>

Saturday, December 27, 2008

The Fantastic Four

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, masa kami ketika cuti terisi di Ireland dengan mengikuti Perhimpunan Ukhuwah Insaniah Seluruh Ireland (PUISI). Tahun ini, PUISI tampil dgn tema the Fantastic Four iaitu Aqidah, Akhlaq, Muamalat dan Ibadah. Dan pada tahun ini, pihak menganjur telah memilih Killarney, sebuah pusat pelancongan sebagai tempat program.


Dengan memaparkan penceramah2 berkarisma, iaitu ustaz Zaharuddin Abd Rahman serta Dr Aminurrashid Yatiban, ditambah lagi dgn seorang penceramah misteri, iaitu ustaz Erfino Johari dari London.

Sungguh bermanfaat dan seronok pengisian2 dalam PUISI. Ustaz Zaharuddin amat best serta menarik penyampaiannya. Para peserta jugak x putus2 bertanyakan soalan2 berkenaan hukum kepada beliau. Ustaz Aminurrashid pula memberikan ceramah yg penuh isi, manakala Ustaz Erfino memberikan pengisian yg sempoi lebih kepada perbincangan.

Tahniah juga kepada pihak pengurusan, Usop n da gang. Fasilitator yg memang best2 dan baik2 belaka, serta tukang masak yg handal2 diimport dari seluruh Ireland. AKu gak dapat berjumpa dgn rakan2 dari University lain, Leh dari RCSI, Halim dari UCD, Hassan dari Manchester, Hanafi dari Leeds, dan ramai lagi yg memang baik2 belaka.


Mendengar dengan penuh tekun kata2 Fasi, Pok Jak

Namun, masih ada banyak lagi sudut yg masih boleh diperbaiki, moga PUISI2 tahun hadapan lebih mantap dan mapan.

Photobucket

No comments: