>

Wednesday, July 1, 2009

Selamat BerOBS

بسم الله الرحمن الرحيم

Memang tidak dapat dinafikan, Malaysia mmg jauh lebih panas dari United Kingdom. Namun, itu tidaklah bermakna aku tidak menyayangi negara ini. Sepanas2 Malaysia, inilah tempat yg aku rindui....

Pagi tadi, aku ke Menara PNB, bukan untuk melapor diri, bukan untuk jumpe Pn Rukiah, tapi hanya nak ke CIMB Bank di situ. Namun, apabila aku masuk je ke pintu masuk menara, aku dapati agak penuh di bahagian lobby tu. Banyak beg2 tersusun. Apakah yg sudah berlaku?

Dalam ramai2 tu, aku ternampak junior2 kolej yg aku kenali. Aku tgk jam aku. Satu haribulan Julai. Wah, nampaknya mereka akan memulakan program Oh, Begitu Seronok (OBS) atau nama betulnya adalah Outward Bound School di 'Lumut' start harini sampai 25 Julai nanti. Kelihatan muka mereka yg penuh excited nak bercuti di Lumut dan Pangkor. Kedengaran jua suara nyaring Puan Rukiah.

Alamak, disebabkan aku bukanlah datang ke situ nak berjumpe mereka (huhuhu), cepat2 aku meluru ke tingkat 2 menara PNB bagi mengelakkan diriku dikesan. Namun, ketika dalam CIMB, aku terserempak dengan Aizat (ZB). Lepas berborak pendek, aku menjalankan transaksi di CIMB.

Apabila aku nak kluar je dari CIMB, kelihatan Yorke, Syahir dan Fikri naik ke situ. Alamak.

Ape korg buat atas ni? Buat2 tanya

Oh, ZB bgtau kitorg ko ade kat sini, diorg jawab

Hurm, mcm excited je nak g OBS, huhuhu, abisla gelap korg nanti, saje aku kacau.

Xpe, dulu ko pun gelap, tapi lpas tu putih balik, Fikri jawab disertai gelakan kecil ku.

Kitorg x leh g MOC nanti, sbab ade BTN, ko tau ape plan kitorg? Ko ketua fasi kan? Nanti kitorg datang umah ko, dgr ko bagi pengisian ape2 dlm MOC tu yer? Kata Yorke

Haha. aku gelak (dalam hati kata: Banyak ar ko)

Pastu, aku pun turun ke lobby bersama2 mereka. Ku lihat, ramai sungguh perempuan batch mereka banding ngan laki, beza dgn kami yg ramai lelaki dari perempuan. Aku bertemu Pn Rukiah dan memberi salam.

Eh, awak pun nak pergi lagi sekali ke? Suara nyaring Pn Rukiah menggegarkan gegendang telingaku.

Xdela Puan Ruk, saye ni pegi bank je, x teringat plak diorg start harini

Kemudian, mereka semua diminta bergerak ke bas, sbab nak bertolak dah. Kelihatan muka ibu bapa sedikit berat hati nak berpisah selama 25 hari dengan anak2 mereka. Aku tersenyum lebar, seronok sungguh menjadi org yg dah pernah melalui semua ni. HAHAHA, padan muka korg (dalam hati je)

Oh, batch korg ni ramai prempuan, x best nye, aku cakap kat Yorke

Tu ar, x best la, Yorke balas

Eleh, entah2 prempuan yg tolong die nanti, perli Pn Rukiah, Yorke tersengih seposen.

Aku berjumpe pula dgn junior biotek yg bakal ke Imperial, Syukri Hariri dan ucapkan All da best kpd beliau.

Selamat berOBS kalian, selamat bergembira juga di sana (kalau mampu bergembira), huhu, moga dapat sesuatu di sana...

http://photos-b.ak.fbcdn.net/photos-ak-sf2p/v300/223/25/635554039/n635554039_589321_3971.jpg
Kenangan OBS hari pertama kami

Photobucket

No comments: