>

Sunday, March 29, 2009

Lawatan ke Cardiff

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, pada jam 9.30 pagi, aku berlepas dengan menaiki National Express ke Cardiff untuk melawatku sahabatku, Syafiq Azzmi. Beliau seorang pelajar tajaan KPM dalam bidang Occupational Therapy.

Perjalanan lancar, cumanya sedikit diganggu dengan hujan dalam perjalanan. Sesampainya di Cardiff, aku kesejukan. Angin di Cardiff sunguh kencang sekali. Walaupun suasana dan suhu agak tinggi, namun, angin kencang membuatkan suhu jatuh mendadak. Aku lihat sungguh meriah keadaan di Cardiff ini. Setelah menunggu sahabatku, Syafiq, beliau memberitahu yg harini ada match ragbi antara Wales dan Finland. Memang orang2 Wales ni smangat RUGBY!

Syafiq

Jadi, setelah beramah mesra dan berborak-borak, aku dibawa oleh Syafiq ke universitinya untuk menonton Cardiff European Games. Banyak juger games yang berlangsung, ada badminton, basketball, bola sepak, tenis, congkak, batu seremban dan banyak lagi. Namun, fokus aku dan Syafiq merupakan makanan. Disebabkan aku tak makan breakfast, maka, aku membeli nasi tomato untuk mengalas perut ini.


Kemudian, ustaz Erfino mengajak aku dan Syafiq untuk menyaksikan pertandingan bola sepak tidak jauh dari situ. Kami menaiki kereta ustaz. Namun, pertandingan hampir tamat. Kami hanya sempat menyaksikan pertandingan merebut tempat ketiga sahaja. OKla! Sempat gak ustaz Erfino dan Syafiq mencuba skill bola mereka.....


Lpas tu, Syafiq membawa aku berjalan2 sekitar bandar Cardiff yg indah sekali. Walaupun cuaca agak sejuk, ini tidak mematahkan semangat kami untuk bergambar sekitar bandaraya Cardiff. Orang2 tempatan agak pelik melihat gelagat kami. Peduli apa!

OK, esok ada exhibition Islam di Cardiff. Nak rehat untuk simpan tenaga!

(Terlalu letih nak menulis)


Photobucket

3 comments:

LoNgJaR said...

"Banyak juger games yang berlangsung, ada badminton, basketball, bola sepak, tenis, congkak, batu seremban dan banyak lagi." (quote)

betul ke ade men congkak n batu seremban?? huhuh

niesa.imana said...

salam wbt..

Hajar.. memang ada congkak n batu seremban.. kta main congkak.. +)

LoNgJaR said...

ye ke kak dayang...
pertandingan ke?
ni mesti akk terer men congkak kn.. (^_^)