>

Sunday, March 22, 2009

VnA

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini, disebabkan tiada apa2 aktiviti menarik untuk aku lakukan, aku juz terperuk dalam bilik, mengadap laptop dan nota-nota. Namun, berjam2 macam tu membuatkan aku menghadapi tekanan perasaan. Jadi, mengikut nasihat seorang rakan, aku berkeputusan untuk keluar berjalan-jalan dan mengirup udara musim bunga yang segar, hehe...

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Jadi, aku berkeputusan untuk pergi ke satu-satunya antara 3 museum berhampiran Imperial College yang belum aku lawati, iaitu Victorian and Albert (VnA) Museum. Jika Natural History Museum berkaitan natural sciences, Science Museum berkaitan Physical Sciences, VnA pulak lebih kepada Arts and Civilization. Selepas Zuhur, aku keluar dari bilik.

Natural History Museum

VnA Museum

Disebabkan hari ini hari minggu, memang ramai orang. Sewaktu aku melalui depan Natural History Museum, aku tengok beratur orang untuk masuk ke dalam museum. Aku kaget, adakah VnA akan ramai orang sebegitu?

Cuaca hari ni memang baik. Cerah dan tidak berapa sejuk. Suhu sekitar 13 darjah celcius. Memang nyaman dan best jalan2 time ni. Aku tiba di VnA sekitar jam 12.30 tengahari. Alhamdulillah, agak lengang di sini. Mungkin VnA ni hanya menjadi tarikan orang dewasa dan bukan kanak2, seperti dua lagi museum nih.

Aku masuk ke dalam museum, terus je tergerak untuk pergi ke bahagian kiri museum. Terus je aku nampak bahagian Islamic Arts. Hehehe, tahu2 je aku mmg nak pegi sini. Di sini, aku dapat lihat caligraphy yang lawa, kesenian dan ukiran Islam yang unik serta sejarah2 di sebalik kesenian dan peradaban ini.

Dagger (biasanya digunakan oleh character thieves dalam game, hehe)
Tapi dagger yang dipamerkan ni adalah hadiah Sultan kepada pegawai
British

Pedang orang Arab dan Parsi

Iznik Ceramics

Seramik dari Iznik. Untuk pengetahuan, Iznik ni terletak barat laut Anatolia.


Kemudian, aku bergerak pula ke bahagian tamadun India. As expected, banyak patung2 dewa2 India, ada Siva, Rama dan macam2 lagi. Banyak juga ukiran2 dewa mereka dan ukiran2 gajah.


Lpas da pusing2 tamadun India, aku bergerak pula ke tamadun Eropah...

Pintu masuk ke zon Eropah

Dalam zon Eropah, rata-rata kesenian mereka adalah patung2 dan ukiran manusia yang amat banyak dipengaruhi oleh Christianity. Secara jujurnya, aku rasa agak creepy dalam bahagian Eropah ini. Rasa patung2 ni tengok aku. Dan paling menakutkan bile aku masuk satu bilik yang penuh patung, bilik tu gelap, dan xde orang pun sekeliling aku, huhuhu.

Bilik yang menakutkan

Harp yg besar, selama ni tgk dlm kartun je


Hiasan dan perabot Versailles


patung yg kurang sopan

Lepas penat usha patung dan lukisan manusia, aku beralih pula ke bahagian Asia, yakni tamadun China dan Jepun. Sewaktu di bahagian tamadun China, rasa best sgt, sebab dulu2, aku suke tgk drama2 Cina yg kisahkan pasal zaman2 maharaja dulu. Di zaman Jepun pula, teringat kisah The Last Samurai, di mana maharaja Meiji berkuasa.


Dah letih dah, aku pergi ke IC untuk sambung study!
Photobucket

1 comment:

Anonymous said...

huzaifah...ape khabar?? umm..nak tanya... ape pendapat huzaifah ttg kebanyakan pusaka milik malaysia( tanah melayu dahulunya) di letakkan di museum ni??? sy nga wat research ttg ni... it is related to my course...;)