>

Sunday, January 18, 2009

Ingin Berjihad di Gaza?

بسم الله الرحمن الرحيم

Kala aku sedang menelaah nota daripada Dr Gounaris berkenaan thermodynamics of life, sedang kepala ini sudah crammed dengan kepelbagaian serta variasi informasi terkini, aku mencari2 hiburan di dalam internet serta halwa mata untuk aku relaxkan sedikit mindaku ini. Of course, hiburan yang paling aku gemari di internet adalah portal remaja Muslim yg semakin terkenal dari hari ke hari, iaitu IluvIslam.


Sedang mata sibuk mencari-cari topik2 yg hangat untuk dibaca dan dibincangkan, mataku tertarik kepada poll di sebelah kanan web itu. Soalan poll itu berbunyi:

Jika anda ditawarkan untuk berjihad di Gaza, Anda Sudi Pergi?

Dan nampaknya, ahli2 IluvIslam yg sudah mengundi sewaktu aku capture screen ini adalah seramai 211 orang. 195 undian iaitu 92 % ahli menyatakan 'Ya' sebagai jawapan mereka. Wah, begitu semangat sekali ahli2 IluvIslam ini, memang anda amat2 LUV Islam, tahniah saya ucapkan.

Namun, sebuah persoalan bermain di fikiranku. Bagaimana pula dengan aku? Apakah jawapan aku? Adakah aku akan menjawab 'Ya' atau 'Tidak'? Kalau ikutkan semangat serta kebencian terhadap penjajahan Israel, sudah pasti tanpa berfikir panjang, aku akan menjawab 'Ya'. Namun, adakah jawapan itu betul2 menggambarkan isi hatiku? Atau hanya suatu pernyataan yang berbentuk SKEMA JAWAPAN buku teks?

Aku lihat kepada diriku ini. Nak berdemonstrasi pun, malas. Nak menderma tu, amat susah sekali. Adakah aku betul2 sanggup pergi ke Gaza, mengangkat senjata membantu saudara-mara kita itu? Sukar bagi aku menjawab persoalan ini. Sedangkan aku selama ini hidup dengan selesa, hidup mewah dan senang-lenang, adakah mudah bagiku untuk meninggalkan semua ini? Mungkin mudah untuk dijawab, tapi amat sukar nak dilaksanakan.

Agak lama aku berfikir untuk menjawab poll IluvIslam itu. Aku buntu. Walaupun hanya ada dua jawapan dan tiada negative marking, namun, aku rasa itulah soalan MCQ yg paling sukar untuk aku jawab. Lebih sukar daripada soalan-soalan SPM mahupun A-level. Ini kerana soalan ini tiada skema jawapan yg betul atau salah, jawapannya ada di dalam hati kita. Dan untuk mengeluarkan jawapan itu dari dalam hati kita, amat sukar dan berat sekali.

Jadi, apakah jawapan aku akhirnya? Biarlah Allah sahaja yg mengetahui. Hanya ada dua kemungkinan jawapan je, antara ya atau tidak.

Tahniah sekali lagi kepada para ahli IluvIslam yg mengundi di poll berkenaan, terutamanya yg menjawab Ya sebagai jawapan anda. Cuma pastikan jawapan itu tidak hanya pada klik di dalam poll, tetapi jawapan itu dari hati nurani yang bersih dan suci.

Wallahu'alam

Photobucket

3 comments:

Anonymous said...

btul jpah...aku sokong pendapat ko...sbb kadang2 kite ni semangat kat mulut ja, tapi ble dalam keadaan realiti baru mula nak kecut perut...
ble senapang musuh betul2 diacu tepat ke dahi baru tergagap-gagap betul x?

kamel said...

baru nak buat pos pasal poll ni jugak, tengok2 dah ada org buat dulu. n yep, another person in dillema. betullah, soalan ni species paling susah yg pernah dapat. jawapan takde dlm skema. tepuk dada, kepala sume, tanya iman..

kerikil perkasa said...

dah beli tiket?