>

Wednesday, December 10, 2008

A Good Muslim

بسم الله الرحمن الرحيم

Petang ni, kami membuat eksperimen tentang Acid, base dan pH di Barber Lab, Royal College of Science 1 (RCS1). Eksperimennya mudah dan simple sahaja, tapi memang leceh sebab kena titrate sikit2. Sejam lebih gak kami menyiapkannya.

http://www.dartmouth.edu/~chemlab/techniques/graphics/titration/titration1.gif

Langkah terakhir dalam eksperimen tu adalah untuk differentiate beberapa solution yg x dikenalpasti. Solution2 tersebut merupakan air kosong, coca-cola, coffee, beer dan wine. Cara yg paling mudah untuk kenalpasti solution2 tersebut adalah dgn membau (kami tidak dibenarkan rasa).

Kemudian, kami usha pH untuk setiap minuman tersebut. Ternyata, pH untuk coca-cola adalah yg paling acidic, ternyata mampu membunuh. Kemudian, terbaula beer yg amat memeningkan kepala tu. Tergelak lab partner aku, si Ladopi tu. Beliau berkata:

You don't drink?

Yes, I never drink, aku jawab

You're a good Muslim, I've seen many Muslims who drink, you know, Ladopi kata

Tergamam sebentar. Merah skit muke aku. Bukan merah sebab dipuji 'good Muslim', tapi malu, malu dgn kenyataan seorang non-Muslim berkenaan Muslim sendiri. Betapa pentingnya perlakuan seorang Muslim, kerana kiterla duta untuk agama kita. Memang x dinafikan, org non-Muslim perlu melihat keindahan Islam tu sendiri dan bukannya Muslim, tapi, memang susah nak lari dari first impression apabila kita lihat Muslim itu sendiri yg x berkualiti.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(al-Baqarah: 208)

Kemudian, terasa bergetar skit kaki aku. Kali ni perasaan takut pulak menyelubungi diriku. Ladopi mengatakan yg aku ni 'a good Muslim'. Adakah benar aku ni seorang Muslim yg baik? Layakkah aku dipanggil sebegitu? Bile difikirkan, adakah benar sudah aku laksanakan semua arahan Allah dan tinggalkan laranganNya? Masih jauh lagi untuk aku sampai ke tahap sebegitu. Sungguh berat rasanya apabila seorang non-Muslim kata mcmtu terhadapku. Thanx Ladi, anda telah memberikanku momentum untuk meneruskan usaha memeperbaiki diri ini?

Anda pula bagaimana?

Photobucket

3 comments:

Anonymous said...

betul2, kat sini pun org stil terkejut kalau aku ckp aku x minum alcohol walaupun diorg tau aku muslim. sbb ramai muslim lain yg minum =(

ijan-promoters said...

Jom la kita sama-sama tukar impression tu.............
Insyaallah.......

Anonymous said...

dalam group tutorial saya, out of 8 orang, 5 orang muslims. tp biasa la, kebanyakan x brapa practise sgt. tapi apa yg menyedihkan, ada sorang muslim tu yang paling kuat minum, yg paling kuat clubbing, yang paling kuat mabuk. setiap kali dalam group, dia la paling smgt cerita 'nightlife' dia.

menyedihkan!~ sob3..