>

Friday, December 19, 2008

Selamat Bercuti

بسم الله الرحمن الرحيم

(P/S: Post ini mungkin bukan untuk bebudak Warwick yg da busan bercuti)

http://www.iis.ee.ic.ac.uk/~stimotheou/images/ICL_logo.jpg

Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar Imperial College. Hari terakhir dalam kalendar akademik untuk autumn term ini. Setelah satu term bertungkus-lumus berusaha dan belajar menjadi nerd, akhirnya, keletihan itu berakhir dgn hadiah berupa cuti selama 3 minggu.

Di dalam bilik kecilku, aku menulis post ini. Ku lihat di luar tingkap dan terus ke langit. Sungguh tak sangka, dah lebih 2 bulan aku berada di bumi asing ini. Aku still ingat ketika baru datang dulu, rasa homesick, dan rasa macam susah aku nak hidup di United Kingdom ini. Namun, dengan bantuan seniors dan rakan2, Alhamdulillah, berjaya jugak aku survive sehingga hari ini.

Biler masuk musim winter ni, banyakla program2 yg berlangsung di seluruh United Kingdom ni. Kepada yang pergi ke PUISI, selamat berPUISI, kepada yang pergi FuiYoh, selamat juge dan kepada yg berPMS, selamat berPMS. Ucapan selamat juge kepada rakan2 yg akan ke Spain, Turki, France, Italy dan sebagainya. Walau di mana anda berada, jaga iman, jaga amal. Sentiasalah ingat kepada Allah, moga urusan kiter dipermudahkan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.”
Baihaqi

http://farm4.static.flickr.com/3277/2811763873_c5755cfaef_o.jpg

InsyaAllah, esok akan bertolak ke Dublin, Ireland untuk aku menghadiri program Perhimpunan Ukhuwah Insaniah Seluruh Ireland (PUISI). Malam ni akan tidur di Luton Airport bersama Fitri dan Faris. Flight kitorg adalah pada jam 6.30 pagi. Jadi, Muadz, bersedia menerima kehadiran kami di bumi Dublin!
Photobucket

1 comment:

Rashidah Abdul Hamid said...

cuti 3 minggu je? haha, separuh cuti aku =)