>

Monday, July 6, 2009

Projek Summer: Suara al-Huda

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku berfikir sejenak. Aku lihat sekeliling. Aku muhasabah diri. Malu.

Aku berfikir, selama ini, di sekolah, di kolej dan di universiti, aku sibuk berpersatuan, berorganisasi, sibuk anjurkan macam2 program kemasyarakatan, sibuk anjurkan program2 agama, sibuk anjurkan program2 dakwah. Namun, apabila pulang ke rumah, mengapakah itu semua hilang? Hakikatnya, masih ada keluargaku dan masyarakat sekeliling yg perlu untuk kita jelaskan Islam kepada mereka. Namun, mengapakah kita jarang sekali mendekati mereka? Pilih Kasih? Mereka juga manusia. Mereka juga mad'u.

Alhamdulillah, semalam aku telah bermesyuarat dengan Pengerusi Surau al-Huda, Datuk (aku x ingat nama beliau, maaf). Nampaknya, surau di taman aku ini ingin mengambil langkah proaktif dengan menerbitkan sebuah handout untuk diberi kepada setiap keluarga beragama Islam di taman ini. Suatu usaha dakwah yang aku kira amat bagus sekali.


Setelah perbincangan selama hampir sejam, beberapa resolusi bersama telah dicapai bersama Datuk. Pertama, design handouts tu yg aku buat telah diterima dengan beberapa perubahan. Kedua, sebanyak 300 keping handouts akan diedarkan.

Berbincang dengan mereka ini bukan mudah. Berdakwah kepada orang awam juga bukan tugas mudah. Mereka tidak tahu usrah. Mereka tidak kenal al-Maududi, mereka tidak kenal Fathi Yakan. Yang mereka kenal hanya ustaz2 kampung ini. Jadi, method dakwah juga perlu diubah. Contents dalam handouts ini perlu difikirkan agar mudah dicerna masyarakat yang luas latar belakang ini.

Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk bekerja dengan mereka, dapat pengalaman baru! Mula2 memang rasa susah, sebab rasa frekuensi pemikiran yang jauh berbeza. Namun, hasil perbincangan, kami dapat juga mencapai kata sepakat.

Namun, handouts ni akan keluar 3 bulan sekali dan keluaran pertama adalah pada bulan hadapan. Nampaknya, keluaran kedua, orang lain akan ambil alih pembuatan Suara al-Huda ini. Moga terus istiqamah dan semoga mesej dakwah dapat disampaikan kepada masyarakat Taman Rasmi Jaya ini....

Tiada apa yg ku minta sebagai balasan melainkan doa agar aku dan keluargaku terselamat dari api neraka....

Photobucket

No comments: