>

Tuesday, January 6, 2009

Puasa Asyura

بسم الله الرحمن الرحيم

Muharam menjelang lagi. Sudah setahun masa berlalu, memasuki era 1430 Hijrah. Namun, kiter lihat, apakah kemajuan yg umat Islam sudah capai setelah setahun berlalu? Bagaimanakah keadaan umat Islam kita di serata dunia? Memetik kata2 Ustaz Erfino dalam sharing beliau minggu lepas:

Jika tahun ini West Bank dan Gaza Strip masih milik Palestine, tapi tahun depan, yang tinggal mungkin salah satu atau tiada.

Moga menjadi penyuntik semangat untuk kiter terus berusaha memajukan ummah ini.

Setahun berlalu. Jika diimbas kembali setahun sudah, aku masih di Kolej Yayasan UEM, menimba ilmu A-level di situ. Teringat kenangan manis bersama rakan-rakan di kolej. Teringat saat kami berpuasa bersama, pergi ke musolla bersama, menghadiri majlis ilmu bersama serta berbuka puasa bersama. Sungguh meriah.



Hari ini 9 Muharram. Esok merupakan 10 Muharram, iaitulah Hari Asyura.

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".
(Muslim)

Jadi, rakan2, marilah sama2 kiter kuatkan azam dan berusaha untuk berpuasa pada hari Asyura, moga mendapat pahala di sisi Allah. Dan, kite digalakkan untuk menggandingkan puasa hari Asyura dengan satu hari sebelum atau satu hari selepas untuk membezakan kiter dengan ahli kitab.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah saw. bersabda, maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
(Ahmad)

Jadi, tunggu apa lagi? Ini tawaran best untuk menambahkan amal kiter. Marilah berusaha mendapatkan balasan Allah yg amat berharga, yakni pahala dan keredhaanNya.

Sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberi pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.
( an-Nahl: 97)

JOM TAMBAH AMAL
Photobucket

No comments: