>

Sunday, January 4, 2009

Bila rakyat UK berbicara

بسم الله الرحمن الرحيم

Keadaan di Gaza semakin meruncing. Mungkin ada daripada kita yang betul2 mengikuti perkembangan terbaru di situ. Namun, x kurang juge ramai yg x ambil peduli dgn keadaan saudara-mara kita di sana.

Hari ini di London, suatu demonstrasi besar-besaran yg diorganise segara rasmi oleh 18 parti dan persatuan dan banyak lagi unofficial organisers. Selepas bersolat Zuhur di Evelyn Gardens, aku menaiki tube terus ke Embankment. Keluar saja dari stesen tube, kelihatan beberapa polis sedang berkawal. Kelihatan juger selautan manusia membanjiri tempat itu.

Aku terharu. Bukan setakat orang Islam yang datang berdemonstrasi. Ramai juger orang bukan Islam yg turut sama berdemonstrasi atas nama kemanusiaan. Sungguh sedih apabila aku memikirkan ada kalangan umat Islam sendiri yg acuh x acuh isu Palestine sedangkan orang bukan Islam pun menunjukkan concern mereka. Ini termasuk diri aku.


Dari Embankment, kami berjalan melalui Westminster dan terus menuju ke Trafalgar Square. Banyak polis kelihatan di sepanjang jalan, bukan untuk menghentikan mahupun menyerang orang2 yg berdemonstrasi, tapi hanya untuk mengawal keadaan dan keamanan. Terdapat juga beberapa polis Medic yg mungkin ditugaskan untuk merawat sesaper yg tercedera. Satu perkara yg aku kagum dgn sistem di UK ni.

Di Trafalgar Square, selautan manusia berkumpul. Beberapa orang naik ke pentas untuk memberikan ucapan sambil disambut dengan jeritan dan sorakan dari para hadirin. Ucapan:

Free, free, Palestine

berulang-kali ke udara.

Turut sama membuat aku terharu apabila di sepanjang jalan menuju Trafalgar Square, banyak kelihatan solat jemaah didirikan. Turut mengharukan apabila pelbagai umur masyarakat yg hadir, dari sekecil2 yg masih di dalam kereta sorong, sehinggalah datuk yg sudah bertongkat. Namun, tetap datang kerana sesuatu yg dinamakan Justice!

Aku pulang ke bilik, keletihan, walaupun xdela aku menjerit sgt, huhuhu.


Photobucket

5 comments:

Anonymous said...

nice entry.

kt jordan ni pttnya lebih2 lagi demonstrasinya kn. tapi sedih jugak fikirkan majoriti negara arab tak boleh buat apa2 sbb terikat dgn dasar luar bsama amerika.

salute dgn negara bkn arab, org bukan islam yg bersuara dlm hal ni. jelasnya mereka lebih peka dari kita.

enjoy reading your journal there in uk. keep it up.

Anonymous said...

wahh. terharu aku bagi pihak orang yang x dapat sertai demonstrasi. aku sdih jugak kat malaysia ni.. orang buat tak reti aje.. ade jugak demonstrasi tapi x sekerap kat UK... ade je demosntrasi yang bertopengkan politik kat malaysia ni... publisiti utk naikkan lagi NAMANYA.. tak sanggup aku tgk.

Anonymous said...

Jepah.,

muka sponsored student malaysia masuk demonstrasi,

takde effect dkt sponsorship ke bile sponsor nampak ni?

Jpah said...

to Anonymous: Wallahualam, sebab setahu aku, satu dunia pun turut benci hal ini, dan demo yg dijalankan ni, bukanlah ganas atau x terkawal, n ramai je orang2 kerajaan Malaysia di sini yg join, even kitorg da ckp kat staff di Malaysian Student Department n diorg x membantah n even diorg pun join skali....

pak hassan said...

takde aku jz ingatkan je,
hati2 jgn outgoing sgt bab2 cmni, aku tak salahkan korg yg join cume pndai2 la jage diri,.

mmg korg x salah pn, korg pn ade reason.,

cumenye bile sponsor nk buat, die akan buat je, die x kesah ape kite nk kate..kite salahke kite btolke, yg pnting dorg nk jge kpentingan dorg.,tgok btn pn dh ckup..

tu je.., aku ingatkan ni pon sbb kwn ayah aku dh kene,die sponsored student buat phD kt UK,last2 balik tangan kosong, phd ntah kemane n x siap, sponsor pn ntah ke mane,

sbbnye die tlibat ngan mende2 cmnila., sponsor die dpt tau..then trus amek tindakan..