>

Friday, March 13, 2009

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

بسم الله الرحمن الرحيم

Tengah aku letih dan bosan menaip esei bertajuk 'Post-translational modification of protein', aku mule berubah arah kepada skrin komputer ni untuk menulis tentang sambutan Maulidur Rasul di Malaysian Hall awal malam tadi (semalam).

Aku mendapat mesej daripada saudara Khairul Hafidz tentang tentatif malam ni. Majlis dijangka akan berlangsung pada jam 6.30 petang. Jadi, aku keluar dari rumah pada jam 6 petang menuju ke Harrington Road untuk menunggu bas. Setelah menunggu bas selama 7 minit, aku meluncur menuju Queensway. Aku sampai di Malaysian Hall sekitar jam 6.40 petang. Sudah ramai orang!


Majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh saudara Hamid yang segak berbaju hitam berkilat ala2 pengantin. Kemudian, majlis diteruskan dengan persembahan multimedia yg berkisar tentang perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. Terima kasih kepada Youtube yang menaja video tersebut.


Kemudian, majlis disambung dengan persembahan bercerita oleh empat orang kanak-kanak cilik MSD. Kesemua cerita itu berkisar sirah kehidupan Rasulullah S.A.W. Kemudian, sedikit tazkirah dari ustaz Erfino, disambung pula dengan persembahan dari kumpulan Shoutus Salam yang dianggotai oelh 6 orang pelajar Imperial dan seorang pelajar City. Untuk pengetahuan, mereka akan bertanding di NEXT pada hujung minggu ni. Semoga berjaya!


Selepas solat Isya', aktiviti yang sememangnya tidak perlu dijemput lagi, iaitu makan! Sungguh banyak makanan, ada nasi goreng, pulut kuning, mihun, mi goreng, nasi tomato, kuih-muih, teh tarik, jus oren, air mineral dan sebagainya. Sungguh meriah ditambah dengan hadirin yg begitu ramai.


Selepas abis makan, kami sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan Malaysian Hall. Bagi aku, ini merupakan kenangan manis di Malaysian Hall, sebab time ni la nak merapatkan ukhuwah sesama warga London. Terima kasih kepada semua!

OK, sambung esei....

Photobucket

No comments: