>

Sunday, January 11, 2009

Ayuh Kembali ke Sekolah!

بسم الله الرحمن الرحيم

Terngiang2 di telingaku lagu yg didendangkan ketika iklan kasut New Era x lama dahulu.

Ayuh kembali ke sekolah, ayuh!

Huhuhu, terasa best plak fikirkan zaman2 kat rumah, menonton television bersama keluarga di hujung minggu.

Hari ini, hari Ahad, weekend yg sungguh suram. Disebabkan semalam, aku pulang ke rumah pada 11.45 malam, sebelum tu, pergi ke UCL untuk bertemu Anas, sahabat MUSCOM dari Manchester. Letih sekali, setelah buat sedikit kerja dan amanah yg dipertanggungjawabkan, lebih kurang jam 12.30 malam, aku rebah ke atas katil, berlayar ke alam mimpi dan fantasi....

Restriction Enzyme Map yg aku usahakan

Aku bangun bersolat Subuh, namun, still ngantuk lagi. Sekali lagi, aku rebah ke atas katil, memasuki fasa kedua perjalananku merentasi alam mimpi dan fantasi....

Pukul 8.30 pagi, aku bangun. Kalau ikutkan nafsu, mahu saja aku terus tidur. Namun, memikirkan beberapa tugasan yg masih belum disiapkan, serta tanggungjawab untuk study itu, aku gagahkan diri jua menuju ke tandas untuk membasahkan tubuh bagi memperoleh semula kesegaran badan.

Hari ini merupakan hari terakhir cuti musim sejukku. Setelah hampir 3 minggu bercuti, akhirnya, pintu Imperial terbuka sekali untuk memulakan 3 bulan yang mencabar dan penuh dgn usaha, sebelum cuti Easter menjelma. Aku pandang ke luar tingkap, cuaca nampak cerah. Ku lihat penanda suhu di laptopku, 8 darjah celcius, Alhamdulillah, agak panas berbanding semalam, -4 darjah celcius, sehingga tasik2, kolam2, air pancut dan sungai2 pun beku!

Satu term sudahpun berakhir. Permulaan bagi term baru yg menjanjikan cabaran baru yg perlu aku hadapi. Adakah aku sudah bersedia? Adakah cukup persediaan aku ketika cuti ini? Aku muhasabah diri ini. Apakah yg aku lakukan ketika cuti? Adakah aku sudah berubah menjadi lebih baik, atau sebaliknya? Apakah yg telah aku sumbangkan pada ummah?

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”
(al-Bukhari)

Adakah aku dan anda tergolong dalam kedua2 golongan ini? Sama2 muhasabah diri...

OK, semangat untuk study, jangan buang masa!!!

Photobucket

No comments: