>

Friday, January 2, 2009

London Tour

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti yg sudahpun diketahui umum, aku dikunjungi oleh seorang tetamu dari Edinburgh, iaitu saudara Wan yang bersama2 travel dgnku sejak dari Dublin lagi. Disebabkan ini kali pertama beliau ke London, haruslah aku menemankan beliau berjalan di sekitar London yg indah dan permai ini.

Lokasi pertama aku bawak Wan adalah Marble Arch. Aku menunjukkan beliau Oxford Street, di mana menjadi tumpuan warga London di hujung minggu. Pastu, kami menuju ke Westminster, iaitu tempat pemerintahan kerajaan. MasyaAllah, sungguh sesak dgn lautan org ramai. Rupenya, ade sambutan tahun baru Masihi, perarakan sana sini, sungguh sesak keadaan.


Disebabkan da x tahan dan susah nak bernafas dalam lautan manusia tu, kami bergerak ke Buckingham Palace. Sungguh besar sekali istana ini. Kami tertarik dengan satu tiang di luar palace yg tertulis 'Malay States'. Disebabkan da busan di situ, kami beredar dari Buckingham Palace.


Disebabkan aku yg bermukim di London ini, kami menuju ke Regent Park Mosque atau lebih famous dgn nama London Central Mosque untuk bersolat Zuhur. Setelah bersolat Zuhur, kami lunch di restoran di masjid. Lepas bersolat Asar, kami menuju pulang ke Fulham Road disebabkan Wan yg nak pegi ke Stamford Bridge.

Aku da check laman web Chelsea smalam, ternyata, tour sudahpun penuh. Jadi, hasrat Wan adalah untuk menziarahi Chelsea Megastore. Namun, kekecewaan sekali lagi melanda apabila Megastore turut tutup, mungkin bercuti di New Year ni, agak aku. Untuk mengubat hati yg luka, Wan bergambar bersama poster2 di luar stadium.

Menjelang malam, kami bergerak menuju ke Malaysian Hall untuk majlis perkongsian ilmu oleh Ustaz Erfino. Beberapa rakan dari Czech dan ade dari York dan Soton turut hadir. Kami disajikan dgn nasi minyak dalam tupperware. Seperti biasa, mmg sedap makanan yg dihidangkan. Dapat gak jumpe dgn Londoners yg lain.

Sebelum pulang ke bilikku, aku membawa Wan menuju ke Gower Street, iaitu bilik Fitri dan Adam bersama Apen, pemastautin tetap ketiga di situ. Setelah berborak2 kosong dan mendengar beberapa lawak kering, aku dan Wan bertolak pulang ke Evelyn Gardens.

Jam menunjukkan 1.40 pagi, aku masih di depan computer menyettlekan kerja2 penyelenggaraan FTP, server dsb. Masih banyak lagi perlu dibuat sebelum kerja ni disiapkan. Lpas ni, nak kena buat revision plak.

Aku membuka emel ku dan mendapati emel dari Pn Rukiah yg sedikit melegakan:

Huzaifah & Amirul,
Selamat tahun baru. I hope by the time you read my email the allowance already deposited to your account. We've instructed PNB Finance Dpmt to deposit the money before 2/1/2009. If everything goes well the money should be in by 2/1/2009.
take care.

Regards,
Rukiah A Samad, F Fin
Assistant Manager
Education Development Department
38th Floor, Menara PNB,
201-A, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, moga dipermudahkan urusan kami...

Photobucket

No comments: