>

Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha

بسم الله الرحمن الرحيم






Ketika orang lain sedang makan rendang, kuah kacang, ketupat dan lemang beramai-ramai sekeluarga dgn meriah, aku di sini hanya menjamah cereal dan susu berseorangan di dalam dapur yg usang ini. Di kala orang lain sibuk bertakbir sambil menuju ke masjid, aku di bilik hanya mendengar takbir digital dan bersedia menuju ke kelas. Biarlah takbir online ni mengubati sedikit hati yg rindu ni.

Juadah pagi rayaku

Walaupun harini merupakan Hari Raya Aidiladha, namun, apakan daya, aku ade lecture pagi ini. Memetik kata-kata rakanku, Sayuti dari Mesir:

kesian giler. diorg tak tau ke sok raye?

Wahai Sayuti (isk, sambil kesat air mata), apakah yg omputeh ni pedulikan tentang raya ni, xde effect kat diorg pun.

Kepada Mak, Mastura binti Mohamad dan Abah, Abd Rashid bin Mustafa yg kini berada di Tanah Suci, anakmu ini begitu merindui kalian berdua. Ingin aku genggam tangan abah dan mak di pagi raya ini. Ingin aku cium tangan mak dan abah, ingin ku peluk mak dan abah. Namun, mak dan abah mempunyai satu misi yg lebih penting, iaitu mendapatkan haji mabrur. Moga bertemu dengannya. Mungkin ni pengorbanan yg perlu kami pelajari.

Kepada kakakku di Malaysia, Kawthar binti Abd Rashid dan Nusrah binti Abd Rashid, semoga berbahagia di hari raya ini. Makan ketupat dan kuah kacang, jgn lupekan adikmu yg hanya makan cereal dan ayam goreng (huh?).

Kepada semua rakan2, hayatilah erti pengorbanan yang ditonjolkan Nabi Ibrahim sekeluarga. Marilah bersama-sama menuju kepada jalan yang diredhai oleh Allah.

Salam Aidiladha....

http://farm4.static.flickr.com/3109/3084270452_bf2d33c659_o.jpg

Photobucket

10 comments:

datuk bandar notts said...

salam eid. nak cereal sikit, boleh?

Anonymous said...

post ni super gedik

Jpah said...

to datuk bandar notts
hehehe, salam eid juge,
notts punye cereal lagi sedap kut?

niesa.imana said...

salam wbt...

gedik ek..?? ntahla, rasanya mcm ksian jek.. ingin gak nk faham perasaan Jepah ni, tp aku mmg off day aidiladha ni.. n aidilfitri yg dulu lak aku ponteng seharian.. adoii.. +)

Jpah said...

to Anonymous - sorila kalau rasa geli n gedik post ni. Hakikatnya, xde langsung terlintas di hati perasaan tu. Hakikatnya, aku menangis time tulis post ni sbab teringatkan mak ayah aku, mungkin sbab tu penulisan emo skit, sori buat korg meluat, sori...

xillix axillixa said...

salam ziarah... erm... saje menyinggah...buat bahan bacaan... walaupun tidak berpengalaman... sedih gek terasa bila beraya di negeri org...

yang dekat ni ha... (family) asyik nak bertekak je... :P

bun said...

haha...terigt time aku 1st yr dulu..memang bersemangat menunaikan amanah sbgai pelajar nih, beraya pon dalam klas...tp dah tua2 nie ponteng je seklas utk solat raya...eh, kat MSD td ustaz Maza yg imam n khutbah...lupa nak bgtau pulak sblum nie...

Anonymous said...

alamak huzaifah, jgn la begitu. ak gurau je. awak ni sensitif sgt lah...sorry

imakubex said...

Bun:

2 sebab ko sampah! lol

pak ngah said...

Assalamualaikum huzaifah
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Sihat ke?
Jangan la sedih sedih sangat
Pak Ngah kat melaka sorang sorang gak cuma dengan atuk aje kat sini
jaga diri tau di sana tu