>

Tuesday, January 20, 2009

Hari ini dan Semalam Juga

بسم الله الرحمن الرحيم

Heh, semalam, aku tidak update blog, rasa pelik gak. Maklumlah, sibuk menyediakan diri untuk quiz Biological Chemistry pada pagi ini, sampai xde masa n malas nak update blog.

Disebabkan persediaan untuk quiz arini, smalam, aku hanya terperuk di dalam bilik, tidak membuat apa2 melainkan mengadap nota-nota di hadapan mata dan juga di dalam laptop (sesekali tu usha emel, chatting, n facebook skjap). Disebabkan tidak breakfast, apabila tiba jam 12, rasa x bermaya, badan menggigil serta perut bergetar tanda kelaparan.

Ayam Panggang Spesel dariku

Disebabkan semalam merupakan giliranku memasak (eh, ade jadual ke kitorg ni?), aku yg kemalasan memikirkan juadah yg paling mudah dan cepat disediakan. Disebabkan kemalasan, aku hanya menyediakan ayam panggang dan nasi goreng kicap untuk rakan-rakanku ini. Maaflah kalau kurang rasa skit yer. (Makan aje, jgn byk bunyi). Disebabkan saiz ayam panggang yang agak besar, kami simpan setengah untuk makan malam.

Dan tibalah hari ini. Awal pagi tadi, rasa malas amat nak bangun. Hujan agak lebat, terasa macam kat Malaysia. Teringat kat KYUEM dulu, kalau hujan2 lebat Subuh2 macamni, memang terasa suatu perasaan yang sukar digambarkan. Bersama-sama rakan2, kami menempuh hujan untuk ke Musolla, huhuhu. Rindu2.

Selepas solat Subuh (dan mandi), aku kembali duduk di atas kerusi depan meja sambil membuka nota2 Biological Chemistry, lebih spesifik, chapter Metabolism yg amat complicated. Menjelang jam 9 pagi, aku keluar dari rumah menuju ke Imperial untuk mengambil ujian tersebut.

Di dalam Room 310/311 Biochemistry Building, kami bertarung dengan gigih dan sengit. Walaupun hanya 25 soalan dan semuanya Multiple Choices, namun, tetap sukar bagiku, lagi2, x boleh nak hentam, coz ade penalti untuk setiap jawapan salah. Namun, Alhamdulillah, syukur kepada Allah, xdela aku blurr sgt ketika menjawab, walaupun ade 2 soalan yg aku x jwb.

I didn't answer 2 questions, aku berkata dgn kecewa kepada rakanku dari Korea, Vincent.

Oh, I didn't answer 3 questions, jawab beliau, sambil tersenyum kepadaku. Mujurlah, org lain turut rasa bermasalah menjawab soalan tadi. Ingatkan aku sorg jer!

Selepas problem class oleh Dr Wocholski, aku menuju ke surau untuk solat Asar. Perut lapar, dan nampaknya proses gluconeogenesis galak berlaku dalam tisuku. Sabar, tinggal beberapa jam lagi untuk makan.


Aku membeli produk baru di Imperial College, yakni Tomato Rice, atau nama Melayu die, Nasi Tomato untuk aku makan Maghrib nanti. Nampaknya, Fried Rice with Sausage Imperial dah ade pesaing, iaitu Tomato Rice. Nasinye yg keorenan serta ayam masak merah yg nampak menyelerakan. X sabar nak menjamu selera!

Selepas azan Maghrib berkumandang, (terima kasih IslamicFinder), aku membuka bekas berisi Tomato Rice itu yg baru sahaja aku panaskan dalam microwave. Wah, mencucuk betul baunya. Dengan lafaz Bismillah, aku makan dgn penuh berselera.

Hurm, habis sudah satu hari yg memenatkan. Harus perlu usaha lebih gigih!

Photobucket

2 comments:

Anonymous said...

Wawawa... nampak sodap je ayam tu..

LoNgJaR said...

wah..
pandai msk ye..
bgus2.. (^_^)