>

Monday, January 26, 2009

Weekend

بسم الله الرحمن الرحيم

Adeyh, dah dua hari aku x update blog. Mengapa? Adakah aku demam? Adakah aku sakit? Adakah aku sudah bersara dalam dunia blogging ini? Oh, tidak sama sekali. Hakikatnya, weekend aku yg digunakan untuk menimba ilmu dan pengalaman, bagi aku, amat busan nak ditulis di sini, benda biaser je kan?

Cumenya, ape nak diceritakan tentang weekendku adalah kehadiran seorang senior ke bilikku, tanpa diduga. Citernya macam ni. Sedang aku asyik meneliti nota-nota biological chemistryku, dalam pukul 11.50 pagi, mata mengantuk. Ade lebih kurang 20 minit sebelum Zuhur masuk. Jadi, aku melompat ke atas katil lalu secara perlahan-lahan, aku terlelap.

Namun, sedikit terkejut apabila telefon bimbit berbunyi. Lagu yg keluar dari Samsung Omnia ku ini membingitkan telinga. Adeyh, sibuk je, sape plak yg call tengahari ni? Aku lihat di skrin telefon:

Imran Mustafa UK

Huh? Sedikit pelik coz tetibe je beliau call aku. Namun, walaupun berat mata, aku berusaha untuk menjawab telefon itu.

Assalamualaikum. Dalam 30 minit lagi, aku datang bilik ko, nak mandi! Kata beliau, ringkas, tapi padat.

Speechless. Aku x mampu berkata apa-apa. Sungguh pelik mendengar alasan beliau tadi, namun, x pulak aku menidakkan hasratnya itu.

Hampir 30 minit kemudian, beliau sampai di muka pintu rumah 28 Evelyn Gardens ni. Sesampainya di bilikku, betul2 beliau keluarkan towel dan sabun untuk mandi. Setelah aku menemuramah beliau, baru aku tahu bahawa heater di rumah beliau sudah rosak, maka, tiada air panas. Hahaha.

Kemudian, selepas solat Zuhur, kami bergerak ke South Kensington untuk mencari lunch. Im mencadangkan untuk kami makan sushi. Aku ok je. Kami singgah di sebuah kedai Pakistan yg menjual sushi. Memang pelik jugak la, ada org Pakistan yg jual sushi. Semua makanan dalam kedai itu adalah halal, kecuali beberapa makanan yang diletak sake, itulah kata pekedai itu.


Untuk pengetahuan, Imran ni merupakan senior aku di SBPI Rawang, senior di KYUEM dan sampai je ke UK, beliau dengan rasmi menjadi seniorku di Imperial College. Adakah telah ditakdirkan yg beliau menjadi seniorku selama-lamanya?

Kemudian, aku diajak untuk ke rumah Imran di Earls Court. Dalam perjalanan, hangat kami membincangkan keadaan di sekolah lama kami. Dah lama x dengar berita. Mungkin cuti summer ni akan melawat sekolah tu (itupun kalau ade member, hihihi)

http://news.cnet.com/i/ne/p/2005/Xbox360full_500x526.jpg

Aku sampai di rumah Imran. Wah, agak besar (walaupun sedikit bersepah, maklumlah, rumah bujang). Ai dan Amir turut berada di rumah. Imran menyajikan aku dengan.... Xbox 360, adeyh2. Hehehhe, agak seronok coz da lame x jumpe game (padanla Apak suke lepak sini!!!). Selepas solat Asar, aku bergerak pulang ke rumah untuk menyambung agenda menimba ilmuku itu, huhuhu.

Harini ade kelas, berusaha!!!

Photobucket

No comments: