>

Wednesday, July 8, 2009

Kembali ke SBPI Rawang

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hasrat yang sudah lama ku pendam untuk kembali ke sekolah dengan bergelar pelajar universiti telah tercapai. Pagi tadi, aku dan Ehsan telah bersama2 ke sekolah, tujuan utama untuk berjumpa guru2 dan melawat sekolah yg mengajar kami seribu ilmu dan pengalaman yang menjadi acuan untuk membentuk kami seperti sekarang.


Kami tiba di sekolah sekitar jam 10 pagi. Orang cakap, kalau masuk rumah orang, haruslah kiter beri salam dan jumpe tuan rumah dulu. Bagi mengelakkan menjadi biadap, kami menuju ke pejabat dan berjumpa dgn Ustazah Maimunah (PK HEM) dan Ustaz Kamilen (PK 1). Berborak sakan kami. Suka sungguh mereka bertemu graduan2 SBPI Rawang ni. Pelbagai pengalaman kami kongsi.

Kamu kat sana, jangan lupe solat, walau susah macam mana pun, solat la tepi2 koridor, pesan Ustazah Maimunah.

Kemudian, kami bergerak ke bilik kaunseling, untuk mengupdate maklumat kami sebagai alumni. Tanpa disangka, Pn Marlina turut berada di situ, bersama-sama cikgu Esa dan seorang lagi kaunselor baru yg aku lupe nama beliau. Riuh benar kami, lebih2 dgn Cikgu Marlina, juge, pelbagai isu dibangkitkan. Sesekali, Pn Marlina bertanya perkembangan anak murid kesayangan beliau, saudara Imran Mustafa.

Then, kami bergerak pula ke tingkat 3 dan masuk ke bilik guru. Guru2 di atas tu melihat kami, riuh juga dibuat bilik guru tu. Soalan2 baser ditanya, camne stadi, makan camne, duduk ngan sape, ramai Melayu x dan sebagainya. Namun, soalan wajib dari semua cikgu adalah:

Dah check H1N1 x?


Aku berjumpa Cikgu Hamizan (Matematik), Cikgu Khairul Kamariah (Biologi) dan Ustazah Khadijah (Pendidikan Islam). Ustazah Khadijah tegur kami:

Awak berdua dah makin bulat la, berisi, dah kawin ke?

Eh, mana ade ustazah, huhu, asyik makan kebab je, aku jawab....

Kemudian, kami pergi ke bahagian guru lelaki, berjumpe dengan Ustaz Kosim (Shariah), Ustaz Kamisan (Bahasa Melayu), Ustaz Faradin (Bahasa Arab Tinggi), Sir Zamry (English). Ustaz Faradin mengajak kami untuk lunch di kantin. Yeay, dah lama x makan makanan kantin.

Pn Kerul (Biologi)

Raudhah

Kami merentasi dataran Raudhah bergerak ke kantin, kelihatan ustaz Faradin tengah makan berseorangan di situ. Aku mengambil lauk ikan keli goreng dan kuah lemak. Baru je nak bayar, ustazah Khadijah datang dan beliau kate beliau akan bayarkan untuk kami. Segan silu. Alamak, tapi, x mampu buat apa2.


Ustaz Qosim

Selepas kekenyangan, kami menuju ke Masjid al-Qadisiah, iaitu masjid di dalam sekolah ni. Azan dilaungkan dan Ustaz Kosim hadir untuk mengimami kami. Selepas solat, kami duduk di anjung surau sambil berbincang.

Kamu ni, kalau dah ade calon, kawinla cepat2, rugi kawin lambat2, nasihat ustaz.

Ustaz menambah, syaitan menjanjikan kepapaan, kegagalan kalau kiter berkahwin. Kenapa dengar janji syaitan. Kenapa kita x percaya janji Allah. Kalau ada peluang berkahwin, teruskan aje. Daripada hati kite dipalit maksiat.

Eh, ke situ pulak ustaz ni, huhu. Hampir 40 minit juga kami beramah mesra dan berkongsi pendapat. Dah lama x dengar pengisian dari ustaz, kalau dulu, hampir setiap malam akan mendengar peringatan dari ustaz, rindu zaman2 itu.

2.15 petang, kelas tamat. Bebudak ni meluru keluar dari kelas, ada yg menuju ke surau, ade pula yg terus ke surau. Di surau, terjumpe beberapa budak2 form 5, dulunya form 1 ketika aku graduate. Bersalaman dengan mereka. Ustaz Kosim kata:

Kenal x abang2 ni?

Seorang budak menjawab,

Saya kenal abang Jepah, abang Jepah je x kenal saya, muke sedih dan monyok.

Eh, mana ada, aku jawab (dalam hati cemas, sape nama budak ni? Ginko biloba2)

Beberapa lagi junior2ku datang.

Apa khabar abg Jepah? Diorg tanya.

Wah, kenal jugak lagi korang kat aku yer. Akulah antara senior yg x mempedulikan korg dulu, huhu. Kirenya, anugerah Exco Paling Disayangi Aspura tu bukan lakonan la yer? Trimas korang, huhu. Terharu.

Kenal aku ke? aku tanya beberapa budak lagi.

Kenal lah, abang Jepah Dobi, jawab budak tu selamber.

Cis budak ni, xde benda lagi macho ke die nak ingat.


Kemudian, kami bergerak ke bilik Ustaz Tolhah, guru Add Math kami. Sejuk mata memandang beliau. Walaupun beliau guru add math, di dalam biliknya terdapat perlbagai buku agama. Sirah Nabawiyyah dan koleksi2 hadis di atas meja. Beliau memberi nasihat kepada kami:

Ingat, jangan lupe puasa sunat. Aqidah itu tunjang kepada rumah. Solat itu, tiang2 yang menyokong. Puasa pulak, sendi2 yg menyambungkan binaan itu.

Beliau turut mengingatkan:

Ingat, senjata mukmin adalah doa. Jangan lupa doa. Kita orang Islam ni cabaran lebih, sebab syaitan akan cuba sedaya upaya perangi iman kita. Jadi, kita perlu persiapkan diri sebaiknya.

Hampir 5 jam kami berada di sekolah yang penuh kenangan itu. Aku harap, aku dapat menyumbang lebih kepada warga sekolah dan juga ke arah kecemerlangan sekolah ini. Moga iman dan taqwa menyuluhi setiap graduan SBPI Rawang.

Maka kami, pelajar2 SBPI Rawang, berikrar dan berjanji, akan mengamalkan cara hidup berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Moga ayat pertama dalam ikrar pelajar SBPI Rawang ni, bukan hanya tinggal kata2 kosong, tapi suatu janji yang perlu dikotakan.

Asrama Putera

Photobucket

3 comments:

Pacat said...

nape la aku baca post ni tergelak-gelak mengenangkan kisah hidup ku dulu..

ingt lagi mse g sekolah lama, nk amik sijil SPM.. aku mengendap2 smp la ke bilik guru.. xubah mcm pencuri.. sbb?? habesla kalo cikgu ku tahu aku dtg sekolah.. most wanted!! (aku pn femes amat dlu.. tp dgn kes2 yg xbes.. haha.. xpe2, kenangan manis)

kesimpulan: adik2, jadilah budak baik mcm Jpah ni (Aisha akan ngamuk n muntah2 dgn ayat ni).. sng nk g sekolah dgn amannya.. xle mnegndap mcm kak ajah :)

Ps: buat page ni mcm blog aku je.. maafin gue

Anonymous said...

oh ye.. br ku perasan.. gamba dalam ni semua sengih.. wahaha.. bagus.. keep it up..

Ps: teka siapa diriku :P

mira zin said...

eh,cikgu-cikgu sekarang dah ada bju kemeja rasmi sepintar eh?
Abg jepah dobi..haha..part dobi tu dah melekat.huhu~