>

Tuesday, January 13, 2009

Term Baru di Imperial

بسم الله الرحمن الرحيم

Disebabkan kelas start pada jam 10 pagi, sewal jam 9 pagi, aku keluar dari bilik dan berjalan perlahan-lahan menuju ke Imperial yg mengambil masa hampir 20 minit berjalan kaki. Cuaca harini agak panas, sekitar 8 darjah celcius, suasana yg nyaman dan x brape sejuk.

Sesampainya di Imperial, kami menuju ke library untuk update nota yg dah lama x bukak, berabuk! Kami log on masuk ke dalam Blackboard (sistem pengajaran maya Imperial) untuk lihat nota kami hari ini. Nampaknya, tajuk Metabolism Regulations oleh Dr John Tippins. Adakah menarik tajuk ni?

Masuk ke dalam lecture theatre, riuh rendah. Maklumlah, dah hampir sebulan x berjumpa, masing2 sibuk berborak pengalaman cuti mereka. Ada yang pegi Spain, ada yang pegi Ireland dan ada juge yg x pegi mana2.

Dr John Tippins masuk ke kelas lalu memulakan lecture pertama dalam term ini. Namun, agak banyak juge yg beliau tanya pelajar, x dapat dijawab. Suatu petanda jelas, betapa kami masih perlu lebih gigih berusaha untuk buat revision keras dan padu.

http://www2.union.ic.ac.uk/scc/islamic/images/locationmap.jpg

Selepas hampir 2 jam duduk mendengar lecture Biological Chemistry, seperti biasa, aku menuju ke Prayer Room yg terletak di Prince's Garden. Aku dapati, penjualan nasi goreng prayer room telah berjalan seperti biasa. Setelah solat Zuhur, aku lepak2 di belakang surau sambil menunggu waktu solat Asar. Azlan Kamal (Apak) di sebelahku, agak banyak yg kami perbualkan. Dari coursework sehinggalah perancangan hidup di masa hadapan (menjadi rahsia aku dan Apak).

Setelah bersolat Asar, aku yg mempunyai semangat study yg baru, bergegas ke library untuk menjadi kiasu. Terus aku tekan lif library ke tingkat 4, iaitu tingkat Medic dan Life Sciences. Segera ku cari meja dan kerusi kosong lalu ku buka notaku untuk dibaca dan ulangkaji. Setelah hampir sejam duduk di kerusi itu, apabila punggung agak panas dan otak pun mule pening dgn segala DNA, topoisomerases, DNA polymerase, Okazaki fragments serta DNA Primase, aku turun dan berhasrat untuk balik.

http://nitro.biosci.arizona.edu/courses/EEB105/lectures/DNA_replication/zfigures/DNA_rep4.GIF

Sebelum pulang ke Evelyn Gardens, sempat aku singgah di junior common room untuk membeli Imperial Fried Chicken, ayam goreng Imperial yg spesel dan yg paling best, HALAL untuk juadah majlis 'Iftar Evelyn' yg dianggotai 3 orang warga Evelyn, yakni aku, Shah dan Aishafath. Aku mengorder 2 ketul ayam goreng, tapi, da rezeki, makcik tu letak 3 ketul. Ku tanya mengapa, rupe2nya jualan penghabisan stok, sebab kafe tutup pukul 3, jadi, sayang nak buang, die bagi aku xtra. TQ makcik!

http://www.spicelines.com/IMG_4138.JPG

Jadi, itula kehidupan aku pada hari pertama term baru ini. Secara keseluruhannya, agak lancar, cume perlu aku kuatkan keazaman untuk terus study dengan gigih, kuat dan jitu bagi mengapai kejayaan supaya dapat pulang ke Malaysia dengan ilmu dan pengalaman untuk mengubah umat menjadi lebih baik.

Photobucket

3 comments:

pengintip baik said...

perancangan hidup di masa hadapan (menjadi rahsia aku dan Apak).
<-----minta izin nak tahu, boleh??

Jpah said...

lerr, da jelas lagi bersuluh aku tulis RAHSIA, so, xleh la bgtau, hahaha

Liana said...

salam alaik..

ada ayam halal kat imperial's cafe?? masyAllah.. so lucky =)