>

Saturday, January 24, 2009

Dimensi Kedua

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam menghadapi tugasan serta tanggungjawab harianku, aku singgah sebentar di blog keduaku yg sudah lama tidak berupdate, amat berhabuk, ibarat peti harta karun yg baru dijumpai. Tergerak hati untuk menghidupkan semula blog ini.

Mengapa ada dua blog? Mungkin itu persoalan yg bermain di fikiran anda semua. Adakah mahu berpoyo-poyo sahaja? Atau adakah sekadar membuang masa di alam maya ini? Aku pun bertanya soalan yg sama kepada diriku.

Tujuan aku membina blog keduaku ini adalah sebagai gudang menyimpan segala nota-nota dan bahan bacaan agamaku, especially yg didapati melalui internet. Blog keduaku ini lebih bersifat 'copy n paste' isi daripada laman web yg lain. Apa2 yg kurasakan menarik untuk dibaca dan bermanfaat, akan aku copy dan paste dlm blog keduaku ini, lebih seperti sebuah buku catatan digital. Kalau dikumpulkan begini, mudah untuk aku access semula maklumat2 ini pada masa hadapan.

Kemudian, dalam proses mengumpul bahan2 bacaan ini, aku bertanya diri sendiri. Mengapa perlu aku simpan bahan2 ini seorang diri? Bahan2 yg bermanfaat ini perlulah dikongsi oleh orang ramai. Walaupun mudah bagi mereka access maklumat2 ini di internet, tapi, biarlah blog keduaku ini menjadi satu lagi alternatif maklumat mereka.

Daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.”
(al-Bukhari Muslim dan Ibnu Majah)

Disebabkan alasan2 inilah aku dengan ini ingin menghebahkan kewujudan blog ini. Bukanlah bertujuan untuk mendapat populariti, tapi biarlah isi di dalam blog keduaku ini menjadi tatapan dan rujukan bagi sesiapa yg sudi.

Aku bukanlah orang yg terbaik untuk menyampaikan semua ini. Namun, itu bukan alasan untuk aku tidak menyebarkan ilmu Allah ini. Andai ada maklumat2 yg anda rasakan tidak tepat, amat dialu-alukan untuk menegurku.

Address blog keduaku:

Serambi Dakwah


Anda amat dialu-alukan untuk melawat dan memberi komen serta ambillah apa2 yg baik dari blog ini dan tinggalkanlah serta perbaiki kekurangan dalam blog ini.

Wallahu'alam

Photobucket

No comments: