>

Friday, December 12, 2008

Untukmu Ibu

بسم الله الرحمن الرحيم




Biarlah aku menangguhkan dahulu post tentang majlis sambutan Aidil Adha di MSD semalam untuk memberikan ruang untuk menukilkan penghargaan buat ibuku.

Ku lihat tarikh harini, 12 Disember. Hari ni merupakan ulang tahun kelahiran ibuku tercinta, Mastura binti Mohamad. Insan yg begitu berjasa dalam hidupku ini, yang kini berada di tanah suci untuk menunaikan rukun Islam kelima. Moga Allah mempermudahkan urusan mak dan abah di sana dan semoga memperoleh haji mabrur.

Aku tahu, mak sentiasa doakan aku. Aku tahu, mak sentiasa risau dan fikir tentang anak-anaknya. Namun, apakah balasan yg telah aku beri kepada mak? Melawan cakap, meminta-minta, dan banyak gak menyinggung perasaan. Sungguh x layak rasanya untuk aku berbuat demikian kepada insan yg x pernah meminta apa-apa bayaran atas segala susah payah menjagaku.

Emak, x mungkin dapat ku balas jasamu. Namun, aku hanya mampu menulis post serba ringkas ini, namun, masih aku x mampu membalas segala jasamu. Maafkan segala kesalahan yang anakmu dah lakukan.

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran, mak!

"Betapa sukarnya menyusun bicara, meluahkan rasa, menuturkan sayang, kasih yang terlimpah, hanya sekadar tingkah, cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia,

Apakah yang hilang andai dilisankan? Bait penghargaan penuh kejujuran, tak mungkin terlihat cinta yang merona, jika hanya renungan mata yang bersuara, bukan tutur kata, usah biar kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan."

Saya sayang Emak!

P/S: Kepada rakan2ku, jangan segan, jangan rasa malu untuk menuturkan "saya sayang emak", supaya anda tidak menyesal setelah kehilangan mereka tanpa pernah anda meluahkan lafaz rahsia ini.....

Photobucket

2 comments:

Abu Khalifah said...

SUBHANALLAH... ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! Tiada terbatas kuasa Allah s.w.t... Nama kita serupa ya sahabat, tetapi bukan itu sahaja, tarikh lahir mak kita pun serupa... 12 Disember... Adakah ibu yang lahir pada 12 Disember cenderung untuk menamakan anak lelakinya Huzaifah? Subhanallah...

Anonymous said...

Baguslah ingatan sebegitu. Ya Allah hambaMu mohon suburkan rasa cinta ke atas ibu-bapaku.