>

Monday, December 15, 2008

Selamat Bercuti!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Seronok sungguh apabila tgk blog rakan2 yg sudah mule atau lama bercuti winter. Ada yg dah memulakan tour seluruh UK, ade yg dah nak pegi ke Dublin dan ade gak yg da memulakan pengembaraan ke Scotland.

Dan aku? Masih duduk di bilik usangku menyelak helaian nota dan buku. Masih aku berusaha menyiapkan segala kerja yg ada. Aku lihat ke langit, nampak kapal terbang membelah ruang udara London. Sayu. Pilu. Bilerkah giliran aku pula untuk berada di sana?

Aku harus banyakkan bersabar. Hanya tinggal seminggu sahaja sebelum Imperial College London bercuti. Ntah nape Imperial cuti lambat daripada university2 lain. Xpelah, inilah jalan yg aku pilih. So, perlu aku hadapinya dgn tabah.

Kepada rakan2 yg sedang berjalan2 di UK atau luar UK, ataupun yg BAKAL berjalan2 di UK atau luar UK, selamat berjalan dan semoga perjalanan anda diberkati Allah. Niatkanlah dalam hati supaya perjalanan kiter itu untuk mencari keredhaaan Allah. Moga bukan hanya letih yg kiter dapat, tapi juga pahala Allah melimpahi perjalanan kiter.

http://www.alpinerecreation.com/images/ski/ski_kelman.jpg

Jagalah keselamatan diri (terutama yg main ski), jagalah kesihatan diri (sejuk tu), jagalah iman, jagalah amal. Moga cuti ini dimanfaatkan sepenuhnya.

Pandu cermat, jiwa selamat.

Selamat bercuti kepada semua yg bercuti dan selamat ke kelas bagi bebudak Imperial yg x cuti lagik!

Photobucket

1 comment:

Cyberzwan said...

hehe..
kira okla tu jepah..
dapat gak cuti..
aku yang dok kat msia ni tak cuti2 pon dari ari tuh..
wawawa
sekarang ni tgh exam..
kepala macam nak pecah..
wawawa