daripada orang yg melanggar peraturan, aku terpaksa menjadi orang yg menjalankan peraturan.

Walaupun menjadik exco, aku still melanggar beberapa peraturan sekolah. Pernah beberapa kali aku dan Husaini (pengawas) beberapa minggu ponteng perhimpunan rasmi sekolah yg dijalankan di Dewan al-Aqsa. Kami merayau-rayau di sekitar sekolah. Kami berjaya memonteng tanpa dikesan, sehinggalah suatu hari....

Jpah, harini ko baca ikrar tau, cakap Azad, Exco Protokol kepadaku pada pagi suatu Isnin, iaitu hari perhimpunan rasmi.

Alaa, surola P-jai (Ketua Pelajar), aku menjawab lalu menuju ke kawasan sekolah


Pada perhimpunan rasmi aritu, aku dan Husaini seperti baser memonteng perhimpunan. Namun, kalini, KANTOI!!! Aku tak tahu yg P-jai menjadi MC dalam perhimpunan tersebut. Dan, dengan itu, haritu tiada bacaan ikrar dijalankan, kerana aku yg memonteng. Adeyh, camne leh kantoi ini. Aku dah melibatkan Husaini. Namun, perkara tu x dibangkitkan dalam meeting, nasib baik, mungkin sebab kitorg dah nak serahkan jawatan kepada Juniors.

Dan pernah sekali, aku memonteng perhimpunan harian yg dijalankan di Dataran Raudhah. Entah macamaner, haritu Allahyarhamah Ustazah Fauziah, PK HEM merangkap ketua warden ade mood nak pusing ke setiap kelas. Maka, kantoilah aku bersama beberapa rakan yg lain, dan kami dirotan di khalayak ramai, adusshhhhh. Malu, tapi disebabkan ramai yg kantoi, dan even Ustazah sendiri tersenyum masa merotan, maka, xdela sakit sgt.....


Memang kat sekolah dulu, aku rasa tertekan amat. Peraturan bukan main ketat. Macam kat sekolah aku, baju x berkolar x dibenarkan kecuali baju putih jer. Dan jadual amat ketat, rigid giler. Aku rasa cam robot plak. Tapi, seperti yg Syauqi cakapkan pagi ni, mungkin kiter x nampak hikmah di sebalik perlaksanaan undang2 ketat ni. Bangun kol 5.30 pagi, pukul 6.00 pagi mesti ade di surau, 7.15 mesti ade dalam perhimpunan. Dari satu segi, aku rasa jadual yg ketat nilah yg mengajar aku untuk menepati masa dan berdisiplin (kengkadang still x berdisiplin).

Kiter bolehla analogikan kehidupan di asrama ni dengan kehidupan kiter seharian. Saban waktu, kiter sering diuji dengan kesulitan, keperitan dan kesusahan. Kiter sering memandang benda tu dari sudut negatif, tapi, kiter x tahu, segala ujian itu ada hikmah di sebaliknya, yg baik untuk kiter, agama dan masyarakat. Ingatlah

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَه
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
(al-Baqarah: 286)

Jadi, kepada rakan2ku, nanti, time nak dapat result A-level, ingatlah pesanan ringkas ini. Walau apapun keputusan, terimalah dengan redha. Marilah sama-sama kiter doakan supaya diberikan yg terbaik untuk kiter, agama kiter dan umat Islam keseluruhannya.

The image “http://photos-652.friendster.com/e1/photos/25/69/19229652/22370631120625l.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
Paper EST, tq kepada pengawas peperiksaan yg
sporting amikkan gambar


Photobucket

Friday, May 30, 2008

Berakhirnya Sebuah Subjek

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, pagi tadi berlangsung sudah peperiksaan Kertas 5 Kimia Peperiksaan Antarabangsa Universiti Cambridge. Dan dengan ini, aku mengumumkan, tamat sudah subjek kimia aku. 2 tahun study, dan akhirnya, tamat di sini. Apabila keluar dari dewan tadi, memasing berkata

Waaa, sape yg kate kluar re-cristallysation??

Ade yg tersenyum, dan x kurang jugak ade yg bersedih. Aku, neutral. Tidaklah gembira dan tidak pula sedih, namun, aku bersyukur, at least, aku dapat menjawab soalan tadi. Malas nak bincang lagi. Hanya mampu berdoa sekarang.

Terima kasih kepada Guru-guru Kimia aku sejak aku junior dahulu:

-En Zabed
-En Hanson
-Puan Laili
-Puan Shree

Terima kasih kerana menyampaikan ilmu kimia yg tidaklah mudah untuk diterangkan, kerana memerlukan penyampaian yg cukup baik. Maaf andai kami menyakitkan hati, andai kami x buat homework (slalu), berbual dalam kelas (slalu gak), dan ada kalanya tidur dalam kelas (kadang2), maaf juga atas kenakalan kami. Dan terima kasih kerana bersabar dengan kerenah kami.

Aku teringat kembali zaman2 belajar Chemistry junior dahulu dan teringat lagi kata2 famous guru2 yg mengajar:

En Zabed: Syauqi, you are late 5 minutes!!!

En Hanson: Who is sitting on a mouse???

Puan Laili: Everything is so simple

Puan Shree: Don't Panic!!!

