>

Thursday, March 12, 2009

Jemaah

بسم الله الرحمن الرحيم

Kalau kat sekolah dulu, dah banyak kali kita mendengar tentang konsep jemaah. Namun, semakin kita jauh dari alam persekolahan, semakin kita lupa tentang apakah jemaah itu sendiri. Meh kita ulang kaji sedikit sebanyak, isi2 post ini diambil dari blog Serambi Dakwah (nak promote, hehe). Jangan malas membaca, ingatlah, dalam sehari, berapa banyak je kita membaca bab2 agama, meh tanamkan azam, sehari baca at least satu artikel. Berkaitan Jemaah:

Pengertian

Jamaah dari segi Bahasa berasal dari Bahasa Arab bererti bilangan yang ramai dari manusia tertentu yang berkumpul di atas satu tujuan.

Dari segi syara’ berdasarkan al-Qur’an dan AsSunnah, Jamaah Islamiyyah ialah satu jamaah (perkumpulan umat Islam) yang dibentuk oleh ulama’ yang terdiri daripada ahli al-Halli wa al-aqdi yang berhimpun di atas mandat seorang khalifah (Amir, imam atau ketua daripada kalangan orang Islam ) bagi seluruh umat Islam. Ia hendaklah dibina di atas kesepakatan dalam urusan Islam yang dipimpin oleh ahli-ahli Islam dan jamaah ulama’ mujtahidin dengan seorang ketua atau amir. Pendapat ini mengambil kira tentang kewibawaan ulama’ dalam mengawasi dan menasihatinya supaya tidak terkeluar dari landasan syariat Islam.

Untuk lebih lanjut, layari sini....

Photobucket

3 comments:

Muhammad Fazdhly bin Abdul Muttalib said...

Menyebabkan aku teringat sama sekali dengan Wilayatul Faqih...konsep yang dibawa oleh Almarhum Ayatullah Ruhullah Khomeini...

Eh...Ahlul Hilli wa al-Aqdi tu wujud ke zaman Nabi dulu? Ha..ha! Satu persoalan yang perlu difikirkan semua...

Anonymous said...

sebelum tu, adakah semua bida'ah itu sesat?

kalau semua bida'ah itu sesat, maka bolehlah terus memikirkan persoalan di atas.

kalau tak, tak obvious ke nak buat apa?

pencari cinta said...

jemaah islam tu macam tabligh ke?