>

Monday, July 13, 2009

KYUEM Nuqaba' Camp

بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila dijemput untuk menjadi fasilitator Nuqaba' Camp untuk batch 11, aku bersetuju tanpa banyak bertanya. Sebab mmg aku dah berazam untuk penuhi masa cuti aku untuk menghadiri dan membantu program2 sebegini.

Pada pagi Jumaat lepas, seawal jam 8 pagi, abah menghantarku ke stesen STAR Ampang. Dari situ, aku bergerak ke Bandaraya dan membuat pertukaran tren menaiki komuter menuju ke Rawang. Dari Rawang, aku sekali lagi menukar tren menuju ke Tanjung Malim. Di sana, Izuan Pilus telah menantiku dengan van birunya.

Pilus

Peserta lelaki dijangka hanya 4 orang, disebabkan beberapa masalah yang dihadapi. Namun, hampir tamat hari pertama, hanya Syukri (SyuMul) yang hadir, sebaliknya, untuk peserta Muslimat, terdapat 15 orang yang hadir. Kagum dengan semangat mereka!

Secara umumnya, kem ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para Nuqaba' KYUEM berkenaan tanggungjawab berat mereka dalam memastikan kelangsungan Islam di kolej tersayang ini. Mereka diberikan pendedahan tentang cara melaksanakan usrah dengan efektif, ciri2 nuqaba' dan sebagainya.

Jalan masuk kem

Pada hari kedua, peserta kedua muslimin tiba, iaitu saudara Muiz. Keadaan bertambah meriah. Walaupun kami, muslimin tidak menyertai kebanyakan LDK, tapi, kami banyak mengadakan perbincangan di dorm, aktiviti2 membina ukhuwah di Tanjung Malim, dan sebagainya. Persamaan kami membuatkan kami berempat cepat mesra dan mudah masuk.

TQ kepada AJK Pelaksana program, walaupun terdapat terlalu banyak ruang yang boleh dibaiki. TQ juga kepada peserta yang sanggup mengorbankan masa cuti untuk bersama kami. TQ juger kepada penceramah yg tidak kedekut ilmu dan pengalaman mereka. Sungguh, aku sendiri mendapat input dari anda semua....

Muiz dan Syukri

Program mengemas bilik


Photobucket

3 comments:

Anonymous said...

maaf.bukan batch 12, tapi batch 11.batch 12 bakal masuk minggu ini,:)

Jpah said...

huhu, maaf

mohd isa said...

budak-budak yang ambil kawan ko cakap takde souvenir untuk ko.