2 tahun ni banyak mengajar aku. Banyak juge kemanisan yg aku rasai, terasa rindu kepada burette, kepada pipette dan kepada Bunsen burner. Huhuhu. To my classmates: Syafiq, Awang Najib, Syarif, Syauqi, Awe, Masrizan, Sin Chuan, Nadia, Laila, Esther, Hajar, Farah, Ee Yun, Husna (am I forgetting someone??), dan rakan AS, Syukri, thanx for da sweet memories!!! Juge tidak lupe kepada Lab Technician yg cemerlang, Pakcik Yaakub dan Abang Bad (Am I right?), salute ya!!!

Friendship is always a sweet responsibilty, never an opportunity

Dan telah kedengaran juger kata2 seperti:

Boleh dah bungkus buku Chemistry nak jual kat MUSCOM!!!

Huhuhu, sukati andala, moga sedekah kepada MUSCOM tu dibalas oleh Allah. Jom, jual kat MUSCOM dan klu boleh, bagilah banyak skit kepada MUSCOM tu, especially bebudak yg dapat buku free. Ingatlah:

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidaklah sesuatu pemberian sedekah itu mengurangi banyaknya harta. Tidaklah Allah itu menambahkan seseorang akan sifat pengampunannya, melainkan ia akan bertambah pula kemuliaannya. Juga tidaklah seseorang itu merendahkan diri karena mengharapkan keridhaan Allah, melainkan ia akan diangkat pula derajatnya oleh Allah 'Azzawajalla.
(Riwayat Muslim)

Slamat Berjuang kepada rakan2 yg amik S1 petang ni!!!

Photobucket

Thursday, May 29, 2008

Masa Depan Kita

بسم الله الرحمن الرحيم

Esok peperiksaan Kertas 5 Kimia. Tapi, harini, aku blurr. Nak baca ape? Opps, jgn salah paham, bukanlah maksudnya aku dah expert dan dah baca sgale benda. Cumer, Miss Shree tidak menekankan paper 5 selame ni, jadi, aku agak blurr. Aku hanya berpandukan mark scheme koleksi paper 5 yg Miss Shree bagi pada zaman dahulu kala. Yet, still rasa ilmu praktikal ni x cukup.

Jadi, aku ternampak Hisham Peluru sedang menuju ke akadmik block dengan berpakaian kemeja dan berkasut. Jadi, aku bertanya beliau,

Pergi RC ke??

Efektif skit..., jawab beliau tersenyum mesra.

Jadi, bibit2 kekiasuan mule muncul dalam diri. Hehehe, xdela. Aku memang berniat pegi ke RC pun, sebab aku berniat nak bg semangat kepada rakan2ku yg akan amik Kertas 3 Fizik harini. Tapi, ntahler, samada kedatangan aku tu menaikkan semangat or meruntuhkan. Harap2 naik la yer!!!


Aku berbincang dengan beberapa rakan di RC tentang Kertas 5 Kimia. Jadi, memasing memberikan pendapat dan andaian tentang soalan esok.

Menurut Mr Hanson, tekankan soalan pengkristalan semula (re-crystallisation). Ni aku kena study bebetul ni, sbab x pernah aku wat experiment nih Menurut Miss Shree, baca bab reaction kinetics. Sebab ape yer? Tapi, aku mengandaikan soalan kinetics akan kluar dalam analisis data.

Maka, sesambil membaca soalan2 kertas 5 di dalam RC yg sesejuk Scotland itu, setelah busan dan berpinar kepala otak ni, kami berbual2 (We Observe Complete Silence!!!). Timbullah isu kerisauan untuk x fly, takut result x lepas dan sebagainya.

Kena bayar royalti ke Meor n Najib?? (Gambar sekadar hiasan)

Memang, aku banyak lihat, ramai rakan-rakanku yg agak down kebelakangan ni. Ramai gak yg dah ilang semangat nak study, dan seperti berserah sahaja. Ada gak yg seperti rasa diri x mampu fly ke UK, mulelah timbul ayat

Jpah, registration masuk ke UPSI blan braper??? Isy, camne ni, aku risau betul x lepas requirements untuk fly...

Apa komen aku? Well, x dinafikan, certain course seperti Medics, Econs dan Actuarial Science amat ketat requirements. Tapi, inilah jalan yg telah korg pilih, jadi, korg patut telah bersedia menghadapi segala consequences yg akan berlaku. Janganlah rasa down sekarang, tapi, usahalah sesungguhnya menghabiskan sisa-sisa A-level nih. Amat rugi andai give up di pertengahan jalan. Kiter hanya perlu berusaha sesungguh-sungguhnya, menjawab sebaik mungkin dan sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikan apa yg terbaik untuk diri kiter dan agama kiter. Jika keluar results nanti, x kesahla ape yg berlaku, percayalah, itu yg terbaik untuk kiter. X gune berfikiran pessimis sekarang, tetapi teruskanlah bersemangat dan percayalah, Allah merancang yg terbaik untuk kiter.

Bersemangat. Teruskan Perjuangan!!!

Photobucket

Happy Physics-ing

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada jam 10.30 pagi ni, akan ade exam paper 3 Physics. Secara generalnya, experiment physics basernya simple jer dan x complicated cam chemistry. Tapi x bermakna senang dapat markah!!!

To all Physicists yg amik exam pagi ni, All da Best!!!

Mulakan dengan Bismillah, berhati-hati ketika menjawab, jangan careless!!!

Photobucket

Bersangka Buruk

بسم الله الرحمن الرحيم

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujuraat: 12)

Bersangka buruk. Term yg memang famous gak kat kolej ni. Pernah gak terjadi kat aku:

Apabila menulis e-mail menggunakan HURUF BESAR, disangka aku menengking, tapi hakikatnya, hanya untuk memberi penekanan kepada point itu. Cube baca email tu ngan benuh kasih sayang, maka, xkanlah rasa yg aku marah

Apabila org mengamalkan sunnah Rasulullah, mulelah kite kata die ujub atau sebagainya. Well, mane kiter tahu hati dan niat seseorang tu. Tidakkah jadik fitnah klu ape yg kiter cakap tu salah? Bagi aku, tanggungjawab kiter ni adalah untuk bersangka baik ngan sume org. X kesahla ape niat die sebenarnya, itu antara die dan Allah. Tanggungjawab kiter ni, untuk bersangka baik.

Tapi, x dinafikan, akan terdetik di hati (selalu) sesuatu yg x elok andai nampak sesuatu yg pelik yg dibuat org. Ape nak dilakukan? Well, bagi aku, untuk mengelakkan kite terus bersangka buruk dan kemudian akan meningkatkan tendency untuk mengumpat dan memfitnah, kiter tny je la org tersebut. Mungkin penjelasan yg bakal diberikan bakal menjawab segala persoalan.

http://ilearntechnology.com/wordpress/wp-content/uploads/2007/10/blogger.png

Dalam dunia blog ni turut hangat benda ni. Segala macam tohmahan dilontarkan melalui blog oleh individu yg xnak memaparkan nama sebenar. Aku x salahkan korg, malah, bagus korg suarakan, barulah tahu keadaan sebenar. Tapi, apakah gune untuk meminta penjelasan hanya melalui shoutbox? Penjelasan dalam shoutbox biasernya ringkas dan mungkin akan mewujudkan lebih banyak miscommunications. Lebih banyak salah paham akan berlaku. Jadi, bertemulah muke ke muke (face to face).

Satu fenomena yg amat menakutkan bloggers yg dah lama berkecimpung dalam Blogosphere. Kami sedar akan kelimpahan blog zaman ini. Ramai giler yg dah ade blog. Namun, kami khuatir, andai fenomena ini akan meruntuhkan sistem sosial manusia. Huh, macam berat bunyinya. Memang pun. Contohnya, blog ni dah jadi medan meluahkan perasaan. Jadi, kuranglah bloggers ni meluahkan perasaan pada manusia. Dan hanya menulis di blog x menyelesaikan masalah, dan akhirnya, banyak kes bunuh diri dilaporkan.

Dan ape yg menakutkan Bloggers seperti aku, ialah dunia blog ni dijadikan medan perang yg mewujudkan perasaan benci, mewujudkan spekulasi, medan memfitnah dan sebagainya yang akhirnya akan mewujudkan sifat pessimis dalam diri bloggers terhadap masyarakat di sekeliling. Kat kolej ni pun kiter boleh nampak skit2.

Walaupun perkara ni blom jadi seserius ni, tapi menurut pemerhatian, amat dikhuatiri perkara ini akan berlaku. Oleh itu, aku nak mengajak diri sendiri dan sesape yg baca blog aku ni untuk sama2 mewujudkan persekitaran Blogosphere yg harmoni. Elakkan konflik, elakkan bersangka buruk. Aku rasa dah jelas dah kan ayat al-Quran di atas?

Wallahu'alam.

Photobucket

Wednesday, May 28, 2008

4 to go!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai blog yg disayangi. Aku exam Chem pagi tadi dan Mechanics petang ni. Chem pagi tadi, bagi aku SUSAH (maybe bg org lain senang!). Tapi Alhamdulillah, sempat abis menjawab, cume x tahu jawab btul ke x kan??? Moga2 pemeriksa kertas aku berlembut hati jiwa dan raga memeriksa kertas aku.

Meor berkata

Ok, da settle one big boss, petang ni small boss plak

Petang ni plak, Mechanics. Alhamdulillah, xdela kluar soklan pelik yg memecahkan tengkorak kepala. Sumenye doable, tapi x taula btul ke x, tu laen cerita. Ape2pun dah abis 4 papers dah aku. Dah halfway through A level. Tinggal lagi 4 paper je. Dan Alhamdulillah, 2 paper kritikal (Chem n Bio Paper 4) da lepas. Moga2 kami semua dapat keputusan cemerlang.

Kepada yg maybe kate x dapat jawab tadi, sudahlah, lupekan perkara yg anda sume xleh ubah. Janganlah nak sebut

Kalaulah aku study bab tu smalam

Kalaulah aku abiskan past papers

Dah x berguna nak luahkan sumer tu kerana dah memang xleh buat ape2. Segala-galanya dah berlalu.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu'min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan padamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musibah, maka janganlah engkau berkata: "Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu." Tetapi berkatalah: "Ini adalah takdir Allah dan apa saja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya," sebab sesungguhnya ucapan "andaikata" itu membuka pintu godaan syaitan."
(Riwayat Muslim)

Jadi, ape yg kite mampu buat? Pandanglah ke depan dan tumpukan pada exam yg akan datang. Kite hanya mampu berdoa semoga pemeriksa nanti akan berlembut hati dan mudah memberikan markah kepada jawapan kiter, insyaAllah.

Jom Study untuk Next Exam!!!
Photobucket

Tuesday, May 27, 2008

K.I.M.I.A.

بسم الله الرحمن الرحيم

Nak exam kimia esok ni. Hurm. Tensyen stadi. Asyik2 bukak buku kimia. Sampai rasa malas. Bukan kate dah hebat, tapi malas. Menjawab still teruk. Isk.

Shah Pin pernah berkata:

K.I.M.I.A - Kimia Itu Mudah, InsyaAllah A......

Hahaha, memang memberi inspirasi kepadaku. Harap kepada korg gak yg nak amik Exam Chem esok.

All The Best to All Chemists. Moga dipermudahkan menjawab esok.

Perlu berusaha lebih...



Photobucket

Kami Famous

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam, aku dan Shuib (Shu) didatangi seorang wartawan dan editor daripada majalan Natural Geography, sebuah majalah yang memaparkan isu2 semasa. Kami diberitahu yang pihak majalah begitu berminat dengan gambar dalam blog kami yang memaparkan simbolik 3 sahabat yang rapat dan jitu (wahh!!). Aku pelik. Gambar yg mana satu nih? Jadi, beliau menunjukkan gambar sewaktu kami di Pulau Pangkor. Oh, yang tu. Aku ok jer. Shuib dan Afiq gak bersetuju. Dan hasilnya, muke kami akan dipaparkan di kulit majalah tersebut. Ni design dier:


Janganlah percaya (ade ke org percaya??). Aku merapu ni, maklumlah, skru di otak ni makin longgar dek membaca Chemistry dengan excessive.

Sebenarnya, aku tengah buhsan study. Maka, aku melayari internet dan terjumpe dengan laman web nih:

http://www.magmypic.com/

Laman web ni menyediakan template utk edit gambar korg menjadi kulit Majalah terkenal. Tapi, ade sedikit cetak rompak di situ. Boleh jer klu nak edit sendiri, tapi, malas dan saja nak cube benda baru. Mudah jer, hanya dengan beberapa klik dan internet yg connection bagus, siaplah!! X payah nak letih2 gune Photoshop atau Macromedia Fireworks untuk edit gambar ni. Tapi kekurangannya, akan adela logo website ni dalam gambar korg. Isy, sibuk jer....

Selamat mencube...

Aku yg separa giler membaca Chemistry. Maaf jika aku merapu meraban (ayat Jimah). Esok nak exam Chem ni. Selamat menjawab kepada aku dan rakan2ku....

Photobucket

Monday, May 26, 2008

Preparation For The Next War

بسم الله الرحمن الرحيم

Lusa kami akan sekali lagi terjun ke medan peperangan. Hari Rabu ni merupakan hari peperiksaan kertas 4 Kimia. Kertas 4 merupakan kertas pembunuh bagiku, sebab aku memerlukan kimia A untuk ke Imperial dan Kertas 4 menyumbang pecahan markah yang amat besar. Perlu aku cube untuk menjawab sebaiknya.

Pada pukul 9 pagi, aku berlepas meninggalkan chalet tercinta. Setelah membersihkan chalet, menyapu, dan membasuh baju, barulah aku dapat meninggalkan chalet dengan senang hati. Aku melalui jalan penuh berliku, melepasi segala halangan dan dugaan. Aku menuju ke Pusat Sumber, sumber ilmu bagi pelajar-pelajar Kolej Yayasan UEM ini.

Setelah memasuki RC yg sejuknya ibarat Scotland itu, aku segera ke kaunter di mana aku boleh mendapatkan koleksi Mark Scheme soalan kimia. Lantas, aku mendaki anak tangga satu persatu ke bahagian atas pusat sumber. Ku lihat Khairul duduk keseorangan. Lalu, aku mendapatkannya dan duduk di sebelahnya. Aku membuka mark scheme chemistry dan muler membaca. Setelah hampir sejam membaca, kepala sudah naik pening, jadi, aku turun ke tingkat bawah Pusat Sumber untuk membaca akhbar.

Buku yg perlu dihabiskan

Aku membaca akhbar. Masih lagi ade berita tentang kejatuhan Pulau Batu Putih ke tangan Singapura. Isu terbaru, adalah kerajaan perlu memajukan Pulau Pisang bagi megelakkan kejadian yg sama berlaku. Busan. Ku selak lagi akhbar. Berita berkenaan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang setelah 20 tahun tragedi hitam yg mencemarkan institusi kehakiman berlaku, beliau menerima permohonan maaf daripada pihak kerajaan. Namun, ade pihak yg still x berpuas hati kepada beliau.

Aku selak lagi akhbar, terlihat pula berita tentang krisis dalaman UMNO. Kali ini krisis bergeser antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dengan anak Tun M, Datuk Mukhriz. Mukhriz mengatakan Zaid hanya setia kepada Pak Lah dan bukan kepada UMNO. Well, he has a pont there. Apa2pun, aku harap krisis ni dapat diselesaikan dengan baik dan janganlah memperjudikan nasib rakyat dan negara hanya kerana kepentingan individu.

وَلاَ تَتَمَنَّوْاْ مَا فَضَّلَ اللّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُواْ وَلِلنِّسَاء نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ وَاسْأَلُواْ اللّهَ مِن فَضْلِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(An-Nisa': 32)

Kemudian, aku kembali ke tempat aku di bahagian atas Pusat Sumber. Kemudian, aku membuat latihan Mechanics. Setelah habis buat satu set soalan, maka, aku menjadi buhsan kembali, lalu aku turun balik ke bawah. Aku lihat di rak majalah, macam penuh jer buku nih. Aku tatapi satu2 majalan di atas rak itu. Terpandang sebuah buku berwarna hijau. Biological Sciences Review, baca pasal genetic disorder. Menarik gak. At least, terkeluar skit pemikiran aku ni daripada silibus A-level. Maklumlah, hari2 baca Kimia, sampai termimpi2 dikejar benzene ring! Memang patut aku bace benda lain, bagi otak aku ni rehat skit.


Alhamdulillah, agak produktif gak pagi aku harini. 3 jam aku gunakan untuk menelaah. Alhamdulillah. Moga hari2 seterusnya akan lebih efektif.

Wahai blogku, sekali lagi aku meminta maaf sebab tulis benda buhsan ke atas dirimu....

Photobucket

Men vs Women

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam, menjadi rutin aku untuk membaca Garfield yg dihantar melalui emailku pada petang hari. Dan disebabkan semalam hari Ahad, edisi yg agak panjang juge. Tapi yg menarik, edisi semalam menyentuh tentang perbezaan lelaki dan perempuan. X sepenuhnya betul, tapi pelukis memerli dgn agak baik. Bukan nak sexist, tapi kebiasaannya ini yg terjadi.

Klik untuk View lebih besar

Selamat menjawab peperiksaan kepada juniors yg akan ade exam harini. Jawablah dgn tenang dan dimulai dengan bacaan Bismillah. Kepada seniors, study la oit! Jangan asyik tido je. (Pesanan khas untuk diriku yg mencintai tido, hehehe)

Photobucket

Sunday, May 25, 2008

Ahad yang Bermanfaat

بسم الله الرحمن الرحيم

Di kala aku menulis post ni, aku berada di chalet. Baru sahaja pulang dari RC. Setelah berkelana di Pusat Sumber dari pukul 9.15 ni, terasa otakku dah berat dan kraniumku sudah hampir retak disebabkan otak yg berdenyut2. Huhuhu, agak hiperbola di situ.

Buku Chemistry di RC

Aku tengah duduk di meja study bilikku sambil mata mamandang ke skrin IBM Lenovo R52 ni yang dah usang dan bergaris2 skrin dier, xpe, nanti akanku beli laptop baru. Jari-jemari ini pantas menekan dengan berhati-hati kekunci yg berwarna hitam ini. Kedengaran bunyi burung2 berkicauan riang, medu dan syahdu. Aku selak langsir bilikku dan memandang ke luar. Kelihatan burung (Pipit ke Layang2?) terbang bebas di angkasa. Sungguh bebas dan riangnye mereka. Allah berfirman:

أَلَمْ يَرَوْاْ إِلَى الطَّيْرِ مُسَخَّرَاتٍ فِي جَوِّ السَّمَاء مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلاَّ اللّهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
(An-Nahl: 79)


Aku ni baru balik dari Pusat Sumber. Lepas makan nasi lemak yang cambest tadi, aku menuju ke Pusat Sumber. Pada waktu2 exam begini, Pusat Sumber akan dibuka pada hari Ahad bagi membolehkan student belajar dengan efektif, produktif dan kondusif.

Sesampainya di RC, aku mencari port yg baik. Disebabkan jika duduk di bahagian bawah akan meningkatkan probability untuk berborak, maka, aku naik ke atas RC dan duduk di sebuah meja kosong. Aku buka application Chemistry, booklet one. Beberapa minit kemudian, Syafiq Diamond sampai dan duduk semeja dgnku. Alhamdulillah, habis dibaca booklet one.

Jelas wajah kesejukannn

Kemudian, aku mencapai latihan Chemistry yg aku ambil dari kaunter RC. Ku belek2 dan ku cube untuk buat latihan itu. Alhamdulillah, beberapa soalan dan masalah aku temui jawapannya. Hampir sejam lebih aku duduk di atas RC. Suhu agak sejuk, seperti suhu di Scotland (bajet cam pernah gi Scotland), dan Syafiq terketar-ketar kesejukan. Die mengambil sweaternya, tapi tetap x dapat counter kesejukan yg mencucuk itu. Melihatkan gelagatnya yg agak terseksa, aku mengajaknya untuk duduk di bawah di tepi tingkap. Disebabkan cahaya matahari, suhu di sudut itu agak suam2 kuku. Firman Allah:

مُتَّكِئِينَ فِيهَا عَلَى الْأَرَائِكِ لَا يَرَوْنَ فِيهَا شَمْساً وَلَا زَمْهَرِيراً
Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk
(Al-Insaan: 13)

Sabarlah Syafiq, di syurga nanti, InsyaAllah, tidak akan sejuk sgt dan tidak akan panas sgt. Nikmat Allah di syurga tu amatlah best. Oleh itu, marilah kiter sesame tingkatkan amal untuk kite menempah tiket untuk sampai ke destinasi utama ini.

RC yg kondusif

Syafiq berkata:

Kalau camni la suhu kat UK, x mandi la aku

Aku bersetuju. Padanla mamat2 omputeh tu x mandi kut? Tapi, kiter ni dah terbiasa mandi selalu. Bagi aku sendiri, amatlah janggal jika aku x sentuh air sehari. Hurmm???

Aku lantas membuka pula booklet 2 Chemistry, iaitu berkenaan method of analysis, chapter yg paling mencabar pada hemat aku walaupun pada sesetengah orang, ianya ibarat sekeping kek (a piece of cake). Nak buat camne, disebabkan oleh aku yg agak kurang skit daya pemahaman ni, terpaksa aku usaha lebih. Tapi tu pun xdelah usaha yg giler2 mane, still banyak masa aku terbuang lagi, adeyh.

Disebabkan dah 2 jam di RC, aku terasa nak muntah pulak melihat benzene ring ni. Dah la carcinogenic. Huhuhu. Jadi, aku pulang ke chalet kerana kami plan untuk buat gotong-royong chalet. Namun, apabila aku pulang, tiada bunyi kedengaran. Cess, tidur plak diorg ni. Jadi, aku pun terus masuk ke bilik dan bercadang untuk join rakan2ku ini melayari bahtera menyusuri lautan mimpi, hehhee.

Dalam menunggu lunch, marilah kiter manfaatkan masa yg ade. Tawakal dan usaha tangga kejayaan!

Photobucket

Iklan IBM Lenovo

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku post ni sebab aku pengguna Lenovo, harharhar.... Got this video from Abdul Azim's blog.




Photobucket

Saturday, May 24, 2008

Ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Smalam ade kelas malam Chemistry (again!!). Dapat dilihat keazaman pada mata Miss Shree, tapi jelas pulak sifat pelajar2 yg masih x serius dan bermain2 dalam kelas, including diriku. Kami membincangkan paper 5 Chemistry. Hampir 2 jam juger perbincangan ini. Letih dan tepu kepala otak aku ni. Rasa nak ketuk2 jer kranium ni.

Ilmu. Pentingkah? Kenapa perlu kiter belajar? Aku sering tertanya-tanya kepada dirini suatu ketika dulu. Letih btul nak blajar ni. Banyak benda kena ingat, kena slalu buat latihan dan sebagainya. Dan ilmu bukan terbatas kepada ape yg di dalam buku, ilmu juga boleh diperoleh melalui pengalaman. Dan jangan plak terlalu sibuk mencari ilmu2 Chem, Bio dan Physics sampai terlupe untuk ulangkaji ilmu agama yg hakikatnya paling utama!

قَالَ يَا نُوحُ إِنَّهُ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ إِنَّهُ عَمَلٌ غَيْرُ صَالِحٍ فَلاَ تَسْأَلْنِ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنِّي أَعِظُكَ أَن تَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil".
(Hud: 46)

Kiter di Malaysia ni patut bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat keamanan dan kiter masih boleh belajar dengan aman. Di Palestin dan negara2 bergolak lain, amat susah diorg nak pergi sekolah. Setiap saat memikirkan kekejaman Zionis. Tapi kite disini take keamanan for granted. Makin malas dan x serius blajar. Ingat, ilmu tu yg membezakan satu manusia ngan manusia lain.

Kebodohan merupakan tanda jiwa seseorang itu mati. Umurnya hanya akan disia-siakan begitu sahaja. Conversely, ilmu tu ibarat cahaya yang menghidupkan jiwa.

Sekitar kelas ChemisShree

Percaya atau x, dengan ilmu, kite mampu beroleh kejayaan. Dengan ilmu, kiter boleh mengubah nasib keluarga, masyarakat dan agama. Dengan ilmu, suatu yg baru dan menarik akan ditemui. Jalan yg gelap akan diterangi. Dan perkara ini xkan tamat. Setiap kali kiter tahu sesuatu yg baru, mesti ade lagi yg kiter x tahu. Contohnya camnila, masa SPM dulu, kite rasa apa yg kiter belajar dah cukup complicated kan? Chemistry contohnya, pasal electronla bla... bla... bla... Tapi, biler masuk A-level, there are far more complicated facts. Teringat kata2 pujangga

The possession of knowledge does not kill the sense of wonder and mystery. There is always more mystery.

Kejahilan adalah suatu yg membosankan dan menyedihkan. Kenapa? Sebab die x mendatangkan ape yg baru. Setiap persoalan tidak terjawab dan kiter sering tidak mengetahui kejadian sebenar. Bosan kan?

Jadi, klu korg nakkan kebahagiaan, carilah ilmu dan raihlah manfaatnya. InsyaAllah, jika penuh ilmu di dada, maka, akan hilang segala keresahan dalam hati, sebab kiter tahu, Allah ada bersama kiter, akan hilang masalah, sebab kiter tahu cara penyelesaiannya.

Rajin (especially Kamal)

Seseorang yg kaya dan berjawatan tinggi tiada makna tanpa ilmu. Orang bodoh yg kaya hanya akan menghabiskan hartanya tanpa pernah bersyukur. Orang bodoh yg berjawatan hanya akan melakukan kezaliman kepada orang lain tanpa sedar keburukan yg bakal menimpa dirinya.

Tekun

Maka, pilihlah, adakah korg nak jadi golongan yg bodoh atau yg berilmu? You yourselves know the answer. Berubahlah, rajinlah dan jangan malas menuntut ilmu.

(Peringatan khas untuk aku)

Selamat berIELTS kepada juniors, teringat zaman muda mudi dulu, huhuhu.

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
(Al-Alaq: 1)

Photobucket

Friday, May 23, 2008

Free Block Yang Menyeksakan

بسم الله الرحمن الرحيم

وَالْعَصْرِ
Demi Masa!
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-Asr: 1-3)

Free Block. Suatu nikmat yang ramai student kat sini tunggu2 setiap hari. Aku x nafikan, aku salah seorang daripada mereka. Memang waktu free block adalah best utk ulangkaji sendiri dan bebas untuk kiter tentukan ape yg nak study.

Tapi, selepas mempunyai 6 free blocks, aku terasa kehilangan. Terasa kehilangan waktu precious bersama guru, bersama rakan-rakan di dalam kelas. Lain btul atmosphere dier. Btullah ape org cakap,

Kiter xkan menghargai apa2 kepunyaan kiter sehinggalah kiter kehilangannya

Aku ni seorang yg hyperactive, full of energy (ceewahh). Jadi, apabila tiada benda yg dijadualkan untuk aku buat, aku buntu. Biler dah baca buku beberapa helai, mule rasa x senang duduk. Rasa peli disebabkan jadual selama ni yg memang ketat. Tibe2 dapat free blocks, wah, janggalnya. Jadi, aku buat plan untuk menyalurkan tenagaku ini.

Kosong!!

Berbekalkan notes aplication Chemistry, aku menuju ke surau untuk buat benda yg patut dibuat. Kosong, tiada manusia. Well, ade lah, makcik2 cleaner yang InsyaAllah, banyak pahala membersihkan surau. Selain tu, kosong. Maka, setelah buat benda sepatutnya, aku menyelak notes aku dan bergerak puler ke Kg Sapphire.

Sampai di Kg Sapphire, aku bergerak ke bilik Syauqi. Aku memberi salam dan masuk ke biliknya. Kelihatan pelajar tajaan KPM ni sedang fokus membaca sesuatu. Jadi, aku pun belajar bersama-sama bakal guru Biology ini. Kami bincang Group IV dan Trabsition Metals. Alhamdulillah, ade sedikit input yg bermanfaat.

Kemudian, aku berterima kasih kepada Syauqi dan menuju pulak ke Kg Diamond, lebih spesifik, chalet Masrizan yg terletak selompat katak sahaja dari chalet Syauqi. AKu selak daun pintu itu perlahan-lahan. Kelihatan bakal guru Biology itu juga di common room sedang membuat latihan ChemisShree. Sungguh tekun. Aku menegurnya dan kami sesamer belajar pasal orbitals. Alhamdulillah, dapat suatu ilmu lagi.

bosan melayari internet...

Kawasan yg basernya jadi tempat discussion, kosong!!!

Aku berterima kasih kepada warga chalet itu dan bergerak pula ke Kg Garnet. Fokus utama, sudah pasti, chalet pilihan ramai, Chalet calon Mr Nice, saudara Hisham. Kelihatan Hisham sedang browse internet dan website yg dilayarinya adalah Seni Kehidupan. Banyak tul gambar menarik dalam website nih. Kami berbincang beberapa isu yg agak serius di mata, dekat di hati. Aku pelik, kosong je chalet ni, jadi, aku bertanya

Muadz xde ke?

Hisham menjawab, Ade kelas kut

Jadi, kami meneruskan perbincangan. Namun, aku agak terkejut apabila mendapati pintu bilik Muadz terbuka secara tiba2. Apakah? Adakah Muadz memang misteri seperti Si Misteri Topaz? Kelihatan Muadz keluar dari pintu menuju ke tandas. Kemudian, Muadz mendapatkan aku di common room. Kelihatan mata die merah. Aku tanya,

Tidur ke?

Wah, sedap btul tidoq, jawab Muadz dalam nada Penangnyer....

Alhamdulillah, visit ke chalet Hisham pun turut mendedahkan aku kepada beberapa ilmu, walaupun bukanlah ilmu A-level. Dah letih rasanya menelaah Chemistry, apa salahnya deviate sekejap untuk menelaah ilmu lain yg juga bermanfaat?Alhamdulillah juger, bagi aku, free blocks aku harini x disia-siakan, walaupun boleh diperbaiki lagi, dan aku berdoa moga2 free blocks aku untuk hari2 akan datang turut terisi secara efektif juger...

Kesimpulannya, kepada yg masih ade kelas, treasure them. Korg akan rasa kehilangan jika dah xde kelas nanti. Ini juga ditujukan khas untuk junior2ku, itupun klu korg bacala. Maybe korg rasa letih dan x bermaya nak gi klas, tapi hakikatnya, korg akan dijauhi daripada membuang masa dan korg akan lebih hargai masa.

Bak kata Hisham dan Shuib yg dah lama menikmati banyak free blocks,

Free blocks ni buat ko rasa makin malas dan letih jer....

Nikmatilah kelas korg. Sebab korg akan rasa blurr macam aku klu dah banyak sgt free block. X tau nak buat aper. Ingatlah

Time is free, but it's priceless.
You can't own it, but you can use it.
You can't keep it, but you can spend it.
Once you've lost it you can never get it back.

Aku perlu plan gak untuk esok, ape aktiviti2 aku...

Photobucket

Thursday, May 22, 2008

ChemisShree

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada pukul 8 malam tadi, Miss Shree membuat kelas tambahan paper 4. Jadi, selepas solat Maghrib, aku, Syafiq dan Mas bergerak ke ChemisShree Lab 4.

Miss Shree yg semangat

Kami mengambil tempat memasing. Beberapa minit kemudian, kelihatan beberapa pelajar block 4 masuk dalam lab. Aku, Syauqi dan Syafiq memandang kepelikan. Lerr, rupe2nya klas malam ni bergabung ngan block 4. Ramai sungguh yg datang, hampir penuh lab tu.


Kami memula membincangkan kertas application yg kami buat minggu lpas. Pasal drug designing. Bukan main susah lagi. Tapi, setelah mendengar penjelasan dan penerangan dari Miss Shree, barulah paham dan jelas sedikit.

Kami diberi ngan bertimbun2 kertas latihan. Wah, adakah sempat utk aku abiskan semua ni? Mahu termuntah jadiknya. Namun, aku berazam xnak sia2kan usaha Miss Shree memphotostat kertas2 itu untuk kami. Aku pasti, jika aku letih, Miss Shree berkali ganda lebih letih lagi.


Lpas tu, kami membuat review bab2 core. Setelah direview topik2 kritikal, aku sedar, masih banyak yg perlu aku cover dan usahakan untuk perbaiki. Kena push giler2 6 hari akan datang. Esok akan ade gak kelas pukul 8, tapi untuk paper 5. Semangat!!!

Kelas habis dalam pukul 10.15. Aku, Syafiq, Syauqi dan We bergerak ke surau untuk menunaikan solat Isyak berjemaah.

Mood: Chem!!!

Photobucket

Post yg Tertangguh

بسم الله الرحمن الرحيم

Perkara ini terjadi pada hari semalam, tapi memang aku xde mood nak tulis sampailah saat ini, saat selepas tamatnya exam Biology paper 4. Alhamdulillah, soalan dapat dijawab dan tidaklah pelik dan memelikkan soalannya. Walaupun x pasti betul dan tepatkah jawapan yg ditulis, aku tetap bersyukur kerana dapat menjawab sumer soalan.

Wahai blog yg disayangi. Aku nak ceritakan sumting yang berlaku semalam. Waktunya adalah selepas Asar. Tempat, di rumah abang Hamdan.

Pemandangan dari balkoni rumah Abang Hamdan

Selepas solat Asar, due to my aching tummy, aku x menunggu untuk mendengar tazkirah lpas Asar, sebaliknya, terus aku pulang ke chalet. Di kala aku bersantai-santai di chalet dan menanti untuk berjoging (yes, aku berjoging, jgn pelik), Azri YT, seorang pelajar tajaan YT dengan course Chem Eng menelefonku. Beliau berkata

Datang surau, Abg Hamdan ade buat bacaan tahlil kat umah die. Ajak Yahya sekali

Aku teringat x berapa lama dulu, memang ade Azri cakap pasal hal ini. Cume tarikh dan masa x diberitahu. Aku agak terperanjat dan agak x bersedia. Aku memanggil Yahya dalam biliknya. Tiada jawapan. Jadi, aku bergerak keseorangan ke surau dan kelihatan rakan2 MUSCOM dan ex-MUSCOM dah ade di situ.

Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Apabila seseorang daripada kamu dijemput ke majlis kenduri maka hendaklah kamu menghadirinya.
(Muslim: 2574)

Kami menelusuri jalan penuh ranjau dan berduri, menempuhi laluan chalet wanita menuju ke apartment. Perasaan malu menyelubungi diri. Aku tgk rakan2 yg lain, selamber jer. Aslam dan Shah Pin imam jemputan turut bersama memeriahkan majlis.

Muadz yg buat muke comel, namun x tertanding ngan kecomelan budak itu

Aidid, Vice Pres MUSCOM mengetuai bacaan Yaasin. Smalam juge merupakan harijadi anak Abang Hamdan. Majlis juge diadakan untuk meraikan MUSCOM2 lame dan seniors yg bakal meninggalkan kolej, isk, terharu (sambil mengesat air mata). Selepas bacaan Yaasin, kami dihidangkan dengan pulut kuning dan rendang yg sedap. Kami juger turut bermain dgn anak Abang Hamdan yg comel amat.

'The Group' tengah jamu selera sambil berbincang plan kami
Dari kiri: Afiq (Vice Pres), aku (Secretary), Hisham peluru (Pres)

Kami meminta diri sekitar pukul 6.25. Abang Hamdan memberikan kami sedikit pulut dan rendang untuk dikongsi bersama rakan2 lain. Memang diorg pulun abis pulut tu. Sekelip mata je, licin dan bersih. Memang bebudak lelaki KYUEM!!!

Moga rezeki abang dimurahkan dan doakan kejayaan kami!!!

Photobucket

Wednesday, May 21, 2008

Perang Kedua

بسم الله الرحمن الرحيم

Esok paper 4 Biology, jadi, malas aku nak update pepanjang.

Cume aku berdoa agar dapat jawab ngan tenang esok. Doakan aku!!!

Photobucket

A-level Past Papers

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.cie.org.uk/images/cielogo.gif

Gemar download past papers A-level? Ingin bersedia awal, especially to Juniors? Ingin The Latest Past Papers? Baserla, memang tabiat students KYUEM ni suke memphotostat past papers. Oleh itu, aku ingin berkongsi satu laman web menarik. Silalah lawati website ni untuk download CIE Past Papers...

http://www.onesourcepk.com/alevels.html

Akan aku letak link di bahagian sidebar aku bertajuk A-level CIE Past Papers.

Moga lpas ni, kepada rakan2ku, x kesahla junior atau senior, bolehla memanfaatkan laman web ini untuk download CIE A-level past papers secara percuma tanpa perlu register.

Kepada yang ditakdirkan Allah membaca post ini, bolehla sebar2kan kepada rakan2 korg yg lain.

Moga Bermanfaat...

Photobucket