>

Thursday, July 2, 2009

Dakwah tidak bermusim

بسم الله الرحمن الرحيم

Mendapat sebaris mesej peringatan daripada sahabat:

"Ingatlah, sewaktu ANDA bersenang-lenang, goyang kaki, ada orang lain yang sedang membuat double the work"

Ya. Terutama sekali dalam medan dakwah ini. Memang waktu summer ni, ramai daripada kita yg berfikir untuk balik ke Malaysia, bercuti. Namun, betulkah hanya cuti menjadi prioriti? Adakah kita juga turut bercuti dalam berdakwah? Adakah dakwah itu bermusim? Adakah dakwah itu hanya ketika kita selesa berusrah, bersama rakan2 sefikrah yang kita selesa bersama? Adakah dakwah hanya ketika kita mendengar atau menyampaikan ceramah di dewan berhawa dingin? Adakah tidak perlu berdakwah andai kita terpisah dari rakan-rakan kita? Untuk apa kita berdakwah? Untuk rakan2?

Tidak dinafikan, kita akan letih. Yer. Memang fitrah manusia itu, tenaga kita terbatas, kita akan letih dan lelah.

Berehatlah, tapi jangan berhenti

Itu kata2 pujangga yg sering menjadi dorongan kepadaku.

Kehidupan sebagai pelajar memang ideal. Kita hidup di kalangan mereka yg lebih kurang sama tahap intelektual dgn kita. Mereka memahami kehendak kita dan kita juga mampu memahami mereka. Sungguh seronok berdakwah bersama mereka, di dalam kelompok yang sama-sama inginkan Islam. Namun, bila pulang ke kampung halaman, lain pula ceritanya.

Hidup dalam masyarakat yang sebenar, jauh bezanya. Mereka tidak hidup seideal kehidupan pelajar. Mereka terdiri dari pelbagai lapisan latar belakang dan sejarah. Ada kalangan AJK Surau yang merokok. Ada kalangan isteri mereka tidak bertudung. Ada di kalangan anak mereka menjadi samseng. Ada kalangan mereka yang ponteng usrah. Kecewa dengan mereka. Namun, adakah ini alasan untuk kita tidak bersama-sama menerangkan Islam kepada mereka?

Memang, hidup dalam kelompok kita sendiri memang indah. Namun, perlu juga kita selami dan hayati keadaan masyarakat yang sebenar. Mereka tidak hidup seideal kita, terutama di UK. Ramai daripada kita yang pulang ke Malaysia, mungkin akan menghadapi kejutan budaya, kerna dah terlalu selesa berdakwah, berprogram dalam kelompok kita. Mungkin ramai yg kecewa dgn masyarakat kita yang sebenar. Hasilnya, ramailah yg futur atau gugur di medan perjuangan.

Jom kita terus bergerak dan berusaha. Dakwah tiada musim macam di UK yg tgh summer ni...
Photobucket

2 comments:

Pacat said...

em, aku antara org yg xleh hidup (blh la bernafas.. maksudnya xleh survive sgt) kalo xde kawan2 rapat ku itu..

peringatan yg baik. rest but don't quit. (dr video)

tq2.

tumi said...

ak kagumla dgn pendakwah2 ni sbnarnya.. kerana mereka kuat.. xsemua mampu jadi kuat cmtu..

tapi jgnlah kecewa, kiter xleh expect semua org cm kiter.. mcm yg anak samseng, n isteri xpakai tudung tu.. ilmu xsama, tahap kefahaman pon xsama.. jgnlah pandang rendah mereka, n jangalah jemu dalam menyampaikan.. goodluck dalam usaha ko! semoga tuhan mempermudahkan! chaiyok2!=)