>

Tuesday, March 17, 2009

Serba Tak Kena!

بسم الله الرحمن الرحيم

Huh, rasa lain macam sebab x update blog hampir dua hari. Mengapa x update? Ni nak cerita la ni....

Awal pagi ni, dah la bangun lambat, malas nak bangun plak. Lagi2, Subuh yang semakin awal masuk dan abis pun awal gak, lebih kurang jam 6.15 pagi. Memang cabaran untuk bangun. Namun, pagi ni, aku meneruskan usaha bangun gak, setelah bersolat Subuh, aku ambil tuala dan alat mandi pergi ke shower.

http://www.neatitems.com/images/triple_shower.JPG

Ku buka air tu sambil mata separa tertutup.

WAAAAAAAAAAAAAAAAA, aku menjerit sorang2 dalam bilik air tu.

Sejuk giler air ni? Disebabkan terasa pedih kulitku ini disebabkan air yg membeku tu, aku keluar sebentar dari shower sambil2 menunggu titisan2 air dari shower tu menjadi panas. Namun, hampir 5 minit menunggu dengan tabahnya, suhu air tadi masih di paras beku.

Memikirkan aku nak ke kelas pagi ni, aku serba salah. Kalau ikutkan hati, xnak mandi jer, tapi, macam pelik plak x mandi pagi. Jadi, aku membuat keputusan untuk mempedulikan kesejukan air itu.

Ya Allah, moga aku selamat

Dengan pantas sambil menutup mata, aku masuk juga ke dalam titisan air shower itu. Habis pedih seluruh kulitku. Terasa air tu menggigit2 kulit kepalaku. Terasa macam tangan dan kakiku dipukul2. Adoih, pedih sekali rasanya. Alhamdulillah, setelah beberapa minit terseksa dalam air sejuk beku itu, aku selamat keluar.

Aku menaiki tangga perlahan-lahan. Aku pandang ke koridor. Lampu kecemasan menyala.

Apa yang jadik ni?

Aku masuk ke bilik. Seperti biasa, pagi2 ni memang aku akan membuka internet untuk membaca berita tanah air tercinta daripada Malaysiakini. Namun, alangkah kecewanya apabila aku dapati internet tiada. Berulang kali aku cuba untuk connect internet, namun, masih tidak berjaya. Disebabkan kekecewaan melampau, aku baring semula dan tidur sampai jam 8 pagi.

Pada sebelah petang, aku berjalan kaki seorangan balik dari Imperial. Baru lepas practical di RCS1. Letih. Ku lihat di depan Holbein House, terdapat beberapa orang yg tengah mengorek bawah tanah. Aku baca tulisan di baju mereka, diorg dari syarikat elektrik. Apakah yg terjadi?

Ku l ihat x jauh dari situ plak, di hadapan Southwell Hall, kelihatan ramai pelajar di luar tengah berbincang. Ape plak yg berlaku ni? Aku masuk bilik, try sekali lagi dengan penuh harapan untuk membuka internet, namun, masih kecewa.

http://www.union.ic.ac.uk/halls/fisher/files/art4_blue_logo.gif

Ketika makan di Bernard Sunley, barulah aku tahu apa yg berlaku. Separuh dari Southwell Hall tiada elektrik, x tahu apa puncanya. Pelajar2 itu terpaksa kosongkan bangunan itu. Dan ini juga turut mendatangkan kesan kepada talian internet di Evelyn Gardens. Adeyh, sabar ajela....

Alhamdulillah, sekitar jam 7.30 malam, talian internet kembali sedia kala. Setelah kehilangan internet selama beberapa jam, baru aku sedar dan hargai internet. Namun, ape yg berlaku hari ini masih menjadi misteri. Apakah punca segala kejadian ni?

Photobucket

1 comment:

muhriz rahmat said...

InsyaAllah. Besar pahalanya tu. Samalah saudara-saudara kita di sini. Baru nampak nikmat elektrik bila sudah hilang dirasakan. Bila teringat para muslimin di zaman nabi tidak menggunakan pemanas air, kita rasa kuat untuk terjun dalam tab mandi. ;) (jangan lakukan, kelak memudaratkan diri)