>

Thursday, July 23, 2009

Sesape nak kemaskan desktopku?

بسم الله الرحمن الرحيم


Pening tengok desktop sendiri yg agak terabur, penuh dan x tersusun. Bukannya sibuk sangat sampai xde masa pun, aku je yg malas nak kemas desktop nih. Kalau rumah bersepah, boleh upah orang untuk kemas, kalau desktop, boleh x?

FuiYo yg bakal berlangsung winter ni. Aku dipertanggungjawabkan utk update website dan buat poster. Wah, aku x reti wordpress!!!! Tapi, aku juz gune kaedah cube jaya je. Ntah ape jadik kat website tuh, huhu. Walaupun x reti wordpress, perlu usaha juge!!!!

Musabaqah Menghafal Hadis Peringkat Parlimen Ampang. YB Zuraidah (PKR) nak anjurkan program ni. Ditakdirkan Allah, aku dipertanggungjawabkan buat design untuk buku aturcara program. Wah, aku x kreatif!!!! Blur nak design camne. Dengan Photoshop pun yg sudah lesap dari komputer. Nak beralasan lagi?

Suara al-Huda. Alhamdulillah, projek ni dah hampir siap. Semalam aku dah print prototaip newsletter ni. Amat banyak kekurangan, baik dari sudut isi mahupun design dan persembahan. Smalam dah serahkan prototaip ni kepada saf kepimpinan surau, entah diorg terima ke tidak.

Ihya' Ramadhan. Aku telah dihubungi oleh pegawai MSD UK dan Eire, Ustaz Erfino untuk buat design poster untuk program Ramadhan Celebration di MSD London. Hurm, namun, amat2 blur dan memerlukan banyak masa untuk brainstorm design ni. Ada sesape nak bantu? Huhuhu....

Program Motivasi SBPI Rawang. Biler Pn Marlina SMS aku mengatakan aku project manager, aku sudah blurrr. Jenuh aku hubungi rakan2ku, namun, ramai yg x dapat hadir. Haish, antara program yg bermasalah ni. Tinggal beberapa hari lagi.

Alhamdulillah, ada juga kerja2 aku sepanjang cuti (walaupun still banyak masa terbuang, hehehe), xdela busan sgt rasanya.

Sibuknya cuti ni, abah kata kepadaku.

Aku tersenyum. Sibuk? Oh, mungkin tidak. Aku tahu ramai rakan2ku di luar sana yg aku akui amat2 sibuk. Banding ngan aku ni, negligible sungguh. Ku imbau kembali sirah Nabi dan para sahabat. Kerdil. Mereka sibuk, ke sana ke mari, menjelajah bumi Allah ni menyebarkan dakwah. Jika dibandingkan dengan kita yg hanya duduk di depan komputer, memangla kerdil je kiter ni.

Bila abah mengatakan yg aku sibuk, aku malu. Tidak layak untuk aku claim diri ini sibuk. Hassan al-Banna x pernah pulak claim die sibuk, kan? Huhu. Memang, terkadang aku emo, tension dan mmg nak give up je. Namun, layakkah aku?

Terima kasih kepada yang menyokong, membuatku senyum dan memberikan kata2 semangat.

Berbalik kepada soalan asal, ada sesape nak kemaskan desktop aku????

Photobucket

3 comments:

arnamee said...

salam.

erm, dekstop memg style normal org multimedia, serta org berkarya. selagi mampu beribadah , mana ada istilah sibuk - tiada.
yg penting, kita:)

insyaallah:)

afnizarmohd said...

“When you are asked if you can do a job, tell 'em, 'Certainly I can!' Then get busy and find out how to do it.”
Theodore Roosevelt quotes (American 26th US President (1901-09), 1858-1919)

All the best, dik! Semoga Allah mempermudah urusan :)

Jpah said...

huhu, tq arnamee dan kak afni