>

Wednesday, March 4, 2009

Suara Hati Seorang Blogger

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini merupakan post aku yang ke-700. Biarlah post ini aku tulis untuk memberikan teguran buat diriku serta para bloggers dan pembaca blog yg dikasihi sekalian.

Kebelakangan ni, byk betul timbul konflik dan provokasi dalam dunia blog mahupun dunia sebenar. Di dalam blog contohnya, mesej pendek penuh provokasi kadang2 tidakla bermaksud untuk mencetuskan pergaduhan, tapi disalah ertikan oleh orang-orang lain yg membaca. Dalam keadaan ini, setiap pihak harus mengambil peranan bagi mengelakkan kebencian dan permusuhan yg lebih dahsyat. Tuduh-menuduh antara satu sama lain dan sebagainya.

http://www.ibnsports.com/images/fight/fight_news_bkgnd.jpg

Kepada yg gemar menulis komen. Sebelum anda menulis komen anda, silalah baca kembali ayat nukilan anda, takut disalahertikan oleh pembaca-pembaca yang lain. Kepada para pembaca pula, silalah bersangka baik dan jangan mudah melatah. Bertenang dan cuba cari kemungkinan2 yg baik. Jangan mudah membenci dan menuduh.

Dari ‘Aisyah r.a, dari nabi s.a.w beliau bersabda:”Orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang paling suka bermusuhan.”
(al-Bukhari)

Kepada pemilik blog yg menjadi sasaran. Bersabarlah. Ini merupakan cabaran dalam dunia blogging ini. Memang selalu je kite dicemuh, dituduh mencari publisiti murahan, dikutuk tentang blog yg bosan, malah, ada juga yang menyuarakan kebencian kepada diri blogger itu sendiri. Bersabarlah. Teringat kata-kata Tn Guru Abdul Hadi Awang:

Janganlah jadi seperti sarang tebuan, apabila dijolok, akan menyerang dan menyakitkan, tetapi, jadilah seperti pohon buah, apabila dibaling batu, ia membalas dengan menggugurkan buah

Terimalah segala teguran dengan hati terbuka. Walaupun ada yg menulis membenci diri kita, jgn mudah menyalahkan orang lain, tetapi muhasabah kembali diri yang penuh kelemahan ini. Mungkin ini peringatan untuk menegur kelemahan diri kita.

Kepada yang ingin menegur pula, beringatlah, Allah paling benci orang yang suka bermusuhan. Jika anda benar2 membenci seseorang, segeralah hilangkan dan buangkan jauh2 perasaan itu. Andai ada rasa x puas hati, suarakanlah secara peribadi, ataupun, bincanglah dengan baik. Jika ingin menegur, tegurlah secara berhikmah.

Semoga jaringan blog2 ini akan lebih harmoni..

Photobucket

5 comments:

nasir said...

biase la tu jpah...konflik2 ni ada baru menarik sket...haha bersaba la yeeee....

muhriz rahmat said...

bahasa 'tulisan' tidak sama dengan bahasa 'lafaz'. Tanpa 'nada' bermacam tafsiran boleh dibuat pada perkataan.

niesa.imana said...

salam wbt..

insyaAllah, mungkin jugak DIA bagi semua ni berlaku untuk mentarbiyyah diri kita..

mana tahu, diri kita sendiri pernah berbuat sedemikian tanpa kita sedari.. we r not perfect, & pabila kita alaminya, saat itula kita bermuhasabah & berusaha ntuk lebih berhati-hati kelak..

'aqila said...

em...
bila ade org komen yg xsedap didengar...
bole jadikan ianya sebagai perbaiki diri sendiri...

Reeny said...

Bagus artikel ni.. >_<